27.9.09

kehebatan rokok

aku tulis ni sebab aku baca entri dari kelam rider.Cerita pasal rokok. aku kasi komen dan ingin tulis disini juga. Walaupun kelihatan macam ambil komen aku kat tempat orang dan tulis kat blog sendiri macam sesuatu yang loser. tapi bagi aku point aku untuk dia menarik.

Dan patut tahu aku bukanlah seorang yang heavy smoker. atau bahasa melayunya perokok tegar. Aku jenis perokok biasa-biasa yang kacak seperti perokok lain. Sesiapa yang memang baca blog aku dari dulu aku ada tulis pasal adab merokok di sini.

Apa yang membuatkan aku tulis tajuknya kehebatan rokok?

Mari kita lihat ejaan rokok itu sendiri. 'rOKOK'. Ada dua huruf ok yang diulang-ulang. Jelas menunjukkan betapa anda akan gembira dan tenang selepas menghisap rokok.

Bila anda stress, bak kata kata kelam rider yang bannernya ada gambar beliau tengah tunjuk isyarat lucah tu.( Tak salah aku budak ni baru 17 tahun, banner sudah itu macam.) Dia cakap rokok ni boleh hilangkan stress. Jadi aku kasi tahu logiknya.

Bila anda stress, anda perlu untuk OK. Kalau setakat OK, banyak lagi benda lain boleh buat kau OK seperti main game atau baca blog aku. Tapi rokok mampu memberi sensasi yang lain. Dia boleh buat kau OK dan lebih OK. Sebab ia ada dua huruf OK kan?

Jadi, mula-mula kau akan rasa OK, kemudian OK itu akan ditambah dan mungkin kau akan rasa gembira pula. Hebat tak? Seni betul rokok tu.

Hebatkan rOKOK? dua kali OK.

Lebih OK dari setakat OK.



Read more...

24.9.09

Kelembutan melayu walau dari sudut bodoh

Mula-mula ingat hari ini mahu pergi jalan-jalan beli lampu dengan Nazrul. Atuk dia meninggal pula(al-fatihah). Tak jadi keluar dengan nazrul aku keluar seorang. Beli flourescent, beli mangkuk, beli wayar, beli aluminium foil, beli windshield. Mahu DIY studio light sendiri untuk ambil-ambil gambar. Dan dioperate menggunakan bateri kereta. haha.

Jadi aku keluar aku singgah kedai buku. Aku baca satu buku aku lupa apa tajuk, dia cakap pasal asal-usul perkataan saya ialah 'sahaya' atau maksudnya 'hamba'. Penulis buku itu juga menolak perkataan yang biasa kita gunakan sebagai kata ganti diri iaitu 'i' dan juga 'you'.

Aku terfikir lembutnya bahasa melayu walau dari sudut paling bodoh, iaitu kata ganti diri sahaja.

Mari kita lihat betapa lembutnya bahasa melayu,ok?.

Dalam bahasa melayu ada beberapa kata ganti diri iaitu, saya-awak, aku-engkau, panggilan nama sebagai contoh, hafiz-hana, saya-pakcik atau makcik.

Dalam bahasa inggeris, kalau kita panggil seseorang dengan nama panggilan Uncle sebagai contoh, "Uncle Bond, what do you want?" Kita lihat bahasa inggeris mula-mula pakai uncle, kemudian jadi "you". Maknanya penghormatan dengan penggunaan perkataan 'Uncle' itu pada awal sahaja.

Dalam bahasa Melayu kita cakap,"pakcik bond, pakcik nak apa?" bahasa melayu kata ganti diri pakcik gunakan bagi setiap ayat. Jadi, maknanya memberi satu "sense" atau perasaan hormat dengan panggilan sahaja.

Ambil perkataan saya pula. Perkataan 'saya" asalnya ialah "hamba". Jadi contoh saya bercakap dengan kamu, bila aku gunakan saya, pastinya dijawab dengan saya, jadi saya "hamba" bagi kamu, tapi tidak mengapa kerana kamu juga "hamba" untuk saya. Jadi, sepatutnya timbul perasaan rendah diri, hormat-menghormati, tolong-menolong sesama hamba. Kata ganti diri ini jelas menunjukkan kita semua sama.

Perkataan 'aku-engkau' bunyinya lebih keras dengan kewujudan huruf 'k' ditengah perkataan yang menebalkan bunyi. Kalau ditukar kepada huruf 'w'. bunyinya akan menjadi lembut. sama seperti "saYa" dan "aWak". bunyi lebih lembut.

Jadi perkataan aku-engkau ini lebih bagus diguna bersama rakan yang sudah rapat dan tidak berapa ambil hati satu sama lain. Takkan mahu guna perkata 'aku-engkau' kepada orang yang lebih tua. Maka nampak macam tidak hormat lah. Tak baik.

Lembut kan bahasa melayu?



Read more...

23.9.09

Saya sedang tulis seperti gadis yang tidak puas hati

Hari ni aku tulis pakai "saya".

Saya ingat dulu ada kawan saya cakap, belajar tu tak berapa penting. Yang lagi penting ialah skill. Atau bahasa melayunya kemahiran. Kita tengok orang cina belajar tak tinggi sangat pon. Ada duit banyak, kaya. Bukak bengkel motor aja, sudah kaya.Tengok budak-budak melayu perempuan biasanya dekat universiti dapat sampai 4.00 CGPA. Bila masuk kerja, macam haram, apa kerja pon tak tau buat.

Dia cakap lagi, kalau ilmu banyak, bukan maknanya bijaksana juga. Dia cakap lagi, kalau kita da kemahiran, macam contoh kemahiran bercakap dengan orang, kemahiran memimpin, kemahiran bertukang. Apa sahaja kita boleh buat, belajar ini semua untuk lepas universiti sahaja.

Sejujurnya saya malas membaca, saya hanya mula pandai membaca pada darjah 1 atau 2. Itu pon sebab saya nak baca doraemon. Terpaksa belajar membaca. Sudah masuk sekolah menengah saya terlampau berlagak. Saya rasa saya lebih pandai dari buku. Apa sahaja buku cakap semua saya pernah fikir, saya boleh dapat menyelesaikan masalah tanpa tengok buku. Saya boleh guna kepala saya sahaja, saya dengar, saya guna logik. Tapi sebenarnya saya bodohla kan? baru sekolah menengah sudah berlagak pandai tahu semua benda. Gila ke apa?

Kemudian saya cuba mahu baca. Saya kemudian baru suka baca, saya tengok internet banyak, saya pinjam-pinjam buku orang. Saya baca apa sahaja. Walaupun saya tak berapa suka baca fakta. saya baca jugak. Baca itu ilmu la kan?

Bila baca saya lagi banyak fikirlah, bila saya lagi banyak fikir, baguslah kan? Saya jadi lebih dari apa yang sepatutnya.Apa yang kamu mahu fikir kalau kamu tiada ilmu? Mungkin kamu terfikir telur kamu tu seimbang atau tidak sahaja. Paling lebih pon kamu menganalisa buah dada wanita lalu lalang di depan kamu.

saya mahu cakap kat kawan saya tu saja sebenarnya. Kamu belajarlah, kamu ingat kamu terlampau hebat sangat kah? kamu tahu tak kamu nak mengorat perempuan pon tak reti? Kamu tahu tak kamu hanya cakap besar sahaja? Kamu tahu tak kamu sucks gila babi? Kamu sedar atau tidak kamu perasan sahaja? Kamu cakap pasal kemahiran, kamu tahu tak kemahiran kamu tu berapa ramai orang ada, dan berapa ramai orang yang banyak pengetahuan ada kemahiran?

Sudahlah kawan saya, kamu belajarlah seperti saya. Saya pernah cakap, penyakit terlampau bijak seperti kamu yang terlampau bijak ni ialah kebodohan. Ubatnya rendah diri sahaja.

Ada macam gadis-gadis yang buat blog untuk meluahkan perasaan tak puas hati tak?

ah pegi mampos. blog aku.



Read more...

21.9.09

tema raya : ganas dan garang!

Awal-awal pagi raya lagi aku dah cakap kat akak aku, tema raya kita tahun ni ialah ganas dan garang. Jadi gambar-gamabr raya mestilah kelihatan ganas dan garang. Lepas tu akak aku tanye, "gamabr yang ganas dan garang macam mane?" lepastu aku cakap,"macam ni" sambil posing seperti gamabr di bawah.



Lepastu aku cuba hasut anak buah aku umur baru 4 bulan supaya kelihatan ganas dan garang juga.


Ini percubaan pertama, bapak aku cakap tak cukup ganas


Kami ganas dan garang!






Nabila Farhana yang sentiasa comel





Malas nak upload banyak gamabr. Malas nak resize,



Read more...

18.9.09

Sesuai dibaca untuk golongan dalam masalah masa

kek boleh dibahagi-bahagi. Jika kita ada 5 kawan. Maka pastinya kita boleh bahagikan kek tersebut kepada 5 bahagian yang sama rata dan setiap mereka dapat perasaan memakan kek tersebut dengan nikmat yang sama rata.

Ianya sama seperti masa, ada 24 jam dalam hidup setiap orang. Kebijaksanaan membhagi masa kepada setiap orang contohnya seperti kepada keluarga dan juga kepada kawan akan memberi kepuasan yang sama. Atau mungkin lebih kepada pihak yang lebih disayangi, cuma keutamaannya yang mana satu. Jika sama-sama utama, maka bolehlah dibahagi dengan sama rata dan setiap mereka dapat meluangkan masa dengan kualiti yang secukupnya.

Berbeza dengan perasaan dan kasih sayang, perasaan tidak boleh dibahagi, kita tak boleh mahu kurangkan kepada individu ini dan melebihkan kepada individu yang lagi satu. Tiada rasionalnya. Malah tidak mungkin terjadi. Tetapi yang boleh dibahagi dalam perasaan ialah cara memebri kasih sayang tersebut. Cara menunjukkan kasih sayang tersebut tidak boleh dikira dalam bentuk berapa banyak masa yang di habiskan kepada sesatu individu atau berapa besar kek yang diberi kepada sesatu individu. Kerana, ianya berkaitan perasaan.

Kasih sayang boleh diberi seluruhnya kepada semua individu dengan sepenuh-penuhnya tanpa kurang. Kerana ia infiniti. Tidak boleh habis. Tidak kering.

Cuma pilihannya ialah, perlukah diberi kasih sayang tersebut.



Read more...

17.9.09

hari ini 31 : Hari raya tercepat



Hari raya beberapa hari lagi. Semalam aku ke Jalan TAR. Kebanyakan baju sudah tiada saiz. Disebabkan kegagahan badan aku, sukar ingin mencari saiz yang muat. Akhirnya jumpa, setelah berpeluh macam nak gila, panas dan ramai orang. Oh, dan itu pertama kali aku ke jalan TAR untuk beli baju raya. Teruja.

Mula-mula, aku ingin minta maaf kepada orang-orang yang pernah terbaca blog aku, suka baca blog aku, benci gila babi blog aku, ini post pertama yang dibaca sepanjang hidup beliau, kenal aku,nabila farhana yang disayangi, bekas-bekas awek, kawan-kawan baik, kawan tak berapa baik sangat dan kenal gitu-gitu je, orang yang aku hormat, orang yang aku tak hormat, orang yang aku minat, orang yang minat aku, semua orang.

Aku ingin minta maaf. Tak kira lah kalau tak reply komen, sebab kadang-kadang aku tak tau nak reply ape. tapi aku baca dan aku pegi page kau. Jangan khuatir. Malah selalunya aku baca semua yang di muka surat pertama. Tapi aku tak tau nak komen ape je.

Dan kepada semua orang. Selamat hari raya.

Aku di Melaka sekarang. Mahu jumpa kawan-kawan yang sudah setahun tak jumpa kat melaka ni.

selamat.



Read more...

15.9.09

Filem sangat pendek pertama(sudah terjadi!)

Pinjam video cam nabila farhana 3 hari. Fikir apa benda yang aku boleh rekod dengan aku sendiri pelakon, aku sendiri rekod. Petang tadi rekod. Malam ni gak aku publish. Teruja. haha.

Zassss......




Read more...

14.9.09

Benda-benda aku nak, takkan pernah dapat, takkan berguna

Kau biasa tak? benda-benda yang kau bernekad nak gila babi, atas alasan mengarut, kau sendiri tak tau macam mana nak guna atau tak penting lansung tapi kau rasa benda tu sangat cool kalau ada. Aku banyak. Ini semua hal masa kecik-kecik akibat terlampau kuat berangan.


1. Turntable. Aku patut cakap. Ini benda yang aku sangat nak, mungkin aku perlu cakap dari darjah 6. Aku rasa macam nak pergi kelas belajar benda alah ni je. Bapak best. Tapi aku rasa aku takkan pernah tau main, tapi kalau ada kat rumah buat hiasan cool gile.


2. Mesin coke. first time aku pergi genting highland. Aku rasa time awal-awal sekolah menengah. Dekat game yang ada masuk air tuh, aku nampak mesin ni coke ni. Sumpah terus jatuh cinta. Tapi yang kat genting tu rupa dia macam lagi lama. Aku tak jumpa gambarnya. Tapi lebih kurang la. Best sial.


3. Nunchuck. Dulu aku sentiasa rasa aku sebenarnya bruce lee. Dan . Aku nak tau macam mana main benda ni dari kecik-kecik lagi, tapi mesti sakit-sakit gila badan. Kalau kena kepala pasti pengsan.

4. Pop art potret gambar aku sendiri sebesar-besar dinding. Aku bernekad. Kalau aku ada rumah sendiri. Aku nak buat wallpaper kat umah aku gamabr pop art potret aku sendiri sebesar-besar dinding umah aku. Ini semua time form 3 kot. Pegi midvalley, ada kedai sebelah escelator jual barang-barang hiasan, die ada jam gamabr elvis. Lepastu aku terfikir, kalau dinding aku kat umah gambar aku sendiri macam ni gile best. Tapi masa tu tak kenal pop art lagi.

5. Buku tebal-tebal. Ini benda bodoh, masa pegi library dengan shuk dulu dekat UIA. Aku nak study, dan aku amek banyak buku tebal-tebal nak wat reference. Dah abes guna aku susun banyak-banyak atas meja. Lepastu aku dan shuk rasa, betapa coolnya kalau buku-buku ni aku buat hiasan dekat bilik. Berniat untuk curi. Tapi takut kantoi.


Apa yang kau nak dari dulu sampai sekarang tapi memang takkan berguna benda tu?

Mempersembahkan lagu khas untuk Nabila Farhana. Sori sebab suara habis sial. Lirik jiwang sikit-sikit, mungkin ini pertama kali aku letak lagu di blog ini. Aku sendiri nyanyi plak tu. haha


My Song 12 - hafizudin hamdan



Read more...

12.9.09

Review filem kali pertama : Gamer

Semalam aku tengok wayang cerita gamer, gerard butler. Berkira-kira ingin tengok the ugly truth yang lelakinya, gerard butler disukai nabila farhana dan heroinnya katherine heigl yang disukai aku sendiri. Tapi sebab memikirkan cerita bergenre aksi lebih seronok ditengok di pawagam dari cerita biasa-biasa, aku tengok cerita gamer.

yang akhirnya macam fuck. Tak bes lansung. Aku benci cerita yang terlampau canggih dan moden. Kurang skrip yang berisi, terlampau banyak aksi yang cara penyampaiannya tidak sempurna bagi aku. Jalan cerita yang mengarut. Terlampau banyak aksi tapi tidak mendebarkan.

Orang jahat juga mati dengan terlampau mudah. Hero macam nak mampos kene tembak-tembak kene pukul. Orang jahat mati kene tikam dengan pisau je. Hekelleh.Bangang.

Konsep ceritanya tidak lain dan tidak bukan tidak perlu direspek oleh aku. Setakat idea "bagaimana agaknya kalau game seperti sim city atau counterstrike dimainkan oleh orang betul". Bapak bodoh.

Kesimpulannya, jangan tengok cerita gamer. Cerita bajet tinggi dengan konsep bangang dan bosan. Nabila Farhana tidur sambil tengok wayang. Betapa fuck cerita ni.

bodoh. Sakit hati.



Read more...

4.9.09

Idea tentang cara kurangkan kenderaan di dunia

Mungkin aku tidak perlu sehingga ke tahap di dunia. Mungkin tahap UIA sahaja. Tapi mungkin boleh diaplikasikan suatu hari nanti, mana tau kan. 


Masalah besar di Kuala lumpur ialah terlampau banyak kereta. Termasuk jugalah di UIA. Kecanggihan dan kecantikan elemen 'urban design'  ditutup oleh kenderaan-kenderaan yang terlampau penuh di tempat letak kereta. Elemen landskap dihancurkan dengan selamba menjadi tempat parking di tepi-tepi pokok, menghalang laluan pejalan kaki, parking atas rumput. Rosak mata dan sakit hati. 

Masalah ini timbul bila orang malas jalan kaki. keadaan terlampau panas, lambat ke kelas dan perkara-perkara yang lebih mudah digunakan menaiki kenderaan persendirian. Bus pula 30-45 minit sekali.

Jadi aku fikir untuk UIA, kita hentikan perkhidmatan bus mengelilingi uia. Jual semua bas tersebut dan gunakan duit yuran pelajar yang mahal dan duit penginapan yang mahal juga untuk membina sistem pengangkutan di uia yang mudah. 

Sistem pengangkutan ini ialah train yang perlahan, tidak mempunyai pintu, kelajuan perlahan sikit dari orang berjogging.  Train ini akan bergerak mengelilingi UIA dengan frekuensi 1 minit. 

Tren ini tidak akan berhenti, ia akan terus berpusing mengelilingi UIA dengan kelajuan yang perlahan tadi. Jadi kalau kita nak guna, kita hanya perlu kejar dan terus lompat masuk dan bila sampai destinasi kita lompat turun. Mudah, senang, laju, tak payah jalan, dan tiada sebab lagi untuk guna kenderaan persendirian.

Kalau mahu dikenakan tambang, mungkin perlu sebulan rm50 dengan penggunaan sesukahati. 

Aku jamin tiada kenderaan persendirian di UIA melainkan kereta pensyarah dan budak yang duduk luar. 

P/s: aku nak basikal. Nak bawak pegi kelas. Jalan kaki lambat sangat, naik kereta tak bagus. Perlu basikal. 



Read more...

2.9.09

Pasal perkara gadis-gadis biasa

Aku baru belajar satu benda yang dipanggil 'cheerleader effect'. Cheerleader effect ni ialah bila kita melihat sekumpulan perempuan. Kita akan rasa mereka semua hot. Sebagai contoh ialah pussy cat dolls, spice girls dan ahli kumpulan sorak. Tapi cuba kita asingkan mereka satu persatu. Selalunya tak hot. Maknanya, mereka ni nampak macam hot bila dilihat sebagai satu kumpulan. itulah yang dipanggil cheerleader effect.


Ok,

1. Menjerit hampir untuk setiap perkara. Jumpa kawan lama, benci, suka, klimaks, stim, gembira melampau, apa sahaja. Menjerit.

2. Tak kira nampak hantu, bangunan runtuh, gunung berapi, kereta accident, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah. Tutup telinga.

3. Tertarik kepada benda berkilat. Macam ikan.

4.  Rasa kawan yang dia ada sekarang ialah kawan sampai mati atau BFF. Tapi yang selalunya tak.

5. lebih kurang..ada tambahan?



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP