21.4.10

Sikit pasal isu kesesakan jalanraya



1. Kereta haiwan aku mengalami kerosakan, yang mana aku terpaksa menaiki tren ke tempat kerja. dan kemudian tukar bus. Aku bukan benci naik bus dan tren. Tapi masalahnya dekat wangsa melawati tu macam sial dia punya public transport.

2. Isu ini kemudian membawa kepada hal berkaitan kesesakan jalan raya.

3. Kuala Lumpur bandar yang kecil, dengan populasi kereta yang banyak. Penduduk terutama dari daerah Petaling yang kebanyakannya semua berkenderaan sendiri dan mempunyai pendapatan tertinggi di Selangor mensesakkan jalan masuk ke Kuala Lumpur.

4. Jalan-jalan di Selangor sesak bagi aku kerana terlampau banyak pembangunan tepi-tepi jalan yang mengakibatkan banyak simpang masuk ke jalan-jalan utama. Ini meneyebabkan konflik antara kenderaan, dan akhirnya jalan jadi sesak.

5. Jalan akhirnya membawa kepada pembangunan, jadi nak buat macam mana? memang sesaklah.

6. Konflik antara gunatanah seperti kedudukan kawasan yang ramai orang duduk seperti Kajang, dan kawasan berkepadatan tinggi seperti bandar sri permaisuri ini, perlu melalui lebuhraya yang sama untuk ke Kota Kuala Lumpur. Tidakkah terfikir bahawa itu menyesakkan?

7. Jadi apa cara lagi? Akhirnya kerana Kuala Lumpur ini kecil, yang mana pembangunan perlu dekat-dekat. Kalau jauh-jauh mungkin tak sesak.

8. Maaf jika apa aku cakap tak betul.

9. Isu maaf akhirnya membawa kepada perkara lain.

10. Tahukah kamu bahawa antara cara paling mudah untuk tunjuk rasa hormat ialah dengan meminta maaf ?







7 carutan balas:

.o r k e d. 21 April 2010 pada 10:02 PG  

isi 1-9 da ok tiba2 no 10 ta ada kaetan :p

Akmar Anuar 21 April 2010 pada 10:54 PG  

kita da minta maaf tapi orang tu tak nak maafkan and da macam jijik dengan kita, camne lak tu?

akak eskrem 21 April 2010 pada 7:19 PTG  

selain tu jugak pun mestilah ader kaitan dengan lacking of proper planning for development.. sebab tu kalau kita tengok, jalan2 kat selangor/kl ni tak siap lagi yang tu dah stat kacau yang baru.. sampai ke sudahnyer, suma tak siap2 n mengganggu dan menyesakkan lagi jalan2 yang memang dah sedia jem ni.. huhu..

AkuKopiKauSiapa? 22 April 2010 pada 7:51 PG  

orked:
itulah namanya misteri.haha

akmar:
mungkin kesalahan kau terlampau teruk..tapi sekurangnya da minta maaf kan?

sweet-luv:
urm..tak jugak aku rasa..itu terlampau spesifik.

duan:
da takde

apekzer 22 April 2010 pada 9:28 PTG  

aiyak, macang biskut cipsmore

Asrulsani 23 April 2010 pada 7:07 PG  

kereta besar-besar.. tapi isi dalamnya sorang je..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP