11.9.10

sikit pasal ayah

Kau mesti pelik macam mana raya macam ni aku boleh update blog hampir setiap hari. Sebab utama yang paling utama ialah aku tidak kemana-mana. Bapak aku sudah jadi atuk, akak-akak aku semua sudah kahwin dan ada keluarga masing-masing, sedara-sedara aku semua di Kuala Lumpur dan Singapura. Rakan-rakan aku di Melaka ni semua tidak begitu menghiraukan hari raya. Jadi hari raya cumalah cuti seminggu pertengahan sem yang biasa bagi aku.

Cuma nanti ada budak-budak datang rumah aku, makan minum, aku tipu diorang sebarang dua, kasi duit raya sikit. Sudah.

Tapi bukan benda tu yang aku nak cakap hari ni.

Aku nak cakap pasal ayah. Ayah aku dan ayah kau.

Benda yang aku perasan ialah, seorang ayah akan cuba untuk meluangkan masa dengan anaknya. Terutamanya anak lelaki. Terutamanya yang jarang dijumpai macam aku. Masa kecik mungkin bolehlah main bola sama-sama, buat layang-layang ke, letak mercun dalam post box rumah jiran ke(feveret) atau masukkan air dalam ekzos kete rumah jiran. Itu semua masa kecik-kecik.

Sekarang dah besar takkan nak buat benda yang sama jugak. Konfirm bapak aku kasi penyepak satu kali.

Jadi seorang anak ini yang masih muda ini akan berjiwa memberontak. Pada masa ini dia rasa rakan-rakannya dan internet lebih dari keluarga, kehadiran twitter, blog, tumblr, formspring dan kad raya di facebook yang membencikan itu menjadi penyebab hubungan kekeluargaan antara seorang bapak dan anak itu berkurangan. Bapak tengok tv sorang-sorang, anak duduk bilik sorang-sorang. Tak baguslah kan?

Jadi aku perasan seorang bapak akan sehabis baik menggunakan masa yang ada. Benda yang mudah-mudah menjadi sukar. Contohnya tentang televisyen. Contoh aja.

Seorang bapak akan tanya pasal televisyen tuh, sama ada televisyen itu boleh dibuka atau tidak, cerita apa dekat tv, astro sekarang bodoh, plasma TV sebenarnya tak bagus. Speaker tak kuat nak pasang sound system lah.

Kau kena faham, yang dia cuma ingin meluangkan masa, mungkin kau rasa "apa soalan ni?". Tapi percaya lah yang dia cuma ingin meluangkan masa. Sebab dah tau nak tanya apa. Cuma ingin komunikasi.

Pergi mamposlah hari ini hari raya ka, deepavali ka, thaipusam ka, krismas ka, good friday ka,

Aku cuma ingin minta maaf kat bapak aku kerana kurang meluangkan masa berkualiti. Senang-senang nanti kita lawan snuker.

11 carutan balas:

Faizal Sulaiman 12 September 2010 pada 12:49 PG  

yelah..tengah2 dia sihat ni kita luangkan la sikit2 masa.kdg2 susah nk tengok ayah ni tunjukkan kasih sayang.

ringo 12 September 2010 pada 2:20 PG  

bapak aku kadang2 acah2 nak join aku tengok bola kat tv. macam kau cakap lah nak spend masa sama2 dengan anak.dia nh bukan la jenis tengok bola ke ape. lepas tu dia mulakan perbualan, "chelsea baju kale biru ke merah". kah kah. tapi aku hargai usaha dia tu

Nadzirah Idris 12 September 2010 pada 2:41 PG  

Bapak aku pun begini juga perangai nya. Tapi aku perempuan. Adakah dia anggap aku anak lelaki? errr

Tanpa Nama,  12 September 2010 pada 5:08 PG  

Yeap.. Ayah cuma ada ko sorang jer anak lelaki dia.. Dia smpi gunakan formula bangsa cina yg ikut umur dan tahun utk dptkan ko.. Dan effort dia meninggalkan bini barunya itu kat rumah emaknya di KL dan balik ke Melaka utk spend time dgn apiz should be appreciated. Masa mimie call bgtau ko tggl umah sorang, dia siap ckp "alahai.. Kesian apiz".. Ayah syg sumer anak dia cuma dia agak kurang tunjuk jer.. Jdnya, bila ayah ajak borak tue kita layan ajerla.. Dan kena ada sikit sabar sbb kdg2 kita ckp lain dia dgr lain.. Huhu..

skinnyjeens 12 September 2010 pada 9:09 PG  

:) biasala tu. kdg2 dorg ckp pelik2 je, tp kte layankan saje la.

boxx. 12 September 2010 pada 11:12 PG  

same doe cam arwah ayah aku. just skarang, its different without him. :(

AkuKopiKauSiapa? 13 September 2010 pada 6:38 PG  

faizal sulaiman :
aa..betull..bukan ego..malu kot.

ringo:
baik kau hargai sebelum terlambat.

gula:
ahaha..tak kisah la..anak jugak.

mimie:
ye ke? sedihnya apis.haha. part tak dgr tu memang takleh nak watpe la..

skinnyjeans:
huhu..tau takpe.

mendatak:
aku rasa memang semua bapak mcm tu kot..

boxx:
urm..sama macam arwah mak aku la.

kap:
huhu..

fie,  14 September 2010 pada 5:39 PTG  

sebenarnya,tak payah tunggu.sila MOVE ON sebab ko hensem :P

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP