26.5.10

harap ini bukan pesan terakhir 7

1. Sekarang ini untuk pengetahuan kau, aku sedang menjalani praktikal.

2. Aku perasan patutlah orang cakap betapa masa belajar paling seronok sekali. terutamanya semasa universti. Memang kerja memenatkan. dan membosankan yang paling utama.

3. Akhirnya kau bekerja bagi aku semata-mata untuk memuaskan hati orang lain, macam aku buat drawing banyak kali, semata-mata untuk puaskan hati orang lain. Tapi aku tak kisah pon, penat sikit lah.

4. Semasa bekerja yang memberi motivasi cuma wang dan komitmen. atau mungkin awek comel di tempat kerja, haha.

5. Aku juga belajar kepentingan berpura-pura. Kau perlu berpura-pura sekali sekala semata-mata untuk menjaga hati, mengelakkan pergaduhan dan mengekalkan keharmonian.

6. Aku juga belajar kepentingan satu benda yang digelar x-factor. Benda ini ialah memastikan diri kau penting. x-factor ini ialah bagi aku macma benda yang kau sorang je boleh buat. Contohnya sperti kau sorang je yang tau betulkan tombol pintu, kau sorang je yang tau macam mana nak letupkan bangunan.

Jadi ini membuatkan kau penting, tak kiralah walau benda itu benda-benda bodoh. sekurang-kurangnya kau rasa penting dan berguna.

7. Aku juga belajar kepentingan untuk tidak mementingkan diri sendiri, sebab kau tak pernah tau apa orang cakap belakang kau, disebabkan ramai orang suka berpura bukan?

8. -

9. Kepada rakan sejawatan aku, satu studio dengan aku, aku tau, yang korang pon sebenarnya tak sabar nak abiskan praktikal ni. WARF!!

3 carutan balas:

Tanpa Nama,  26 Mei 2010 pada 11:31 PTG  

aku paling suka no.9.. *gelak banyak banyak*

a . i . n 27 Mei 2010 pada 1:53 PTG  

setuju nombor 5... tapi itu perkara yang paling menyakitkan kerana apabila berpura-pura, kita telah menggunakan sifat sabar.. sampai bila pun tidak tahu...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP