30.11.10

kritikan terhadap perumahan dan cadangannya

aku kurang study tentang skim-skim perumahan di london, tentang perumahan untuk rakyat miskin ke apa, aku kurang baca pasal benda tu. Tapi aku lihat dia punya rekabentuk agak menarik perhatian aku..

jadi aku sertakan pelan tipikal perumahan teres di sana.




seperti dalam gambar, rumah2 mereka kebanyakan tiada gate, kalau ada pon kecik, muat untuk orang je masuk, kawan perumahan memang tiada gate,kereta tak boleh masuk, di depan rumah pejalan kaki, lepastu kereta parking atas jalan, rumah kebanyakannya 3-4 tingkat dengan latar langit yang sekata. dibina rapat-rapat, mungkin atas faktor sejuk.

kelebihannya bagi aku ialah jiran akan lebih kenal satu sama lain, kerana tiada gate, kalau ada gate pon rendah, jadi sekurang-kurangnya nampak muka lah, pejalan kaki akan lebih selesa kerana tiada putus-putus. maknanya laluan pejalan kaki dia terus aja. Lebih bagus.

Di malaysia. pelan tipikal untuk rumah teresnya begini




seperti yang kau tengok, kereta kita parking di dalam, kalau ada laluan pejalan kaki pon akan terputus-putus sebab untuk lalauan kereta masuk dalam rumah, rumah dibina rapat-rapat juga yang mana akan memanaskan rumah kerana kurang ventilation, laman selalunya di renovate untuk bagi kereta 2 bijik sekali masuk, latar langit memang sekata, tapi selalunya tidak menggalakkan pejalan kaki kerana aspek keselamatan dan jauh.

bagusnya mungkin selamat, kerana gate tinggi, susah bagi pencuri masuk, tapi kadang-kadang sehingga tak kenal jiran pula, sukar bermesra, panas kerana kurang laluan angin, dan kalau laluan rumah kita itu merupakan jalan short cut seperti di ampang jaya, maka akan jadi sesak pula kawasan perumahan.

Jadi ini cadangan aku





rumah yang jarak-jarak sedikit untuk memberi laluan angin, laman mengelilingi perumahan dan tanpa gate, kemudian di depan ialah pejalan kaki supaya memebri keselesaan, kereta parking di tepi jalan raya, menggalakkan cul-de-sac supaya lebh privasi.

kelebihannya ialah pejalan kaki akan lebih selesa kerana kurang gangguan, rumah jarak-jarak sikit akan memberi ventilation, laman yang dikongsi bersama pemilik lain akan merapatkan hubungan dan interaksi sosial.

sekian terima kasih.

maaf sedikit akademik.

ok, sekarang siapa cakap aku pergi london untuk suka-suka je?

lepas ni aku cerita pasal dinamik pelan pembangunan di london dan beza dengan malaysia serta cadangan aku untuk menggantikan pelan pembangunan malaysia.

10 carutan balas:

durrah 30 November 2010 pada 2:00 PG  

menarik.. aku setuju.. semnagat kejiranan kat malaysia semakin kurang.. even duduk kampung pun tak kenal sangat. lagi la kalau duduk kat bandar...

Unknown 30 November 2010 pada 2:39 PG  

good one. tapi maybe ko bleh luaskan skop perancangan bandar secara overal, malaysia, kalau kwasan rumah, rumah jer.office, office je. kt london, kt situ la rumah, kat situ la ader kedai, kat situ la ader bar, kat situ la ader boutiqe. dan jalan raya di london, sgt sesak. so cmner?

AkuKopiKauSiapa? 30 November 2010 pada 3:21 PG  

biar aku jawab kat sini.

itu nama dia mix development..campur dengan transit oriented development yang mana kawasan public transport adalah pusat bagi pembangunan..

jadi ia tidak akan meneysakkan, malah elok untuk alam sekitar dan kesihatan..

sebab ia menggalakkan pejalan kaki, jarak dari satu aktiviti guna tanah ke aktiviti guna tanah di pendekkan.
tidak perlu start kereta..

cuba kau bayangkan rumah kau dengan tempat keje kau hanya 5 minit je jalan kaki, kemudian 5 minit je ke kawasan komersial..
lepastu 5 minit je dari umah kau untuk naik tren dengan jalan kaki..

takkan kau nak pakai kete jugak kot..

itu yang malaysia takda..kerana kurang rancangan dari awal..

LailaAlfisyahr. 30 November 2010 pada 7:15 PG  

sangat setuju.

kalau buat kajian mendalam pun mesti lagi best :)

boleh jadi final thesis and etc.

goodluck bro kopi2 :)

kadang2 bandar yang terlampau dirancang, kat Malaysia ni, akukopi rasa tak bandar tu mcm bndarmati?

just asking.

AkuKopiKauSiapa? 30 November 2010 pada 7:22 PG  

bandar mati atau stagnant adalah akibat tidak dirancang.

mustahil bandar yang dirancang boleh mati.

apa bandar yang terlampau dirancang kat malaysia ni yang kau cakap mati?

pelik.

LailaAlfisyahr. 30 November 2010 pada 9:21 PG  

entahlah.
sbb ada lecturer ckp.
bndar putrajaya bndar mati.

sbb tu semua pihak rancang nak buat macam2 event kat situ.

nak hidupkan kawasan.

Maybe pada pndngan dia,
bila weekend, lengang.
so conclusion, mati.

Maybe. thnks fr answering btw

Tanpa Nama,  30 November 2010 pada 4:13 PTG  

okei tang jiran tuh ak terase.sb aku tak knal pn jiran aku skrg.yelah asyik aku je pndah randah. kejap jb kejp slngr.ceh ceh

Dayana 30 November 2010 pada 6:28 PTG  

shah alam pun bandar terancang tapi boring je aku tengok. takde life dan orang tak hingin datang lepak shah alam sebab life pace kat sana a bit slow.

what say you?

slay 30 November 2010 pada 10:02 PTG  

heh, aku dah lama gak perasan pasal benda ni.

kat negara luar pagar kecik2 je, tak pun memang takde pagar, tapi kat negara kita pagar tinggi2, siap gated community lagi. untuk keselamatan? bukan2, nampak sangat negara ni banyak penjenayah langsung tak selamat. -_-"

dari sudut developer, benda ni tak ekonomi, sebab gunakan lebih ruang tanah. sebab tu dorang tak buat, untung kurang bro.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP