26.1.10

Hari ini 37 : Maaf short term memory

Entri ini ditujukan khas kepada kumpulan muzik short term memory kerana saya tidak dapat turut serta bermain kerana saya kena pergi kuching, sarawak atas tujuan akademik.

Janganlah kamu semua memarahi saya atau membenci saya kerana apa yang terjadi bukan kesalahan saya. Saya tidak dapat melakukan apa-apa. Ini keputusan last minute oleh pensyarah saya.

Saya pasti kamu semua akan berasa seronok pada malam itu dengan kehadiran ramai orang dan tepukan gemuruh.

Saya berharap lain kali kalau kita main di mana-mana lagi saya akan dapat turut serta dan berasa seronok bersama seperti biasa.

Untuk itu, saya ingin mengajak semua pembaca blog saya untuk melihat kumpulan my short term memory bermain secara akustik di LEPAQ Cafe@kelana mall@kelana jaya@belakang Giant Kelana Jaya pada 29/01/10 pada pukul 9.30 malam.

Malangnya saya tiada, jadi kepada pembaca blog ini yang ingin berjumpa saya, saya tiada di situ. Tapi Nabila Farhana akan ada, jadi silalah tegur dengan dia jika kamu datang ke persembahan ini.

Untuk menambah kehangatan semasa memandu pulang selepas menonton persembahan My short term Memory, belilah CD yang turut akan dilancarkan pada hari itu.

Search My short term memory di Facebook untuk dengar lagu.

Sekian,
maaf dan terima kasih.

flter



Read more...

25.1.10

Bowling dan kepentingan dalam gambar

1.Sabtu hari tu aku ambil gambar untuk orang main bowling. Seronok. Aku ambil gambar untuk department ICS kot nama dia yang aku pon tak tau apebende maksudnya. Ini sikit, gambar lebih di sukasukaphoto.


DSC_0022


DSC_0439

DSC_0462

2. Aku paling suka ambil gambar family kerana ianya lebih fun, lebih comel. Dan aku perasan betapa expression penting dalam gambar.

3. Expression orang dalam gambar akan reflect kepada orang yang melihat gambar tu. Contohnya kalau gambar tu budak-budak sedang gembira pasti kau ingin senyum. Ada ke orang tengok gambar macam kanak-kanak Afrika kemudian senyum?

Mesti rasa macam sedih jugak.

Sebab dia reflect lah.

4. Kalau gambar letup-letup, angle cecah lantai tapi takde expression pon tak best jugak rupanya.

5. Sebab itu aku suka ambil gambar family. Senyum ikhlas dan bahagia. Aku enjoy tengok.

6. Banyak lagi aku kena belajar. Malangnya aku belajar sendiri-sendiri. huhu.



Read more...

24.1.10

pasal facebook dan yang berkaitan

1. Hari tu aku memandu, ingin bawa nabila farhana keluar makan yang sudah terlampau lapar. Jalan sesak nak mampos macam sial. Sepatutnya dari UIA ke ampang dalam 20 minit jadi 1 jam setengah. Nabila farhana sudah tak keruan kerana lapar, macam baby. haha.

2. Aku dengar ramai orang cerita, kawan-kawan, boyfriend girlfriend, laki bini, jiran sebelah rumah, rakan sekelas, rakan se ofis bergaduh sebab facebook, twitter atau blog.

Jadi, apakah kuasa yang ada pada laman sosial maya ini?

Facebook ini semua bagi aku cuma membuka keaiban. Terutamanya pada bahagian status. Lihat soalan facebook di bahagian status. "What's on your mind?"

Jadi dengan menjawab soalan tersebut akan membuka keaiban lah. Itu yang jadi semua orang bergaduh. Biar aku kasi contoh. Dalam kepala aku sekarang aku bengang dengan jiran aku, dan aku tulis di facebook, "celaka orang sebelah ni memekak", tanpa kau tahu jiran kau berkawan dengan kawan kau yang lain, yang mana kawan kau yang lain itu terbaca status kau dan akhirnya dia beritahu jiran kau, akhirnya disebabkan jiran kau jenis ego, jiran kau akan lebih memekak dan menyampah kat kau. Terus jadi gaduh dan mungkin akan berlarutan.

Dulu aku pernah tulis pasal konsep terdengar dalam semua cerita drama bersiri untuk mewujudkan konflik. Sama lah dengan konsep facebook ini.

Di facebook itu kita tulis apa kita rasa, kalau kau bengan dengan laki kau atau bini kau atau kawan kau atau girlfriend, kau nak tulis kat facebook atau mana-mana laman web sosial. Konon untuk dapat simpati dan mahu orang dengar. Tapi kau sedar tak yang kau sedang membuka aib keluarga kau atau kawan kau atau awek kau sendiri?

Orang tahu cerita pasal kau, orang tahu cerita pasal keluarga kau dan kawan-kawan kau. Lebih teruk cerita-cerita itu semua agak-agak je dari clue yang diberi dengan sedikit yang sumbernya ialah status bodoh kau sendiri.

Sebab itu dalam islam cakap, jangan buka aib orang.

Sebab itu semua kasi gaduh antara kita.

Kalau nak tulis, tulis lah benda yang baik2. Tulis lah benda yang tiada kena mengena dengan peribadi. Masalahnya banyak aku baca yang tulis perkara peribadi.

Jadi aku selalu tolak apa yang aku tulis disini dari berunsur peribadi. Kadang-kadang aku tulis, tapi aku rasa kamu semua susah ingin faham sebab aku akan tulis sehingga ianya jadi berunsur nasihat atau aku ingin cakap benda merapu sahaja.

3. Dalam menyelesaikan masalah selalunya ada dua cara iaitu jujur dan tidak secara tidak jujur atau menipu sahaja. Tapi selalunya yang tak jujur tu akan kantoi tapi masalahnya yang jujur tu selalunya perit.

Jadi paling mudah ialah jangan buat masalah yang akhirnya kau perlu pilih untuk jujur atau tidak jujur.



Read more...

19.1.10

terlampau rumit hingga malas

Maaf, belakangan ini agak sibuk dan rumit. Pelbagai perkara yang paling tidak diharapkan terjadi.

harap dapat kembali ke kondisi asal.

Tapi ini sikit gambar keluarga ifa dan anak-anak mereka yang sangat comel dan pemalu. Terima kasih kepada pembaca blog ini kerana merokemenkan aku kepada akak dia.

sila enjoy dan untuk gambar lebih banyak di sukasukaphoto

DSC_3633

DSC_3620

DSC_3433 copy



Read more...

14.1.10

perkara paling penting dalam bandar

Hi, aku baru balik dari pangkor untuk kajian lapangan. Boleh kata seronok juga. tapi aku dengar ramai orang cakap pangkor tak best sebab takde apa-apa kat sana, bagi aku yang menentukan best atau tidak ialah menurut kepada apa yang kamu carik.

Macam aku , aku carik culture bila pergi ke suatu tempat, aku memang suka tengok culture orang lain. Culture bukan maksud pakai baju melayu dan nyanyi lagu dondang sayang. Tapi budaya orang lain contohnya perkara yang dibuat selalu dan cara orang lain fikir dan rasa.

Jadi menurut pemerhatian aku, Pangkor ini sudah ada identity yang sepatutnya tapi dirosakkan oleh pembangunan tepi pantai yang ala kadar oleh kerajaan.

Pembangunan kedai-kedai tepian berkonsep batu dan simen sangat merosakkan pandangan.

Ia sepatutnya kayu supaya lebih feel pantai. Sepatutnya lebih biar buruk, biar penduduk tempatan yang membina sendiri kedai mereka tapi dibekalkan bahan dan peruntukan supaya binaan tepian pantainya akan 'reflect' penduduk setempat.

3 perkara paling utama dalam pembangunan bandar ialah sustainability, mobility, dan identity. Benda ni mungkin aku akan terangkan di entri yang lain(kalau rajin).

Pangkor mungkin dilihat sebagai tak seronok kerana banyak pelancong mahu rekreasi atau jenis "mass tourism", tapi untuk aku yang enjoy culture, aku rasa pangkor boleh tahan best juga.

p/s : maaf, agak sibuk sekarag, jarang sikit update.



Read more...

4.1.10

Hari ini 36 : Aku Sama Loghat.

1. Tahniah kepada mirahida murad dan juga ridzuan rosli atas perkahwinan anda. Perkahwinan yang seronok dengan bertemakan gotong royong. Ini duan cakap lah.

2. Minggu ni aku akan ke pangkor untuk melawat tapak dan melakukan kajian lapangan. Aku harap isu-isu di pangkor seronok dan harap akan keluar dengan pelan cadangan yang memberansangkan.

3. Masalah dalam bidang pelancongan, paling jelas ialah eko-pelancongan. Iaitu pelancongan berbentuk alam sekitar, seperti Pangkor. Ia kurang menekankan kepentingan penduduk tempatan. Terlampau mementingkan pelancong.

4. Memang penduduk setempat buat duit dari sektor pelancongan, tapi aku rasa kemudahan banyaknya untuk pelancong pula. Kasihan.

5. Duan sudah bersanding akhirnya.Aku jadi tukang ambil gambar je hari tu bersama Hanif a.k.a apeklowek . Jadi kalau gambar tu cantik maknanya Hanif yang ambil dan kalau rasa tak cantik maknanya aku yang ambil.

6. Ini cuma gambar main-main. Gambar yang kahwin di sukasukaphoto .

DSC_2113
DSC_2202
DSC_2142
DSC_2134
DSC_2012
DSC_2000
DSC_2252



Read more...

1.1.10

formula drama bersiri

Mula-mula aku patut cakap selamat tahun baru kali ke 2010. Seperti biasa tahun baru aku tak kemana-mana. Malas, kereta banyak, orang ramai. Parking susah, public transport takde sampai pukul 3 pagi. Jadi aku decide untuk duduk di bilik dan main game PES dengan daus.

Aku rasa banyak orang suka tengok cerita bersiri, cerita-cerita macam gossip girl, atau nur kasih. Jenis aku, tengok cerita bersiri sekali jalan. Takde stop-stop. Baru ganas.

Jadi aku simpulkan formula drama bersiri yang wajib ada dalam semua cerita bersiri kat atas dunia ni tak kira cerita venezuela, cerita bersiri indon yang bodoh, spa q atau apa-apa cerita sekalipun.

Pencetus
Pencetus ini ialah macam starting untuk cerita. Kiranya watak pencetus ni akan menyebabkan keseluruhan cerita bergerak. Kiranya dengan kehadiran pencetus, tindakan pencetus atau apa-apa yang berkaitan pencetus menyebabkan pembentukan jalan cerita. Sebagai contoh, pencetus dalan gossip girl ialah masa serena van der woodsen tu balik, dalam nur kasih masa bapak dia suruh kahwin tu, dalam leverage pencetus ialah masa job dia yang curik plan aeroplane tu.

Penyebab
Penyebab atau kata lainnya ialah batu api. Penyebab ini merupakan watak yang menyebarkan konflik kepada semua orang. Seperti biasa, drama bersiri sarat dengan konflik. Jadi penting watak penyebab. Kalau tiada penyebab, tiada konflik akan berlaku, maka tak jadilah cerita.

Terdengar
Konsep terdengar ni ialah formula drama bersiri paling bangsat sekali. Konsep terdengar ni tujuannya ialah untuk menyebarkan konflik juga. Contoh macam Mamat A bercakap dengan Mamat B pasal Mamat C. Dan Mamat C terdengar perbualan tu, lalu Mamat C akan bengang dan jadi konflik. Aku rasa dalam hidup sebenar, jarang ada konsep terdengar ni.

Konflik setiap watak
Katakan watak utama ada 4 orang. Setiap orang akan mengalami satu benda yang aku gelar sebagai ' putaran konflik". Konflik ini akan berputar untuk setiap watak, mula-mula cerita pasal watak A punya konflik, kemudian B, lepastu C dan seterusnya. Jadi penonton akan pilih satu watak yang dia suka. Akibat dari konflik ini.

Penyokong
Penyokong ini ialah orang yang tidak kena mengena dalam drama bersiri, dia selalunya mempunya konflik yang ringan, dan tujuan kehadiran penyokong dalam drama bersiri semata-mata untuk menasihatkan watak utama, atau melengkapkan karakter watak utama.

Ending setiap episod yang macam sial
Ini formula paling perlu dalam mencipta drama bersiri, buku novel bersiri, komik bersiri, atau apa-apa yang bersiri. Ending setiap episod macam sial perlu supaya orang nak tengok episod seterusnya.

Jadi apa lagi? pergi tulis drama bersiri cepat.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP