28.7.10

kesilapan tanpa sangkaan

Pernah tak kau rasa banyak betul benda yang tak kena, yang kau rasa gila salah. Kau tau semua orang lain buat dengan cara yang betul dan cara kau pasti yang salah tapi masalahnya ialah kau tak tau macam mana nak betulkan lagi. Dan masa tu benda yang kau fikir cuma pegi mamposlah.

Aku cuma rasa benda-benda macam tu datang bila kau terlampau mengharap terlampau tinggi. Kira begini contohnya, aku membayangkan bagaimana aku akan ambil gambar minggu depan, dan bila sampai harinya, gambar tu tak seperti yang aku bayangkan, masa tu kau fikir kau buat dengan cara salah, sekarang kau cuba betulkan, tapi tak boleh juga dan akhirnya pergi mamposlah.

Akhirnya gambar kau jadi macam babi.

Ia boleh juga diaplikasikan kepada benda lain seperti membuat projek, atau menackle gadis pon boleh.

Bila kau rasa kau tackle dah habis baik dah, dan tak jalan juga. Kau gila berharap gila, tapi tak nak jugak. Masa ini pergi mamposlah sama gadis.

Akhirnya pergi mampos ini, atau sudah hilang semangat ini yang memberhentikan usaha. yang akhirnya dari kau berpeluang kepada tidak berpeluang lansung. Semuanya kerana kau terlampau berharap dan terlampau nampak berusaha dan akhirnya kau malas dah.

Aku punya nasihat ialah cuma jangan nampak terlampau berusaha. Buat-buat cool dan jadi cool.

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP