21.5.10

kita dah tiada masa untuk semua benda ni




Apa yang kau bakal baca ialah mengenai apa yang akan aku tulis dibawah tajuk yang dinyatakan.

Aku rasa sejak dari sem lepas, sejak dari tahun 2009, aku nak tulis entri dengan tajuk ni. Aku dah tulis dah kat buku aku yang kalau dijual harganya boleh mencecah ribuan ringgit dan menjadi rebutan ramai itu mengenai tajuk ini.haha.

Tapi tajuk je, isi takde.

Apa yang akan aku tulis mengenai tajuk tersebut ialah bagaimana kita seluruh umat manusia menghabiskan masa kita dengan benda-benda bodoh. Sibuk pasal isu politik, isu judi punya lesen, isu sultan ape yang aku tak faham, isu lompat parti entah apa2, isu perkauman lah, mengumpat lah, cerita pasal orang lain. dan macam-macam lagi.

Dah berapa juta tahun manusia hidup atas muka bumi ni, dan isunya sentiasa sama. Dan sebenarnya kita dah tiada masa untuk semua itu.

Sudah mahu akhir zaman dan tak sangka kita sibuk bercakap benda yang sama kan?

Lebih seronok dan seperti sebagai penarik pula bila orang menulis pasal isu-isu macam tu. Aku sendiri pon tulis mengenai benda yang tidak bermanfaat. Lebih kepada main-main dan tidak penting.

Cuma bezanya aku malas nak cerita isu-isu yang bagi aku, terlampau tak penting untuk aku bincangkan. Mungkin aku seorang yang tidak peka dan tanak ambil tahu hal politik. Jadi terpulang kepada kamu. Aku lebih suka lihat keadaan sekeliling yang nyata.

Aku juga akan tulis dalam tajuk itu benda yang paling penting ialah tentang diri sendiri, tentang apakah tujuan hidup manusia?

Kerana, akhirnya diri kau sendiri adalah benda yang paling penting sekali, sebab diri kau adalah sebahagian dari komuniti, dan jika setiap ahli dalam komuniti memikirkan tentang tujuan hidup diri mereka atas dunia ini. Pastinya isu yang membazir masa untuk dibincangkan itu kurang bukan?

Tapi akhirnya aku masih tiada isi untuk tajuk ini.

8 carutan balas:

reverie 21 Mei 2010 pada 6:39 PTG  

Tak payah hurai. Tajuk dah cuku nak reflek diri sendiri.

popsoda,  21 Mei 2010 pada 7:11 PTG  

betul. setuju dengan kelam rider dan reverie. entri ni terbaik bro! nex entri buat lagi entri2 seperti ini. aku sebenarnya suka..

apekzer 21 Mei 2010 pada 8:08 PTG  

tetapi relis nya, dekat Malaysia ni, untok puaskan diri senddiri pada pengakhirannya, pasti di tegah, tepi, ujung, atas ada sedikit unsur politik, tak sestinya politik parti atau politik persatuan, politik studio unkin, atau tempat kerja, kemudian politik itu diwarnai pula dengan isu yang mungkin kurang penting, dimanipulasi. itulah realis kehidupan nyata. tapi kuasa tuhan engatsi segalanya, jadi kalau seorang orang tu sentiasa dapat puaskan hdupnya, itu tuah diri yang dianugerah oleh Allah. Alhadulillah.

AkuKopiKauSiapa? 21 Mei 2010 pada 10:14 PTG  

kelam rider:
weih.lama kau tak update.

reverie:
huhu.kang tulis tajuk je kang tak paham plak.

popsoda:
baguslah kalau suka, aku pon suka untuk tulis.

apekzer:
ko taip sambil kasi susu kat anak kau eh? haha.

aa..

politik datang bagi aku sebab masing-masing ada agenda masing-masing. mungkin sebab sentiasa tak cukup kot. macam aku, macam kau, macam semua orang,

apekzer 21 Mei 2010 pada 10:25 PTG  

hidup beragenda itulah realis kehidupan. kaitannya apa yang kau ulas.

Tanpaemail,  26 Jun 2010 pada 10:31 PTG  

komen2 kamu memag bagius
tapi persoalannya adakah kamu merefleksikan pemikiran itu dalam diri kamu
kadang-kadang kita terlalu lincah bercerita
tapi cerita itu sekadar cerita sahaja

akukopi,  26 Jun 2010 pada 11:36 PTG  

aku patut cakap, aku rasa aku memang tak suka benda-benda yang aku cakap seperti di atas, pasal politik dan benda-benda macam tu, aku tau, tapi aku tak suka cakap pasal benda-benda macam tu sebab aku tau akhirnya ia membuang masa untuk cakap benda macam tu, jadi lebih baik aku menumpukan pasal diri aku sendiri,

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP