31.8.09

adik zul kahwin(lagi??)








Selepas musim raya, akan ada musim kahwin, jalan sesak kerana terlampau ramai orang kahwin. Jadi, bagi yang mahukan pakej perkahwinan yang paling rendah, saya menawarkan khidmat "ambil gambar kahwin kamu". 

RM500 sahaja, tidak termasuk kos pengangkutan. 

Jadi, jika ada kawan-kawan kamu, adik beradik kamu, kamu sendiri yang ingin kahwin dan tiada orang yang mahu ambil gambar kahwin kamu. Apa kata dapatkan khidmat akukopi, khidmat "ambil gambar kahwin kamu". 

apa-apa email sahaja ke akukopi[at]gmail[dot]com.

p/s: saya tidak professional. Tapi apa kata kamu yang mahu kahwin ni kasi saya kumpul wang untuk ke London tahun depan. Amacam??



Read more...

hari ini 31 : bertukar dot com

Salam, Selamat berpuasa kepada yang berpuasa, kepada yang tidak suka berpuasa, selamat berpuasa juga.

Kira-kira awal bulan november tahun ini maka cukuplah setahun aku menulis blog di akukopi.blogspot.com ini. Tak sampai setahun lagi aku tulis sebenarnya. Aku pelik macam mana ada orang tulis 3-4 tahun masih banyak lagi idea. respek.

Aku rasa macam mahu tukar dot com. Sebab rasa macam cool. Kalau orang tanyer, kiter boleh jawab. "akukopi.com". Macho.haha. Tapi rasanya kalau tukar dot com aku perlu pembaca yang sudah tahap melampaui batas, kiranya, ramai nak mampos. dan mungkin aku takkan gunakan blogger. Aku tukar kepada wordpress. Cantik sikit.

Maaf, sekarang aku jarang sikit update blog, banyak tulis di buku sahaja. Sebab susah nak online. Jadi bila aku tulis dalam buku,malas pula rasa nak type. Kemudian dibiarkan sahaja. nanti rajin, bila-bila, mungkin terlampau rajin, aku type.

ok,selamat.



Read more...

23.8.09

benda (konon) kelakar minggu ini

Perlu tahu, aku tak suka ke pasar malam, bazaar ramadan, pasar tani atau apa kena mengena dengan pasar. Tak kiralah itu pasar malam macam mana aku tetap tak suka.

Tapi kadang-kadang aku ke pasar malam, bazaar ramadan atau apa-apa yang berkaitan sekali-sekala. Tapi pilihan aku mestilah pasar malam itu kecil. Tak banyak kedai. Contohnya, di Bukit Indah, Ampang, Depan masjid tu. Tapak Convest, UIA. Tepi-tepi KAED 2 tahun lepas. Dekat LRT dekat jaya jusco wangsa maju tu pon ok. Kedainya sikit, orangnya tak ramai, makanannya berbeza. Aku tak suka sebab nanti aku tak tau nak beli apa, berakhir dengan aku pusing banyak kali.

Benda kelakar minggu ini, yang aku lalui semalam di pasar malam atau bazaar ramadan atau apa-apa yang lebih kurang ialah. Orang membeli-belah sambil pakai helmet.

Sebab yang mungkin mereka pakai helmet:

1. Pencuri. Takut disebat dengan batang tebu di kepala. "Mencegah lebih baik dari merawat", Seperti nyanyian pakcik yang jual mask semalam di greenwood.

2. Angkasawan negara.

3. Tackle minah rempit. Untuk menunjukkan dirinya membawa motosikal.

4. Berjalan lebih laju bila pakai helmet. Konsep aerodinamik.

5. apa lagi eh??



Read more...

22.8.09

bawak kete macam puki, belum azan lu dah makan

biasanya aku tak racist macam ni.



Read more...

19.8.09

salah faham manusia tentang perlakuan

Kalau dalam filem, payah kita tengok babak senyap dua watak atau lebih, selalunya akan diisi dengan dialog atau aksi-aksi supaya penonton tidak merasa bosan. Dalam realiti, babak senyap dua watak adalah perkara biasa. Dalam filem, dialog akan diisi untuk penonton, tapi kalau dalam realiti, dialog bukan diisi untuk siapa-siapa. Ia untuk diri si pendengar dan orang yang bercakap.


Kita lahir untuk orang, apa yang kita buat ialah untuk orang, Marah untuk tunjuk kepada orang, berlagak untuk tunjuk kepada orang, kalau bagus pon atas tuntutan orang lain.

Selalu aku dengar ayat, "buatlah benda untuk diri sendiri". Aku cuma rasa ayat tu penipu, kalau aku ikut ayat tu, aku takkan berada dimana aku ada sekarang dan disebabkan ayat tu aku sekarang apa yang sedang aku lakukan dan apa buruk yang aku pernah buat.

Cuba sekali, kau buat benda atas diri kau sendiri dan sebab diri kau sendiri, tanpa untuk puaskan hati orang lain. Sampai mana kau boleh pergi, mungkin sampai sini, sampai sekarang aku cakap ni.

P/s: menonton fiem pendek arahan budak-budak AAD. Aku tak boleh kontrol diri nak buat jugak. mungkin semester depan, sudah rancang dengan haniff. Jalan cerita mahu buat, konsep sudah ada. 

p/s kedua : sape hensem letak link aku, sape tak hensem takyah letak. 





Read more...

10.8.09

hari ini 30 : fuck photographer

Hujung minggu baru-baru ini aku ke johor bahru. Nak ambil gambar adik zul kahwin. Disebabkan aku tak pro nak ambil satu gambar kahwin ribu-ribu. Aku letak rm300 je. haha. Nak buat main-main aje. 


Kereta haiwan aku mempunyai kelajuan maksimum 80 km/jam. Jadi bila gerak dari kl ke johor bahru kira-kira 5 jam lebih la. Siap air cond tak boleh bukak lagi. Malam tak rase sangat. Masa balik waktu tengahari, Pakcik Zul dak bukak baju dah duduk kat belakang. Bapak panas. 

Temperature kete aku naik aje. Takleh bukak aircond, takleh bawak laju. Pedih siut. 

Pengalaman baru sebab sebelum pengantin lelaki tu masuk, ada kene tol dari pakcik-pakcik adik Zul. So pengantin lelaki kene bayar sorang-sorang, baru lepas nak masuk untuk jumpa dengan adik zul. Aku rasa menarik. 

Ok, ini sikit-sikit gambar aku amik. selamat pengantin baru kepada adik zul.





Read more...

2.8.09

idea celaka nak kasi dunia jahanam

AWAS!! BENDA INI BETUL BETUL BOLEH KASI KITA SEMUA HANCUR



Jika dunia ini sudah tiada perang, yang menyebabkan kematian dan jika dunia ini bertahan untuk 100 tahun lagi, pasti dunia ini akan sangat dipenuhi dengan manusia sehingga menebabkan kesukaran untuk bergerak sekalipon. Ini boleh jadi disebabkan kadar kematian yang rendah disebbakan teknologi perubatan yang semakin canggih dan kadar kelahiran yang tinggi disebabkan nafsu lelaki yang takkan berubah kerana sentiasa ingin pancut dalam.


Kerana bumi ialah satu-satunya tempat manusia untuk hidup, jadi manusia tidak boleh dihantar ke planet lain untuk menampung penambahan manusia yang terlampau banyak.



Tapi masa boleh dibahagi-bahagi.


Jadi apa yang aku fikir ialah membuat dunia ini dibahagi dunia dan aktif 24 jam secara menyeluruh.Caranya, setiap bayi yang baru lahir akan diklasifikasikan individu siang atau malam. Cara pengklasifikasikannya adalah mengikut bapa. Jadi jika bapanya siang, anak-anaknya juga akan siang. dan sebaliknya, Individu siang akan mellui kehidupan macam yang kita hidup sekarang. Masuk kerja pukul  pagi, pergi sekolah pukul 7 pagi, balik pukul 5 petang dan aktiviti-aktiviti biasa yang kita buat sekarang. Malam-malam pergi keluar minum atau apa-apa sahaja 


Individu malam akan melalui kehidupan terbalik, tapi bayangkan jika kamu lahir-lahir sahaja sudah biasa hidup malam, pasti tiada masalah. Jadi individu malam akan pergi kerja pukul 8 malam, pergi sekolah pukul 7 malam, balik kerja pukul 5 pagi dan tidur malam pukul 12 tengahari  sehingga pukul 6 petang dan pusing balik macam biasa. 



Individu siang dan malam bukan tidak boleh keluar rumah lansung, cuma aktiviti penting seperti kerja dan dan pergi sekolah sahaja yang berubah. Dan bila 2 aktiviti penting ni diubah, secara tak lansung mengubah keseluruhanya. 



Aktiviti dalam bandar seperti pasaraya, tempat kerja, kemudahan awam akan beroperasi 24 jam. Jadi kerja kat situ pon akan ada individu siang dan malam. 



Cara ini akan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengoptimumkan penggunaan fungsi bangunan bangunan kerana satu bangunan diguna 2 kali masa pagi dan malam, dapat juga mengurangkan kesesakan jalan raya, meningkatkan produktiviti dan macam-macam lagi masalah berkaitan peningkatan populasi dapat dikurangkan.



Masalah yang akan timbul ialah orang sudah tak solat, bagi orang yang individu malam, susah gila nak bangun 4 kali masa tidur untuk solat. Manusia juga akan berpecah dan sumber dunia akan lebih cepat habis. Aku rasa pati masalah sosial akan timbul banyak gila.



Kalau buat skrip menggunakan konsep ni macam bes jugak. Contoh klise ialah percintaan dua individu siang dan malam. 



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP