19.4.10

sikit pasal kemurahan hati aku

Biar aku beritahu , walaupun sudah berkali aku beritahu.

1. Aku ambil gambar murah kerana aku masih belajar.

2. Aku ambil gambar murah kerana aku buat hanya untuk suka-suka dan hobi dan aku gembira masa ambil gambar kamu.

3. Ini bukan income utama aku, duit aku ambil dari kamu untuk ambil gambar adalah sebagai motivasi. Kalau tak aku malas. haha. Tapi sebenarnya untuk support hidup jugaklah.haha.

4. Aku seorang yang tak mementingkan lansung perkara teknikal seperti benda ntahpape yang aku sendiri tak paham.

5. Sebab aku tau, kalau aku ambik gambar kau, mestilah kau sendiri pon tak tau apebenda alah terma-terma photography tersebut, jadi, untuk apa aku begitu mementingkan perkara-perkara tersebut? Korang bukan kisah pon kan? Sebab kalau kau tau, mesti kau dah amik gambar sendiri je.

6. Sebab tu kadang-kadang aku pakai auto je. Malas pikir.

7. Jadi lebih baik aku mementingkan suasana.

8. Aku cuma gembira tengok orang lain gembira, bila semua orang ada peluang untuk frame kan gambar keluarga mereka, dan letak atas televisyen atau gantung di dinding.

9. Tapi akhirnya aku tidak boleh spoil market tukang ambil gambar lain.

10. Jadi apakata kamu semua kasi cadangan, berapa harga aku patut letak untuk khidmat ambil gambar aku?

11. Jujurnya aku tak tahu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruangan SUKASUKAPHOTO yiehaa!!

keluarga shahida dan malfin dengan anak mereka nama Alya ang comel gila! di bukit tinggi

DSC_0225

DSC_0102

DSC_0125

DSC_0062


2

Semua gambar amik pakai Nikon D40x edit pakai aperture campur photoshop cs3.

Nak gambar lebih masuk sukasukaphoto

15 carutan balas:

Aisyah 19 April 2010 pada 8:14 PG  

kau ni.. suke letak 'sikit'. tapi tak sikit pon! panjang je post. ;p

p/s lame tak komen :)

Tanpa Nama,  19 April 2010 pada 8:22 PG  

nice snap
tetiba cam nak komen rini.

admin@blogdiloz.com 19 April 2010 pada 8:23 PG  

haha.jujur lah kau ni.
tapi kalau amik upah,jangan la pakai auto dowh.segan.haha.
belajar teknikal pun kau tak rugi punya.

tapi harga kau sangat relevan.relevan dari sesetengah photog2 yang duduk dalam team yang konon hebat.

Tanpa Nama,  19 April 2010 pada 9:27 PG  

OMG..!!ini budak manyak comel..!!hehe..

harga asal 70 tu sgt murah..so kalu ada student yg nak gune khidmat ko pon xdela terbeban sgt..around 70-120 tu ok lagi..gambar ko cantik jugak pe..tapi kalu ko rasa skill ko dah improve, xsalah naikkan lagi..jgn la over sgt plak kenaikkannye

reverie 19 April 2010 pada 2:44 PTG  

ambil gambar auto, Rm70. hasil boleh tahan. ok lah tu. aku cadang kau stay Rm70 je selagi kau buat benda ni sebagai suka-suka.

k|ree 19 April 2010 pada 5:52 PTG  

sebagai akak mu yang tengok kamu tiap2 ari update blog..tiap2 ari edit gambar sampai ke pagi...sangat bersungguh-sungguh dalam buat kerja...serius akak tak tipu...kamu harus naik kan harga...mungkin, bole wat student package lain...yang berkerjaya lain package...tp, output jg harus berbeza... :)itu cadangan saja...

Isteri Ali 19 April 2010 pada 6:03 PTG  

hye. first time baca blog anda. ye kamu memang ada skill amik gambar. gambar2 kamu semua cantik2 da bermakna. uuu~ biasanya kamu charge berapa?

AkuKopiKauSiapa? 19 April 2010 pada 7:43 PTG  

isya:
hahha..ingat sikit..byk rupanya.

ayana:
terima kasih ekrana komen

diloz:
sekali sekala je kalau indoor.. selalunya A mode.um..bukan relevan harga aku..murah senanye..sangat.

tnpa nama:
RM90 la..bukan rm70..tu harga lama.

reverie:
rm90 la..huhu..

kiree:
oh..idea yang baik..terima kasih.

aimi:
rm90 sahaja. masuk sukasukaphoto untuk pengetahuan lebih lanjut

Shemmi 19 April 2010 pada 11:33 PTG  

canteknye gambar yg ada awan tuhh...
tolonglah ikut aku pegi daki gunung & amik gambar aku byk2..boley?haha

AkuKopiKauSiapa? 20 April 2010 pada 2:19 PG  

shemmi:
tarakhal..email je apa2.

Asrulsani 20 April 2010 pada 3:07 PG  

90 kira ok la tu. walaupun up skit dari dulu, bagi aku masih berbaloi bagi student, pasangan muda-mudi yang berkahwin, dll.

kalo nak menarik skit, mungkin ko bleh buat beberapa pakej.. basic (yg paling murah), sederhana, atau mewah. perbezaan antara pakej tersebut mungkin dari segi kuantiti shot, bilangan gambar yang diedit, dll.

gambaran aku macam ni.. ko ni kira airasia la. sediakan perkhidmatan kos rendah. kalau sesape yang ada duit lebih skit, mungkin diorang bleh pilih nak naik MAS..(ataupun diorang masih kekal dengan airasia).

AkuKopiKauSiapa? 20 April 2010 pada 3:53 PG  

ask:
umr..btol gak..tapi tu yang malas tu..kang nanti semua sama je. haha..

maybe aku patut buat kalau family harga mahal sikit, kalau couple harga murah sikit, kalau kahwin mahal gila.

haha

popsoda,  20 April 2010 pada 8:04 PG  

aku setuju dengan diloz. a'ah kau ni jujur betul. haha. innocent pulak tu. aku nasehat jangan jujur sangat nanti senang kena tipu. (xde kaitan haha) tapi serius bro. gambar2 kau makin mantap dowh. aku nampak kau kerja keras dari hasil dia. walaupun tak nampak prosesnya. aku setuju kalau kau nak naikkan. RM 90-120 camtu kira ok sangat aa tu

Aku 21 April 2010 pada 7:47 PG  

shoot yg cantik.
I likeeeeeeeee

cik nurulain 21 April 2010 pada 10:07 PG  

semangat dah kmbali. bagusss...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP