30.12.10

Review AFF Suzuki dari akukopi



Tahniah kepada pasukan malaysia kerana menang piala Suzuki. Aku seorang yang tak minat bola. Jadi bila aku review pasal bola pastinya sesuatu yang pelik.

Jadi, daripada aku review pasal bola, aku mahu review pasal disebalik bola.

1. Aku rasa untuk pertama kalinya aku beli jersey. Semata-mata sebab itu hari aku pergi bukit jalil nak sokong team Malaysia. Sumpah best gila. Adrenalin meluap-luap. Jadi lepas ni kalau Malaysia ada main lagi lawan mana-mana team. Aku dah mula rasa nak pergi tengok.

2. Kau ingat senang ke rakyat malaysia semua nak berkumpul depan dataran merdeka tengok bola ramai-ramai tengok team Malaysia lawan? Pernah ke sebelum ni? Aku tak rasa pernah. Aku rasa begitu bangga, tiba-tiba macam semua rakyat Malaysia tau malam tu Malaysia ada game. Yang mana sebelum ni tak pernah ada orang kisah pon. Ini macam semua orang nak balik cepat, semua orang status kat facebook pasal team Malaysia. Gila pelik.

3. Semalam aku tengok bola satu family dekat rumah akak aku. Tiba-tiba jadi aktiviti keluarga. Akak-akak aku yang tak tau apa itu offside pon, bersemangat gila. Buat pertama kalinya aku tengok bola sambil menjerit-jerit. Sebelum ni goal ke, tak goal ke. Aku buat selamba je.

4. Team Malaysia menjadi begitu feymes sampai yang tak hensem pon orang cakap hensem.

5. Aku tunggu bila diorang nak keluar majalah mangga.

6. Aku cuma harap mereka tidak terlampau terkenal sampai jadi terlampau bangga sebab diorang muda.

7. Abang ipar aku cakap, "lepas dah menang suzuki cup ni, bolehla masuk yamaha cup, kawasaki cup, honda cup". Akak aku jawab.."eh..ada eh?"

haha.

Apa-apa pon. Tahniah. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rasa happy masa tengok team Malaysia main bola. Kalau tak, memang kena maki je.

7 carutan balas:

Tanpa Nama,  30 Disember 2010 pada 4:40 PG  

okay aku banyak setuju. haha

Tanpa Nama,  30 Disember 2010 pada 5:24 PG  

World cup tengok! :P

admin@blogdiloz.com 30 Disember 2010 pada 6:00 PG  

Toyota Cup ada.

Boleh kot Malaysia memang satu hari nanti :P

Lyn Sery 30 Disember 2010 pada 9:33 PG  

aku bangga kau menjerit masa goal tu.
dengan jersi kau :)

Asrulsani 31 Disember 2010 pada 8:06 PG  

Kau pun dah layan bola. takde yang mustahil.

aa.. yang terdekat lepas ni 23 Februari, Malaysia mln Pakistan, kelayakan utk olimpik london 2012. Aku nak tengok ramai tak yang datang. (Mm..mungkin tak ramai sangat sebab hari rabu, orang penat balik kerja kot)

misha.w 2 Januari 2011 pada 10:29 PTG  

paling sokong yg no. 5 tuh. hahaha.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP