8.6.10

Entri Murahan : Review Lagenda Budak Setan

Sejujurnya aku bukan seorang yang baca novel, tapi disebabkan kononnya Lagenda budak setan ini satu macam kegilaan pada zaman dulu aku baca lah. Masa itu baru sekolah rendah.

Jujurnya novel dia betul-betul aku suka,plotnya cantik. Konfliknya sesuatu yang lain.

Jadi sekarang sudah keluar filem, dan seperti yang dijangka, aku mungkin macam letak harapan yang sangat tinggi dalam filemnya. Walaupun dah lama aku baca, aku ingat lagi plotnya bagaimana. Jadi lepas tengok semalam di OU, aku rasa gila kecewa, kerana benda bodoh yang sangat tak diambil berat. Jadi ini antara perkara yang aku senaraikan lah.

1. Penonton tak diberitahu, Kasyah itu ambil course apa sebenarnya kat universiti tu? tiba-tiba sahaja kena pergi study pasal design apa lancau ntah, lepastu tiba-tiba dah habis, Ayu dah ada mamat lain, tiba-tiba Kasyah jadi fotografer. Apakah lancaunya citer nih? hancur gila. Aku blur.

Sebab ada satu part yang dia ada kelas "international marketing". Tapi rupanya dia design-based punya course. Bodoh tak? sekurang-kurangnya biar la kelas ada kena mengena. Biar penonton faham.

2. Ceritanya terlampau pendek, aku tak sempat nak feel kejahatan Kasyah, sepatutnya biar dia buli ayu tu banyak kali, baru dia tersedar dia sebenarnya suka ayu. Ini kau punya la jahat, tiba-tiba jumpa awek cun terus cair. Adeh. bangang. Laju sangat.

3. Feel kemesraan Kate itu perlu lebih lama, lebih mesra, biar penonton sampai benci Kate. Sama rasa benci masa baca novel. Ini sekejap sangat mesra, tiba-tiba Kate macam jeles Kasyah nak kahwin, penonton pon pelik, apehal minah ni nak jeles lebih plak ni?

4. Ada satu part Doktor bermuka india, bercakap ala india, dan dia lepas check mak ayu tu dia cakap, "alhamdulillah, ibu kamu sihat". Aku sungguh pelik, kalau dia nak Doktor tu cakap Alhamdulillah pon, perlu sangatkah doktor tu berbangsa India? Bukan tak boleh, tapi pelik.

5. Cara pemberitahuan yang emilia sebenarnya Ayu tak cukup buat aku teruja. Sepautnya biar orang ingat ayu dah mati.

6. Selepas buat pembedahan plastik, Ayu menjadi tidak cun. Aku tertanya-tanya ada ke orang yang buat pembedahan plastik mahu jadi tidak cun? Apalah, bangang betul. Sekurang-kurangnya ambil lah orang yang berkulit sama warna. Ini macam salin satu badan. Dan mungkin buat pembedahan supaya buncit sedikit. Adeh.

Banyak lagi yang kalau ditulis akan jadi terlampau panjang. Kesimpulannya ialah cerita ini terlampau laju, banyak buang masa di tempat yang tak patut, dan isi percakapan yang bangang dan tidak menusuk kalbu.

Tapi Que Haidar punye character memang jadi, patternnya betul. Respek que haidar.Fazura pon aku suka. Watak dua ini lebih berkesan dari farid kamil dengan Lisa Surihani. Serius dedua tu bangang. Aku rasa farid kamil tak baca pon novel ni. bodoh gila.tak feel lansung.

Tapi sesiapa yang baca novel ini, aku rasa kamu patut tengok. Sekadar pelengkap hujung minggu. Atau mungkin kamu tak nak tonton filem ini supaya tidak mahu hilangkan feel kau terhadap novel ini.

Sumpah pengarah ni bangang.

21 carutan balas:

Tanpa Nama,  8 Jun 2010 pada 5:18 PG  

seyes cite die cm bongek ek??
nsb bek aku xg tgk ag..br nak g tgk..haha..

Sh.athie 8 Jun 2010 pada 6:01 PG  

hahaha, aku setuju yg part bersalin kulit tu, obvious sgt la bangang nye. haha

@DdY 8 Jun 2010 pada 6:21 PG  

ahahahha gelak2 ako baca ulasan ko ni walaupun ako tak pernah baca cite or tengok cite tu lagik!

Fana Flora 8 Jun 2010 pada 6:22 PG  

apa yang kau tulis semua betul!
tapi klu setakat nak tengok tu, bolehla layan.baik baca novel dia ;D

limau ais 8 Jun 2010 pada 6:35 PG  

setuju. antara movie ngn novel, macam langit ngn bumi.
taktau mana silapnya, aku rasa cerita ni jadi cerita kartun -___-'

NHAF 8 Jun 2010 pada 8:02 PG  

true! part yg sepatutnya sedih jadi klaka sebab lisa pelat 'R'. cembughu. oghang. LOL.

and, mmg betul cerita ni laju sgt. 30 min pertama cerita bermula, dah si kasyah ngan ayu bercinta sakan nak kawen bagai, lek ah dulu. baru setengah jam cerita mula.


and part yg aku paling tak boleh terima, kasyah and ayu supposed to start the story jadi budak sekola. cos diorang bertemu pon kat part "sorry saya takde duit kecik"

apa daaaa pengarah. jauh gila lari cerita dari plot dalam novel.

mimie hamdan 8 Jun 2010 pada 8:20 PG  

for me, LBS nie layak jadik cerekerama shj!...
pengarah langsung takda feeling/tak cukup drama... kena belajar ngan anak aku mcmmana nak drama lebih... FK? seriusly dumb a**... pki lipgloss aku tokleh tahan... apa result dari dia pergi dok jauh2 tue... aduyaiii... motif???
pasal ayu tukar muka pun aku tak paham... tukar muka ker tukar kulit... hahaha...
cerita nie sepatutnya smpi ayu nampak azmi balik or smpi diaorg kena kawin... bykkan lagi plot2 sedih/cinta... tapi bukan merapu...
okay... sblm aku yg merapu... itu jerla pendapat aku....
rasa mcm nak baca balik novel nie nak tebus kekecewaan... mana nk dpt eh... mine i think dh tak tau letak mana...

steve-bo 8 Jun 2010 pada 9:45 PG  

jadi kau rasa filem ni lebih bangsat dari dragon ball evolution?

karatz 8 Jun 2010 pada 10:26 PG  

sumpah aku fanatik gila novel ni.aku rasa masa aku darjah 6 kot baca.start dr 1,2,3..kecik2 dah terfeeling gila babi.
dan esaited nk tgk filemnya.

tp dr cara ko cerita.baik aku pegi tgk filem tamil..kot!

arek 8 Jun 2010 pada 6:26 PTG  

dorang sume blaja kat ipta ke ipts aku tak tau, tapi nape dorg panggil cikgu..bukan encik ke puan ke prof ke..buduh!!

ayu operate buah dada skali hahaha..

khairuld7 8 Jun 2010 pada 6:54 PTG  

betulllllllllllllllllllllll!!
aku kecewa tahap gaban tgk filem tu n mungkin cam terberharap lebih kot.. n watak sapi pun sket padehal sapi n kasyah gile close wat jahat sesame.. and patutnye diaorg letak scene stink bomb skali.. haih.. tp awal2 dah tau akan kecewa sbb suppose diaorg knal since sec. sch.. then kat movie da kat kolej plak.. U patutnye kat US tp da jd ntah kat mane.. em.. takpe la.. maybe diaorg kurang budget.. ok aku dah terover sgt nieh.. haha

Miss FZ 9 Jun 2010 pada 6:12 PG  

betol2...cite dia sgt laju..kalau org yg tak baca novel tu tengok filem, mesti tak faham.huhu.

AkuKopiKauSiapa? 9 Jun 2010 pada 7:11 PG  

haha. lawak gila aku baca komen korang.. apa2 pon. kalau ada 2nd. akan aku ban cerita ni melainkan dia tuka pengarah.

popsoda,  10 Jun 2010 pada 9:48 PG  

bila aku dgr je lagenda budak setan nak difilemkan, aku dah agak mesti cite dia bangsat banding novel. hahaha. sebab industri filem malaysia aku xpaham apesal. bukan nak rendah2kan tp.. argh serik dah aku

ok ini novel pertama dalam malaysia yang aku paling suka dan feel baca masa form 1 kot. dan banyak lupa dgn scene2 yg aku nak ingat balik. dan baca komen kat atas, aku baru ingat pasal sapi! perghh.. scene tu aku paling suka. kasyah dengan sapi. bes gile. time kasih org atas sbb ingatkan aku. haha. scene tu je bg aku melambangkan kasyah budak setan banding scene2 lain. dan lagi scene dia ngan abg dia nama apa eh? yg akhirnya mati tu? eh ade ke?? ke aku dah tetukar cite ngan pilotcafe? hahah. siyes lupa.

dayah 12 Jun 2010 pada 6:43 PG  

ohh xbes ke. abis kaw2 luahan rasa tekluar dari ncik hafiz ni. maknanya kena baca novel baru bes

fndrocka 15 Jun 2010 pada 3:23 PG  

ramai giler buat review..termasuk aku.haha

Aisyah 15 Jun 2010 pada 7:25 PG  

masa ayu bersalin.. Dr tu jerit "teran!! teran..!! haa macam tu...! Teran lagi..! Yaaa!! Yaaa!! Teran Lagi Yaa!!" suara cam commentator bola sepak. lawak x leh blah. pastu ayu mati. (????)

Chenta 16 Jun 2010 pada 8:31 PG  

BAHAHAHA~ klaka ayam la korang ni. ^^

Tanpa Nama,  17 Ogos 2010 pada 2:12 PG  

Dr muka india sebut Alhamdullilah pun jadi isu ke?Ape takdak ke dr muka india yang Islam.atau dia memang india Islam berlakon jadi Doctor?
Or
dia mmg muka india atau india,berlakon jadi dr beragama Islam dalam filem ?
Or
Memang dia India,atau muka India,kat luar set bukan Islam,tp watak dr india atau bermuka india beragama Islam?
And
Aku tak argue,kalau kau,kelebet filem tu betul betul,tengok tag nama dia,tgok nama Antony keAdam ke.tu mcm boleh argue sket la,tu pun,tak 100% lagi.Ni argue pasal muka India?Orang muka India,orang India pun boleh jadi Islam ok.Islam bukan muka melayu ja.Kau muka jawa,Islam jugak kan?

sekadar berkongsi pendapat,peace bro!

Unknown 19 Ogos 2010 pada 1:37 PG  

tanpa nama:
yess!! akhirnya ada orang argue pasal benda tuh. haha

macam ni, aku cuba nak cakap benda biasa, kira dalam filem kita selalu jarang tengok benda-benda tersirat. kita ambil apa yang ada di depan mata kita sahaja.

watak india cakap alhamdulillah tidak salah. tapi sekali punya pemerhatian tanpa difikir-fikir kita rasa macam.."eh..doktor ni islam rupanya"

memang tak salah, tapi dia buat penonton semua berfikir benda lain. sebab pengarah patutnya fokuskan isi yang doktor tu ingin cakap, bukan biarkan penonton berfikir benda remeh yang lain.

benda itu akan melarikan fokus penonton.

terima kasih kerana berkongsi.

AkuKopiKauSiapa? 19 Ogos 2010 pada 1:39 PG  

orang di atas ni ialah aku..terlupa sign out akaun orang lain.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP