26.10.09

Kajian Sosial Mudah Akukopi


1. Tak logik untuk satu kumpulan keluar beramai-beramai dan semuanya akan mengalami sensasi keseronokan yang sama. Jumlah orang yang paling tinggi boleh berada dalam satu kumpulan rakan-rakan yang cuba bergembira bersama ialah 4 orang.. Kalau lebih, mesti ada seorang dua yang terpinggir. Selalu tengok kumpulan lelaki yang lepak sampai 20 orang dan kene salam setiap orang di meja makan? itu semua tak seronok pon.

2. Aku percaya, perangai manusia ber'pattern'. ada pattern.Dalam satu kumpulan tidak boleh ada pattern yang sama. Tak bagus. Tak lengkap.

3. Kesilapan gadis biasa untuk tarik perhatian ialah dengan menyakitkan hati lelaki. Sebagai contoh, untuk membuatkan lelaki tu layan dia, gadis tu buat-buat layan lelaki lain. Cara ni takkan berkesan, hanya merosakkan diri.

4. Cara untuk menguasai dunia ialah dengan mempelajari manusia dan dengan menggunakan kuasa bercakap dan menulis. dan bom.


5.Khas untuk lelaki, kalau pasangan kamu marah, tak kesah sangat, cuma jangan samapi dia mula bercerita pada lelaki lain.



6. Beza lelaki dan perempuan yang cerita masalah kat kaum berlawan ialah, lelaki cerita untuk tackle gadis, perempuan cerita mengundang peluang ditackle.



7. Selalu perasan, kalau nak buat jahat, beli nombor ekor, pergi rumah urut, minum arak, kalau dekat situ area cina atau india, kita tak rasa bersalah sangat. Padahal patutnya lagi malulah kan?



Read more...

22.10.09

sikit pasal mengumpat

Tahu tak kamu mengumpat tu macam makan daging saudara sendiri.

Sebab bila mengumpat, nanti kasi orang lain turut rasa benci pada orang yang tak bersalah.

Sepatutnya bila orang yang kuat mengumpat ni kita tanak kawan dengan dia sebab dia macam orang yang makan daging orang lain. Tapi sekarang, sebab takut kena umpat, takut kena kutuk, semua orang nak kawan dengan orang yang kuat mengumpat ni.

Semua orang jadi takut kalau dia ada masalah dengan orang yang kuat umpat ni.

Takut kene umpat?

Takut kena kutuk.

Jadi orang yang mengumpat ni jadi satu macam kuasa besarlah, makin berkuasa dengan kuasa umpatan, kuasa kutukan, kuasa menghasut supaya semua orang benci dengan orang lain yang kadang-kadang tiada masalah pon.

Kasihan,

kasihan untuk kamu.



Read more...

20.10.09

Port Dickson!!!

Kepada sesiapa yang suka aku tulis benda-benda mengarut. Maaf. Belakangan ni kurang idea dan malas berfikir. Jadi kamu semua tengok jelah gamabr-gambar ya.

Ini gambar kahwin di port dickson itu hari. Saja suka-suka saje.











































Read more...

18.10.09

hari ini 32 : sila beri saya pedang

Dah lama tak tulis entri hari ini. Untuk bulan ni tiada lagi.

Hari sabtu hari itu pergi ambil gambar kahwin. Seronok dan penat. Siap pergi ambil gambar di pantai port dickson. Seronok. Tak bayar lebih untuk gambar kat luar pon takpe sebab nak experiment. Pasangan pengantin yang sangat fun.

Potong kek pakai pedang. Gila babi cool. Sehingga aku bercita-cita nak jadi polis sebab nanti kalau kahwin boleh potong kek pakai pedang. Pedang panjang pulak tuh. Gila. Rasa macam nak curik je. Tapi kalau kantoi mesti kena tikam.

Tapi selalunya askar yang potong kek pakai pedang ni kan? Polis sepatutnya potong kek pakai pistol lah kan?. Baru beridentitikan polis.

Kalau pak guard kahwin, potong kek pakai cota.

Weekend ini penat, banyak aktiviti. Banyak sangat. Tak terkawal. Sampai tak sempat nak pegi open house rumah akak aku, mimie. Maaf ya mimie.

1. Orang lelaki biasanya nak time untuk dia suka-suka, dengan kawan-kawan, atau buat kerja, atau apa-apa yang memerlukan dia masa untuk jauh kejap dengan gf dia. Bukannya tak suka, cuma tanak hilang fokus. Bukan maksudnya menganggu, tapi tanak hilang fokus. Tak rimas jugak, cuma tanak hilang fokus.

2. Rasa tak boleh tengah-tengah. Tak boleh antara benci dan suka. Itu maknanya tiada rasa.

P/s: maaf, tiba-tiba bertukar entri bangsat pulak.



Read more...

15.10.09

Apesal orang suka kahwin lepas puasa?


Cubaan bermain dengan keris. Ini gamabr bukan aku amek. ada blur sikit.

Inai


Ini budak banyak kasi aku geram.

Ini bapa beliau

Helmi liza sekeluarga

Akak pertama dan akak kedua aku dan anak buah kedua aku

Nabila Farhana terlampau comel bertudung

Abang ipar ketiga aku salam bapak aku bajet dapat duit raya.

Di celah ketiak bapak aku

Menaiki kenderaan ke masjid. Aku jalan kaki je.

Anak buah aku nama nasirah yang disayangi.

Pasangan nur nadiah dan mantol-mantolak.

Maaf.Gambar quality rendah. Nak kasi kau senang sikit tengok. laju sikit. Terpaksa turunkan sikit quality.

Siapa-siapa nak aku amek gambar kau, akak kau, abang kau kahwin. Boleh email aku. Tengah sengkek sekarang ni. Perlu wang.



Read more...

13.10.09

Cara bercakap paling mudah

Ini adalah salah satu cara bercakap paling mudah yang aku buat selalu, tapi kene tengok dengan siapa aku nak berbuallah. Kalau silap tu yang jadi tak bes tuh.ok

kunci untuk paling mudah bercakap dengan orang ialah sikap teruja. Kadar terujaan itu perlu mengikut pemerhatian kita terhadap orang yang kita cakap tu. Tapi yang penting mesti teruja. Kadarnya sahaja berbeza. Jadi, sebab rajin aku sediakan garis panduan untuk kadar terujaan.

Teruja kadar tinggi

Teruja kadar tinggi paling sesuai digunakan pada gadis-gadis bawah 60 tahun. Disebabkan perangai gadis tidak berubah sangat dari kecil hingga ke besar. Jadi, umur 60 tahun ke bawah pasti ok. Lagi, kepada laki-laki remaja, belum kahwin, 30 tahun ke bawah dan mempunyai hobi yang tidak kira kereta, gitar ke atau apa-apa sahaja. Teruja tahap tinggi selalunya berkesan.

Cara mudha untuk teruja kadar tinggi ialah dengan menggunakan ayat-ayat seperti "oh..ye ke?", "isyh..gile ah", dan "umm..apesal macam tu eh?"..Ayat-ayat nya mestilah macam teruja ingin tahu. Cara ini paling sesuai untuk gadis, kurangkan cerita pasal diri sendiri, beri pendapat bernas, jangan cakap main hentam, dan cuba untuk tidak bercanggah pendapat. Paling penting jangan buat-buat tahu benda yang kau tak tahu. Malah, cuba buat-buat macam tak tahu bila perkara itu adalah bidang terhebat gadis tersebut. Ini akan memberikan rasa konon macam gadis tu hebat dan kalau boleh buat-buat macam suruh gadis tu ajar kau tentang perkara tersebut.

Bila cakap dengan lelaki dengan kadar teruja yang tinggi lebih kurang sama caranya pada penggunaan ayat. Tapi, cuba serba sedikit bercanggah pendapat untuk membenarkan idea-idea bernas keluar dan menggalakkan perbincangan, beri lebih banyak idea bernas, tapi yang paling penting dan terpenting sekali dalam berbual dengan lelaki ialah perasaan rendah diri.

Teruja tahap sederhana dan rendah lain kali, ok? Banyak kerja tapi dah lama tak update blog, jadi tulis je sekejap.

lain kali tulis lagi,



Read more...

8.10.09

Ini entri paling ganas dalam sejarah

Kepada sesiapa yang pernah baca blog aku sebelum ni, mesti pernah tahu cerita yang aku tulis, jadi aku telah buat rakaman berdasarkan cerita tu. Cerita ini cerita pasal rakyat malaysia, kalau tengok, watak-watak dia ada dekat entri bawah ni.

Gamabr quality teruk sikit..youtube punye hal...sori.

ENJOY!



pegi sini ..pegi kat video aku.. klik "like"..




Read more...

4.10.09

Entri separa macho akukopi

Entri ini separa macho kerana filem belum siap lagi. tapi sudah dirakam sedikit-sedikit. Kasi preview sikit lah.







(tolong hiraukan rambut saya yang fuck itu)

Terima kasih kepada semua. saya sangat terharu dengan kerjasama anda semua.

ini senarai pelakon dan watak yang dimainkan(cuba teka dalam gambar mana satu diorang):

penulis dan pengarah - mushi
Jurukamera - Hanif
Makcik yang biasanya loghat - leha
Pelajar IPTA yang urban dan bajet macho dan obses myspace dan facebook - shuk
Perempuan mengandung yang suka ambil kesempatan dan menipu dan berhasad dengki - zahrin
Mat belia suka pakai baju polo tak original dan rakam video 3gp - Zul
Awek kepada mat belia, pakai tudung tapi suka beromen - eifa
Mamat blur yang tak tahu apa-apa dan suka message dan internet sahaja - Daus
Peminat politik yang sokong BN dan selalu cakap kosong pasal politik- Fazli
Mamat berfikiran tidak terbuka dan penyokong kuat PAS - Rahimi
Penyeri bagi pengarah - Nabila farhana
Terima kasih untuk lokasi : nur nadiah hamdan untuk rumah dan Rapid KL

Cerita ini pasal rakyat malaysia.



Read more...

1.10.09

sikit pasal bontot

bontot besar tak cantik, bontot kecik tak cantik, bontot lebar tak cantik, bontot bulat tak cantik. bontot tonggek tak cantik.

bontot ketat paling cantik.

tau macam mane rupa bontot ketat?



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP