31.7.10

Hari ini 47 : Update Kehidupan!

1. Semalam aku tengok short film festival di kaedfest. Tak ramai orang. Aku ingatkan bakal ramai orang. Sekali orang sikit sahaja. Dipenuhi crew sahaja.

2. Hari jumaat dan semalam juga aku berbasikal di bukit cerakah, Shah Alam. Sambil buat survey mengenai Agro-pelancongan. Kau tau, bontot aku sakit gila babi. Berdenyut-denyut sial.

3. Komen aku tentang Taman pertanian.Bukit Cerakah ialah, begitu membosankan. Taman haiwan yang binatangnya sudah mati dan kelihatan lesu. Taman orkid yang bodoh. Seperti masuk hutan sahaja. Orkid pun tiada. Rumah 4 musim yang begitu mengecewakan. Aku membayangkan rumah 4 musim itu macam besar gila dan best gila. Tapi betul-betul mengecewakan. Aku tak tahu apa yang aku patut tengok dalam tu.

4. Satu-satunya pertandingan yang boleh dibuat di Buki cerkaah ialah pertandingan mencari. Kiranya, jika kau di taman orkid kau boleh buat pertandingan mencari orkid. Jika kau di taman cendawan, kau boleh buat pertandingan mencari cendawan. Kalau di taman haiwan, boleh buat mencari haiwan.

Sebab susah gila nak jumpa. Haha.

5. Semalam juga aku lepak dengan Hanif, Jannah dan juga Najah(adik Jannah). Ayat yang aku paling suka ialah bila Hanif cakap, "aku suka tengok orang dulu-dulu pakai baju kebaya ikat sanggul macam kemas je", Najah cakap,"Hanif pernah tengok ke orang dulu-dulu?".

Aku tak tahan gelak.Haha.

6. Minggu ni juga aku baru tengok Cuci Musical II kat Istana Budaya. Komen aku ialah, gila babi kelakar. Kau memang patut tengok.

7. tolonglah boleh keluar hari ini.

blog comments powered by Disqus

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP