2.9.10

Kepada melayu ku yang malas

(revolusi mental)

Mula-mula, maaf jika apa yang aku tulis ini mungkin menyinggung sesetengah pembaca melayu yang sifatnya begitu Melayu dan bersemengat Melayu yang sungguh kuat sehingga betul-betul tidak puas hati dengan apa yang aku bakal tulis. bukan hendak beritahu aku tidak bersemangat melayu. Tapi sebenarnya aku tidak suka dengan konsep bangsa. Yang mana, kita dilihat sebagai sebagai satu bangsa. Baik dilihat kita dari segi agama atau sekurang-kurangnya tempat asal.

Kiranya aku bukan orang melayu, tapi aku orang Islam, atau aku orang Melaka, atau aku orang Malaysia.

Sesuai dengna tajuknya, ia ditujukan kepada orang yang malas, jadi jika kau seorang yang rajin. Cuma baca dan sampaikan sahaja.

Ok,

Antara orang-orang penjajah yang pernah tulis tentang orang Melayu seperti Tome Pires, Barbosa, Francis light dan entah sapa-sapa lagi yang aku tak kenal, kebanyakan menyebut tentang sifat orang melayu sebagai "malas, tidak mahu mengumpul harta dan bersikap menerima sahaja. Juga cepat puas hati dengan cara biasa, kuat berhutang, sifat sarkastik, pantang dikutuk, kuat bercinta, sukakan hiburan dan berlaga ayam."

Dan dari segi positifnya ialah, baik hati, mempunyai sifat penyayang, sukakan kedamaian dan lemah lembut".

Mungkin mereka ini semua cakap orang melayu malas kerana pengaruh kapitalisme kolonial. Dan orang melayu sebagai orang yang tidak mahu menurut perintah kerana mempunyai sifat angkuh ini menjadi penyebab orang-orang Inggeris ini menulis perkara sedemikian. Kiranya, orang inggeris suruh mereka gali lubang, orang melayu taknak kerana tak mahu menurut perintah, jadi mereka tuduh orang melayu sebagai malas dan angkuh.

Syed Hussein Al-Atas dalam bukunya "mitos peribumi malas" menyebut tentang tidak puas hatinya terhadap konsep penyamarataan. Dia cakap bahawa tidak adil untuk memukul sama rata semua orang Melayu sebagai malas. Kiranya seperti melabel terus semua orang melayu sebagai pemalas.

Pendapat aku ialah, tidak salah memukul rata, kerana kita hidup sebagai satu komuniti, maknanya kita bergerak sekali, rutin kita hampir sama, maka kita akan dipandang sekali. Maka sudah jadi tanggungjawab kita untuk menasihatkan orang lain. Dalam Islam juga cakap tentang tanggungjawab kita bukan pada diri kita sahaja, tapi pada keluarga dan jiran-jiran(lepas ini mungkin aku akan tulis pasal "pembandaran dan kejiranan"). Jadi kalau kita dilabel, jangan melenting, itu salah aku, kau dan semua orang Melayu juga.

Kalau dicakap malas kerana kapitalisme kolonial, mari kita lihat sekarang ini, penjajah sudah berapa tahun keluar dari Malaysia ini? Apa yang kau lihat disekeliling? Dimana tempat kau dan aku? Bagaimana budaya sekeliling kita? Kau tak rasa betul apa yang orang lain tulis pasal kita?

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP