22.9.10

hari ini48 : Hari ini hari jadi

Hari ini, 23 september ialah hari jadi aku. Kira dalam bahasa lainnya masa hari ini pada tahun 1987 aku lahir lah.

Kalau kau biasa tengok aku hari-hari, sebenarnya sekarang aku rasa fizikal aku paling jahanam sekali.

Jahanam sebab aku rasa muka aku macam gelap, bibir makin hitam dan kering , badan makin kurus, bulu makin banyak dan rambut macam helmet. Senang cakap, memang tiada gadis yang berselera dengna aku sekarang. Kalau dulu tak selerea. sekarang lagi tak selera.

Jadi azam aku untuk hari jadi aku kali ini ialah untuk menjaga kesihatan.

Aku nak kurangkan minum kopi kepada satu cawan satu hari. Sebab kalau dulu adalah lebih kurang 5-6 gelas satu hari, lepastu kurang pulak tu minum air masak.

Jadi sekarang aku dah ada botol air dalam bilik, hari-hari habiskan sekurangnya satu botol air masak, kopi pon minum waktu pagi sahaja.

Rokok pulak aku aku nak kurangkan sekotak dalam masa 24 jam. Kalau tak dulu 2 kotak. Dan waktu ada masalah, sebatang setiap 15 minit. Macam hari ini dan semalam, aku punya rokok tak habis-habis lagi. Hebat kan?

azam aku sebelum puasa ialah untuk belajar bersungguh-sungguh, jadi mula dari puasa hari tu, setiap hari jumaat dan isnin, aku akan ke library untuk membaca. Hampir apa-apa sahaja buku aku baca. Jadi perkara tu aku akan teruskan.

Antara azam-azam aku ni aku rasa, azam aku yang paling bodoh ialah aku membuat keputusan untuk tunggu.

Selamat hari jadi kepada aku dan kepada orang yang hari jadinya sama pada hari ini, semoga murah rezeki, panjang umur dan mudah dalam segala hal.

Selamat,

17 carutan balas:

naqibmiller 23 September 2010 pada 12:04 PG  

perggghh..aku ingat umo ko 25 keatas..
mude dari aku rupenye...

Nadiyayaaa 23 September 2010 pada 2:06 PG  

selamat hari jadi.semoga azam ko tercapai.haha

.o r k e d. 23 September 2010 pada 5:58 PG  

hari jadi aku esok.
nasib aku same ngn kau.
tunggu dan terus tunggu.

aku pun da nekad nk jaga kesihatan aku jgak.
aku na buat entri mcm ni jgak tp kau da buat dlu.
adeh, seb baek kau lg tua.
aku hormat kau.

maybe,
entri aku nti akn lbey kurang sama isinya dgn entri kau ni. kau jgn mrh ek. huhu

selamat hari jadi bro.

Cikpuanmuda Juju 23 September 2010 pada 7:41 PG  

hohoho
kamu juga september
saya juga coming soon
hepy bday kopi!!

Atiqah Ahmad 23 September 2010 pada 7:53 PG  

selamat hari lahir. :)

semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

AkuBukanLelaki 23 September 2010 pada 8:31 PG  

wohohoho...
same bulan
lain tahun

HEPI BESDAY bro...

skinnyjeens 23 September 2010 pada 8:34 PG  

oh happy birthday! moge taun ni lebih best dr taun2 lepas and good luck la psl smoking tu. banyak jgak eh satu hari.

Sofiya 23 September 2010 pada 9:23 PG  

haha. good luck dengan azam birthday tu. happy birthday :)

- 24 September 2010 pada 1:24 PG  

hepi belated besday
slmt hr rya ^^




psssst! Encik Bahagia, sila peluk owner blog ini ketat2!!!

(n__n)

Ahmad Belia 24 September 2010 pada 5:23 PG  

lu dah tua. solat jgn lupe...

Tanpa Nama,  24 September 2010 pada 10:07 PG  

selamat tua :D

Dayana 26 September 2010 pada 9:27 PG  

la 1987 ke

btw, happy belated birthday!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP