30.4.09

mungkin usul bodoh untuk arkitek

aku kerja di menara etiqa di tingkat atas, belakang klcc. ada tempat isap rokok menghadap ke luar, bila mahu isap rokok memang itu tempat aku lepak. jadi memang pemandangan ialah bangunan tinggi yang membosankan. kurang betul warna hijau. sakit mata.

jadi sambil isap rokok aku perhati bangunan tinggi-tinggi. dan aku perasan setiap bangunan tidak melengkapi satu sama lain. kiranya, setiap bangunan berdiri dengan sendiri, setiap bangunan ingin menunjukkan kehebatan masing-masing. daripada setiap bangunan itu berlawan antara satu sama lain, apakata wujudkan persefahaman dan perkaitan antara setiap bangunan.

ok, cuba bayangkan satu boulevard yang besar, kesesakan lalu lintas yang terus, di depan mata semua pemandu ada bangunan yang berkaitan antara satu sama lain. mungkin aku perlu jelaskan dalam rajah. sebentar. aku mahu lukis kejap.

ok




bangunan a terletak di depan, bangunan b letak di belakng, tapi bila dilihat dari kedudukan yang selari, dia akan jadi bentuk c, macam lilin kot.hahaha


kirakan, jika dilihat dari jauh, bangunan A dan B berkait dengan membentuk sesuatu bentuk yang lain. kiranya bila orang memandu, terutamanya dalam kesesakan lalu lintas, bangunan yang dilihat di depan mata bukan sahaja besar, tinggi dan cantik semata, tapi membuatkan orang ingin terfikir-fikir dengan bentuk yang terhasil bila dua bangunan itu dilihat selari.

ok, macam aku cakap tadi, boulevard besar, lalu lintas sesak, depan mata semua bangunan yang buat kita terfikir, seronok kan?

atau mungkin sudut pandangannya ialah dari bukit ampang sebagai contoh, kalau bangunan-bangunan yang dilihat dari atas bukit tu semua berkait antara satu sama lain untuk membentuk sesuatu bentuk yang lain, mesti lagi best.

ok,

aku tak tau kalu sudah ada konsep sebegini, sebab aku bukan baca buku arkitek pon. tapi kalau dah ada, bagitau ye, sbb aku nak tau cara pengaplikasian dia.



Read more...

25.4.09

skrip nombor dua

mungkin perlu ada satu label untuk skrip. jadi bila aku ada cerita-cerita filem pendek. boleh aku tulis disini. seronok pula rasanya.

cerita 2



lokasi : kawasan kampung, tahun 60 an mungkin



nama watak : amran, dan aminah



Amran seorang polis. selalu melakukan rondaan di kawasan kampung. die meronda naik basikal. tiap-tiap hari die mesti lalu depan rumah aminah. sebab die tau. tepat pukul 5, aminah mesti keluar rumah siram pokok bunga.

die akan tunggu depan rumah aminah pukul 450 petang. tunggu sehingga aminah keluar, bila aminah keluar die tunggu. bila aminah pandang aje. Amran buat-buat macam tak nampak dan kelam kabut beredar dari tempat tuh. sampi terjatuh-jatuh basikal dia.

setiap hari amran akan tunggu.

ampai satu hari aminah tak keluar, jam sudah 515 ptg. aminah tak keluar lagi. amran sudah mula gelisah. sambil melihat jam kat tangan berulang-ulang kali. lama tunggukemudian,, aminah keluar, dengan baju kebaya, rambut sanggul. Amran tersenyap

Amran membetulkan zip seluarnya, takut kalau terlupa tutup zip seluar. bila aminah pandang aja, amran blah terus dari tempat tuh dengan kelam kabutnya. malu kononnya.

setiap hari, hampir sebulan amran buat macam tu.

babak lain

skrin terbahagi kepada tiga kotak, kotak pertama tunjuk tangan yang pegang bunga, kotak dua tunjuk kaki yang mengayuh basikal, kotak tiga tunjuk muka amran tersenyum, muka penuh semangat.

dalam hati amran betul2 nak tegur aminah.

sudah sampai depan rumah aminah, amrang tercungap-cungap sambil senyum, Amran tunggu.(kamera tunjuk awan yang bergerak laju, ala-ala discovery channel selalu buat tuh)

1 jam amran sudah tunggu.aminah tak keluar-keluar lagi. amran fikir mungkin tak ade peluang. jadi dia bawak basikal ke bandar. (amran bawak basikal sambil bersiul-siul )

tiba-tiba dari jauh nampak aminah, jalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Amran lari sorok belakang dinding, aminah betul-betul sudah lalu sebelahnya, (kamera gerak perlahan masa aminah lalu sebelah kemudian. kamera fokus kepada muka amran yang tercengang kemudian kamera masuk dalam mulut amran terus ke jantung amran dan nampak terus jantung amran berdegup-degup kemudian terbelah dua.huhu)

amran sudah tinggalkan basikalnya, kecewa.

dia jalan sorang-sorang tengah-tengah bandar.(semua bergerak laju, tapi amran bergerak perlahan dan macam terketak-ketak....ala-ala cerita hantu samara tu.)

babak tiga

(kamera fokus kepada tangan amran yang pegang nota mahu bunuh diri tulis,'selamat tinggal aminah..lu memang celaka lah'..kemudia kamera semakin jauh dan amran ada di atas bangunan)

amran masukkan nota dalam poket, kemudian terjun, kepala pecah, darah melimpah ruah.

keadaan jadi haru biru. semua orang berkerumun. aminah pon turut serta bersama teman lelakinya. berlari-lari ke tempat kejadian, (kamera masa ini di tunjuk belakang badan aminah dan teman lelakinya,)

tiba-tiba ada satu tangan pegang bahu aminah, dan cakap, 'kenapa, akak?'

kamera berpusing terus ke depan..







rupanya aminah ada kembar.



Read more...

skrip filem pendek akukopi

hi semua,

dari dulu aku teringin sangat ingin buat filem pendek. Malangnya aku tak pandai berlakon, aku tak tau sapa yang mahu berlakon dalam filem aku, dan yang paling penting aku takde HD camera atau sesiapa yang aku kenal mempunyai HD camera. jadi aku pon fikir-fikirlah sahajalah jalan cerita, mana tau ada peluang nanti boleh shooting. hahaha.

aku jugak tak pernah tau bagaimana ingin menulis skrip, aku tak pernah tau apakah formatnya. Adakah sama macam penulisan drama? atau macam cerita sahaja? jadi aku ingin cuba. jika ada sesiapa kalangan pembaca aku belajar perfileman. ajar-ajarlah aku. nak tahu juga.

jadi,

CERITA 1:

lokasi : pondok bus, kawasan kampung, tidak banyak kereta.

kedudukan kamera : betul2 menghdapa pondok bus, seberang jalan, one shot shaja. kamera tak gerak

cuaca: baru lepas hujan, di depan pondok bus tu ade lopak air yang besar.

ok,

seorang pemuda mahu pergi kerja, dia tunggu bus. dia duduk betul-betul depan lopak air tuh. Sambil membaca suratkhabar. Muka tenang sahaja macam takde masalah.

tiba-tiba ada satu kereta lalu dan langgar lopak air tu, air terpercik terus ke pemuda tersebut. Pemuda tersebut buat muka tensen gila sambil mengibas-ngibas baju dia yang basah. surat khabar yang baru dibeli tadi dilipat-lipat kerana sudah basah, pemuda tersebut mengambil tisu dan mengelap mukanya.

sedang mengelap muka menggunakan tisu, tiba-tiba satu bijik lori langgar lopak tu. habis basah baju pemuda tu. Pemuda tersebut sangat marah. memaki-maki. Pemuda sudah mula mengalih tempat duduk jauh sikit dari lopak. kemudian mengelap-ngelap baju dan mukanya sambil memaki-maki lori yang tadi.

Pemuda masih tunggu bas dengan sabar sambil menyanyi-nyanyi seorang diri.

(bunyi mengiut-ngiut kedengaran)

pemuda sudah berhenti menyanyi dan melihat kiri kanan dan bersedia supaya tidak kena lopak air lagi.(sambil buat muka gelabah)

tiba-tiba, seorang budak kecil, membawa basikal beroda 3 lalu, perlahan-lahan sambil membuat muka selamba sahaja. Pemuda hanya ketawa kerana penat-penat menggelabah rupanya budak kecil bawak basikal roda 3 sahaja yang lalu.

pemuda senyum-senyum lagi dan masih menyanyi-nyanyi.

Budak kecil tadi datang dari arah kanan pula sambil membawa baldi warna merah dan menaiki basikal roda 3 yang tadi. (pemuda tersebut tidak perasan kehadiran budak tu kerana pandang tempat lain)

Budak kecil tadi turun dari basikal dan pergi ke lopak air membawa baldi., lalu mengangkat air menggunakan baldi dari lopak tersebut. kemudian budak kecil pergi ke arah pemuda dan menyimbah air ke muka pemuda menggunakan baldi.

pemuda terperanjat dan budak melarikan diri dengan gaya comel sambil ketawa kuat-kuat

-tammat-

cerita bodoh.



Read more...

24.4.09

hari ini 18 : kematangan hubungan

1. maaf, entri ini entri bosan, hanya berlabel hari ini. jadi pasti ceritanya adalah tentang update kehidupan aku sahaja. supaya aku dapat baca balik lepas sudah lama.

2. tajuk entri tiada kena mengena, ia cuma apa yang aku tulis dalam handphone aku semasa aku sedang berborak dengan rakan aku tentang proses kematangan sesuatu hubungan. Jadi tetibe ayat kematangan hubungan tu keluar, aku terus type dalam handphone supaya aku tak lupa sebab aku suka dengan ayat tu. berima,bukan?. jadi sekarang aku gunakan.

3. aku kerja part-time, menjadi website moderator. seronok, pekerjanya seronok. kerja pon mudah, buat benda yang aku biasa buat sehari-harian, jadi tiada banyak masalah sangatlah. gaji pon masyuk. haha. bajet belian pon boleh lebih sikitlah.

4. gadis bertudung comel sukar diajak keluar hari sabtu dan ahad, kecewa :(

5. sudah beberapa kali nak pergi PWTC, esok perlu pergi! Duan cakap banyak buku best, boleh baca bila bosan sambil menunggu orang. Aku selalu menjadi orang yang perlu tunggu, tanpa sebab yang munasabah. jadi perlu bahan bacaan.

6. Nawwar ke Jepun, bila balik aku tidak pasti, lama tidak jumpa die, aku rindu mata bulat die.

7. jeles tu susah kan? lebih sukar bila jeles dan kita tak boleh berbuat apa-apa. tengok aja.

8. berbincang tentang isu perkahwinan semalam dengan akak nadiah. Dia cakap, kahwin ini memajukan pemikiran seseorang, membahagiakan, memberi inspirasi. ayat paling kelakar ialah, malam isnin dan khamis sunat mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, malam lain?

WAJIB.haha.aku tak boleh tahan gelak.

9. sifat buruk aku ialah aku selalu tidak puas, aku sentiasa mahu lebih.tamak. Hana cakap tak bagus, membuatkan orang lain tertekan dengan sikap aku, sebab aku mahu semua orang di sekeliling aku mengikut cara aku. Aku cakap aku mahu belajar, dan die cuma cakap, biarkan ikut arus. tenang sahaja, jangan paksa diri. betul, aku suka paksa diri. sampai puas.

10. aku nak jumpa Hana jugak, lama tak jumpa dia, aku suka hidung dia. tapi die mesti tanak jumpe aku punye, Cilaka lu hana. reject gua.hahahahaha

11. aku rasa poyo ayat ni, aku sebenarnye benci dengan ayat ni, ayat yang bakal aku gunakan sebentar lagi, poyo pon nasiblah. ayatnya ialah, aku rasa kosong.SHIT.



Read more...

23.4.09

teknik nyah perempuan sundal

selalunya aku akan tulis 2 atau 3 entri pada satu hari bila aku tak suka dengan entri yg aku tulis sebelum itu.

seperti yg telah dijanjikan. aku akan cuba memberi pendapat tentang bagaimana untuk menangani perempuan sundal seperti yg diceritakan sebelum ini. jadi ini cara menagani perempuan sundal versi kasar oleh hafizudin atau akukopi atau mushi atau akukopikausiapa?

1. ugut. cara ini mungkin teknik paling berkesan menangani perempuan sundal. kalau kamu ada gambar lucah atau video 3gp nya lebih berkesan. ugut yang kamu mahu sebarkan. tengok macam mane sundal die boleh jadi?haha..(ok..aku tau korang mesti benci kat aku)

2. jangan beri msg pertama. jangan start perbualan dalam sms. mungkin hanya perlu hai. dan untuk lebih hebat biarkan soalan tergantung. mula-mula pancing sampai die ingin soal kita(walaupun kebanyakn perempuan sundal tidak suka bertanya, tau jawab sahaja), tapi pasti boleh lah sikit sikit. contoh :

lelaki: aku dengar crite encik M sakit.
gadis:ye?mane kau tau?

pastu jangan reply. baru kasi perempuan tu geram balik. macam tertanya-tanya dan tergantung.haha. cuba carik ayat untuk membuatkan perempuan tu tertanya-tanya.

3. jangan layan. ini risiko yg sedikit besar kalau betul-betul kita suka itu perempuan. tapi lelaki ada ego kan? jadi keraskan telur anda, buatlah macam ada ego, jangan jadi lembik, nak bunuh diri lah, bak mati lah bila kene tinggal, buat cool sahaja, dan cuba enjoy bersama rakan-rakan.


4. jadi gay

apa apa pon, kalau dedua jadi sundal, memang berterabur la semua org atas dunia nie, ego sahaja, cuma ikut gerak hati sahajalah, apa yang rasa betul buat, kalau tak betul jangan buat, bukan susah.

sudah,

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

-----------------------------------------------------------------------------------------------
dua entri yang berkaitan ini sebenarnya lebih kepada rasa marah sahaja. maaf kalau ia terlampau merapu. adehai......

aku perlu rehat...

selamat



Read more...

Senarai beli julai 2009

1.ipod touch - sial.sekarang sume org pakai
2.macbook - sudah mula usha2.
3.sepasang seluar jeans baru.berwarna kelabu, tidak kira apa jenama
4. baju kemeja dan baju tshirt sebanyak mungkin. tidak kira apa jenama
5. kasut.
6. belanja keluarga makan besar-besar
7. bayar bil talifon tertunggak
8. tiada gf, tidak perlu belanja.
9. digital delay.

p/s: aku jatuh cinta dengan natalie portman dan gadis bertudung yg comel.



Read more...

22.4.09

macam mana mahu jadi wanita sundal?


pakai paint. akibat bosan menunggu.lukisan bodoh


Cuti-cuti begini memang masa untuk aku bermesra-mesra dengan pembaca aku. Selalu aku kurang masa untuk reply satu persatu komen dan pergi ke blog kamu untuk melihat-lihat dan memberi komen juga. jadi masa cuti begini aku buat tu semua.

Cuti-cuti begini juga membuatkan penulisan aku kurang kualiti, kurang serius, lebih banyak merapu-rapu. mungkin kerana bila cuti aku lebih suka rehatkan otak. Jauh dari analisa aku tentang hidup atau dunia seperti penulisan aku sewaktu tidak cuti. tapi tak apa.

aku terbaca blog saloma pasal buku "why men love bitches". aku pernah tengok buku tu dan menyelak-nyelak. tak baca dengan sepenuh hati pon. aku tengok buku tu aku mula-mula senyum sebab benda ni aku pernah terfikir jugak. haha

Menjadi perempuan sundal bukannya diminati sebenarnya, tapi cuma menjadikan kamu lebih digerami oleh lelaki. Kerana sifat lelaki yang sentiasa 'mahu'. sifat lelaki yang mempunyai visi yang tinggi dalam mencapai sesuatu. itu yang buat lelaki lebih suka perempuan sundal.

jadi, ini mungkin cara-cara mahu jadi sundal, versi kasar oleh hafizudin atau mushi atau akukopi.

1. tinggalkan sahaja boyfriend anda. betul, ini mungkin cara paling teragung seklai dalam menjadi perempuan sundal. Cakap dengan teman lelaki kamu yang kamu ingin tinggalkan dia. Biar dia pujuk-pujuk. Kemudian kamu baik balik dan layan dengna baik boyfren kamu tuh. setelah beberapa bulan tiba-tiba kamu nak tinggalkan balik. Boyfren anda pasti duduk tak senang dan sentiasa memberikan layanan yang baik kepada kamu. kata kuncinya ialah berikan sesuatu kepada boyfren kamu, tapi jangan kasi semua, kasi sikit sampai mahu klimaks kemudian cakap mahu tinggalkan. cara ini juga berkesan untuk lelaki yang mahu tackle anda. supaya die lebih geram dan ingin tackle menggunakan jurus tertinggi.

2. Jangan reply SMS atau angkt call selalu. Biarkan lelaki tu tertanya-tanya dimanakah kamu berada. sudah banyak kali, cuma reply, "sedang sibuk sekarang, nanti saya/i/kita/orang/ana call balik". Dan jangan call balik, bila sudah malam, lelaki tu mesti atau wajib call punya, cuma perlu cakap,"sori, terlupa".

3. Pergi kawan dengan banyak lelaki, tapi jangan kawan dengan lelaki secara beramai-ramai. Kawanlah secara individu, kalau kawan beramai-ramai selalnya lelaki tak kisah sangat. kiranya kalau keluar pon berdua sahaja. maklumlah, nama pon sundal, pastinya ramai peminat yg ketagih dengan kamu. Beritahu teman lelaki kamu pasal kawan lelaki kamu tu. kalau kamu takde teman lelaki, beritahu kawan lelaki kamu yang lain, pasal lelaki lain, biar ada cemburu, nanti semua lelaki pasti berebut-rebut nak jadi paling bagus. Ini lumrahnya.

4. jadi seorang yang memahami, tetapi pada masa yang sama tidak menghargai lelaki. Point paling utama dalam menjadi perempuan sundal ialah tidak menghargai. Faham seorang lelaki. jadikan diri anda seperti seorang yang sangat memahami lelaki tapi pada masa yang sama anda tak kesah pasal dia. baru anda digilai dan digerami.

5. pakaian tidak semestinya seksi baru boleh jadi perempuan sundal. zaman sekarang yang pakai jubah pon buat seks di tangga. Tarikan seksual adalah satu kelebihan dalam proses menjadi perempuan sundal. tapi manipulasikan tarikan seksual itu. Apa kata kalau bagi lelaki itu separuh jalan sahaja, biarkan die tergantung. haha.

ok,
mungkin ada banyak lagi yang aku tak terfikir, ini yang saja aku fikir on the way carik kerja di klcc tadi. jadi mungkin kamu patut bagi pendapat kamu macam mana menjadi perempuan sundal.

Nanti aku tulis cara menangani perempuan sundal. khas untuk pembaca lelaki.

p/s: aku sudah dapat kerja!!!esok mula! yiehaa!



Read more...

21.4.09

karaoke dan gerak perlahan

amek kau. satu hari 3 entri sekali. memang terbaik la. huhu

Pilihan lagu bagi karaoke pastinya lagu melayu. aku tak tau apesal, tapi tidak kira betapa mat sallehnya kau rasa diri kau, atau betapa urbannya kau. Karaoke mesti lagu melayu. mesti lagu zaman-zaman 80-90. Pilihan lagu ahmad jais, wings, search, ramlah ram dan apentah lagu-lagu dahulu.

Aku seronok karaoke, aku mengaku. memang seronok.Pernah aku karaoke dengan hana. Suara beliau yang seakan-akan fasha sandha tu memang buat aku gelak gile babi. Tapi tahan supaya dia tak berhenti nyanyi. kelakar lah. nyanyi lagu sheila majid, macam harem.

Benda yang paling aku sedar tentang video clip karaoke ialah videonya dalam gerak perlahan. Aku tak tau apa motifnya video dalam gerak perlahan. Mungkin untuk menonjolkan perasaan misteri dan bermaksud.

Selalunya video clip bagi karaoke ni menggunakan 2 watak, lelaki dan perempuan lah. Sama ada mereka baru berkenalan ataupun bergaduh. Jalan cerita yang sangat biasa. ada tu aku tengok cerita awek ni tertinggal phone kat kerusi. Then laki tu jumper, die kejar, pulangkan, terus peluk-peluk belakang pokok. kepala hotak die. haha. tak logik lansung.

Selalunya lokasi penggambaran ialah di tasik, genting highland ataupon tepi-tepi bukit. tempat yang dirasakan cantik. Selalunya tempat tu takde orang lansung. 2 orang je.

Tapi paling aku gelak ialah sebab gerak perlahan, memang tak boleh blah. kalau time nangis macam slow motion, then macam feeling. Tak kiralah lagu tu perlahan ke laju, hatta lagu kristal pon. Pasti video clip untuk karaoke nya gerak perlahan.

P/s: maaf aku banyak mencarut dalam entri aku belakangan ni. marah mungkin.



Read more...

Gambar rerawak


















Read more...

soto, duit dan pantat

TERIMA KASIH!!



Read more...

20.4.09

hari ini 17 : seronok sial!

aku rasa aku patut buat satu blog lain. yang menceritakan pasal kehidupan aku je. bukan untuk kau baca lah. untuk diri aku sendiri. saja suka2. tapi mesti nanti aku malas nak tulis. selamat aku masih ada penulisan di bawah label 'hari ini'. jadi aku ada ruang sikit nak cerita hidup aku. selalunya entri aku bawah label ni kurang comment.haha.

hari ini nak pergi pwtc. ada pesta buku kan? tapi jauh. malas.lain kali la. esok ke. Malam tadi pergi UIA. orang sudah cuti ape gile aku buat kat UIA ntah. Aku mahu hantar speedlight yang dipinjam dari hanif sebab die nak pakai kat Sarawak. alamak nep. lu kacau la. gua baru nak bermesra-mesra dengan itu flash. haha.

ari rabu ini ada interview di subang jaya. untuk kerja apa benda ntah aku pon tak tau. aku mintak pakai email tiba2 die panggil interview. eh..korang pernah dengar ada criter tipu tak psl mintak2 kerja ikut internet nie? mane tau skim cepat kaya ke, penat aku pergi subang jaya kang die suruh masuk MLM. susahlah.



p/s: seronok sial!!!

p/s lagi : kepada akak yang memakai baju coklat di restoran Santai tadi. akak hotlah. haha



Read more...

19.4.09

perangai cantik ke body baik?

benda ini selalu ada dalam konflik diri lelaki dalam memilih teman wanita. Mahu perangai yang cantik atau muka cantik dan berbody baik?

pilihlah yang bermuka cantik dan berbody baik. kerana muka tidak boleh diubah. perangai boleh diubah.

haha.mcm sial.

P/s : ini akibat duduk di rumah takde wat ape. warf!!



Read more...

Barang baik punye!

mula-mula terima kasih kepada pembaca aku yang membantu aku carikkan kerja. Malangnya aku check email lambat dan kerja tersebut sudah diisi. terima kasih lagi sekali. esok nak carik kerja la camni.

ok,start,

aku ingat dulu time kasut timberland menjadi sangat terkenal. ini sebelum mat-mat rempit pakai tau. die punyer harga stok 5-6 rat. kemudian banyak yang terjual di pasar-pasar malam, danau kota, petaling street dengan harga murah-murah. Kemudian trend timberland semakin menurun. sudah ramai tak pakai. timberland ni ialah style dalam kelas dia yang tersendiri.

nak beli tak?

ada ade jual satu, untuk ladies sahaja, size 5-6 mesti cun pakai. boleh try dulu. beli di US, masih cantik lagi. tip top condition. RM320











lagi satu ialah dr.Martens Mary jane. kasut nie sgt comel. comel. sesuai untuk gadis. sama la nie. rarely wear, size 5-6 boleh pki. try dulu tengok apa mcm. harga RM200









cara bayaran yang digalakkan ialah Cash on delivery. aku sendiri yang akan menghantar barang tersebut. area KL adalah digalakkan, apa-apa sila email aku.

terima kasih.



Read more...

18.4.09

hari ini 16 : jangan tembak buta

1.sudah cuti. Banyak perkara aku lepaskan. menyesal. Menyesal dengan apa yang dibuat, apa yang tidak digapai sepenuh hati.

2.Cuti ini mahu kerja, target mahu beli banyak barang. Ingat nak kerja jadi cikgu lah. dapat tengok perangai budak-budak. mesti seronok.

3.Bosan gile. duit takde. takde sial!. haha. tinggal 3 ringgit semalam yang digunakan untuk beli rokok. tak sabar tunggu ayahanda Hamdan datang ke sini.boleh mintak duit belanja dari beliau.

4. duduk sorang di rumah. baring, guling, lompat, main gitar, berangan, berfikir, ini nama bosan tahap fuck. sabar. bagaimana bosan tahap fuck eh? fuck = bersetubuh. jadi bosan tahap bersetubuh? bosankah bersetubuh? tak kesahlah. tetap mahu cakap. bosan tahap fuck.

5.Keputusan aku untuk tak nak ade gf betul2 seronok. Tidak perlu fikir banyak, tak yah nak fikir cara penyelesaian bagi isu dan masalah. duduk senang saja. sesiapa yang ada gf atau bf sekarang, kamu patut cuba. haha. Pasti muka berseri-seri.

6. Sesiapa ada tau kerja kosong kat sini? beritahu aku. aku memerlukan. apa-apa kerja pon bolehlah. janji dapat duit lumayan,

7. hana ckp kerja lah kat butik-butik. tapi aku berkira-kira kerana aku tak hensem, tak cukup berlagak, tak cukup pandang rendah kat orang, tak cukup berpura-pura.

8.jangan tembak-tembak. kalau kita menuduh, jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang kita tuduh. buka minda untuk terima yang lain. menuduh perkara yang tak baik kan? sampai bila nak gaduh. aku perhatikan sudah lama. masih aku tak faham apesal teruk sangat pergaduhan ni? sudahlah ok?

9. aku rasa nak pegi karaoke. jom!



Read more...

16.4.09

tips mahu bahagia di dunia

Aku selalu cakap pasal sosial. Sebab aku tak suka sangat pembangunan dari segi fizikal. sbb bagi aku pembangunan fizikal tanpa mengambil kira faktor sosial bukanlah sustainable development kerana pengakhirannya, pembangunan itu akan digunakan oleh orang, dan kalau tidak mengambil kira faktor orang, tak berjayalah sebuah pembangunan tu.

ok,

jadi bagaimana ingin menjamin kebahagiaan di dunia?

4 perkara yang menjamin kebahagiaan manusia:

1. isteri yang baik
2.rumah yang luas
3.kenderaan yang baik
4.kejiranan yang baik

ia bermula dari institusi paling kecil sekali. Keluarga. Sebuah keluarga yang baik datangnya dari ibu bapa yang baik. ibu bapa yang mendidik anak nya dengan betul. baru anak-anak akan jadi baik.

Keluarga yang baik juga asalnya daripada rumah yang selesa, luas.baru tak ada tekanan dalam rumah, sebab tekanan dari dalam rumah akan membawa hingga keluar rumah dan jadi macam-macam. sbb itu ada banyak case budak-budak lari rumah, kawen lari, main bini orang. segala-gala perkara yang asalnya dari rumah.

Keluarga yang baik juga asalnya dari kemudahan keluarga itu melakukan urusan. itulah maksud kenderaan yang baik. supaya tidak ada tekanan masa melakukan urusan dan untuk bergerak ke tempat-tempat lain.

Keluarga-keluarga yang baik akan mewujudkan satu kejiranan yang baik. Kejiranan yang baik datangnya dari riadah antara jiran, tidak membenci satu sama lain, tolong-menolong. Semua sifat-sifat ini datangnya dari keluarga yang baik.

Bila semua kejiranan baik, maka jadilah satu komuniti yang baik, semua sayang menyayang, tidak membenci satu sama lain. tidak kutuk mengutuk dan segalanya. Maka dengan semua perkara ini, wujudlah satu komuniti yang baik maka bahagialah hidup seseorang itu di dunia. Senang hati, tidak banyak masalah, bahagia dan senang.

Moga kita semua saling sayang-menyayang.







Read more...

blog itu ini

Nazuha ckp nak wat blog, aku ckp, memang seronok blog, luahan isi hati sume kau boleh cakap, boleh bagitau orang, boleh kasi puas la, boleh kasi pendapat kau macam-macam. tapi banyak akan datang nanti. sebab blog ini hidup kau, bila hidup kau orang baca, orang tau, susahlah jadinya.

asal aku menulis untuk bila tua nanti aku boleh sendiri baca kematangan pemikiran aku dari aku kecik sampai lah aku tua. sebab itu banyak aku tulis psl pendapat dan pemikiran aku. Dan bila baca pasal luahan aku sendiri dan perasaan, bolehlah aku gelak balik bila baca, rasa kebodohan diri sendiri dan tahap kematangan aku masa aku tulis tuh.

seronok menulis, seronok berkongsi. semua seronok.

Jangan penuhkan blog dengan emosi. itu yang aku belajar sekarang. mahu emosi tulis diary, tulis dalam buku, simpan senyap2.

Blog aku tulis ni banyak maksud die yg lain. aku suka tulis sesuatu dengan tak jelas, baru kamu semua berfikir, terfikir. Penafsiran yang berbeza bawak maksud yang berbeza. kalau aku tulis terlampau jelas maksudnya, macam tulis karangan darjah satu pulak, tak seronok.

apa-apa, teruskan membaca,



Read more...

13.4.09

mungkin ini puisi pertama di blog ini

aku tak berapa pandai tulis puisi, jadi aku cuba tulis, bila tulis jadi macam ayat pulak. tak apa. baca sahaja.


kalau sudah nama puisi,
biasalah,
bintang,
bulan,
awan,
matahari,
segalanya yang berkaitan alam,
apa maksudnya?
sungguh kau bukan takat taraf alam,
luasnya lebih dari apa yang aku lihat dari bumi,
sebab aku tau ia lebih dari yang diihat atau dirasa,

unik kan perasaan?
tak boleh rasa pakai lima deria,
hanya hati,
tapi hati itu organ kan?
mengapa hati dipilih sebagai reseptor perasan?
siapa yang pilih lagipun sampai satu dunia guna?

hati perasaan ni takkan jatuh,
sebab kau lebih dari yang aku lihat,
dan apa yang kau sendiri lihat



Read more...

4.4.09

Mengapa tidak diguna kekuatan yang ada?

Mengapa tidak digunakan kekuatan yang ada?

Potensi ialah sesuatu yang boleh menjadi kekuatan bila dimanipulasikan dengan betul. Bila cara manipulasinya salah, akan wujud ketidak seimbangan. Cara manipulasi yang salah terjadi bila mendapat pengaruh dari luar atau pun mengikut trend perkembangan yang sedia ada untuk memenuhi permintaan semasa.

Melayu ialah suatu bangsa yang bagi aku berseni, lembut, bergerak perlahan dan nyaman. NEgara kita cuba mengikut perkembangan yang bukan sifat majoriti orang di negara ini. Bagaimana jika jadikan negara ini negara yang perlahan?

Jangan salah sangka aku ingin Malaysia tidak berkembang, tapi bagaimana ya kalau jadi?

Bagaimana jika negara ini, negara Malaysia ini negara yang nyaman, tidak terpengaruh dengan luar, tidak mengejar pembangunan, tidak hirau tentang bangunan tinggi-tinggi, asalkan penduduknya cukup makan, dan sihat. Tenang dan tidak gilakan kuasa, wang.

Bagaimana jika Malaysia ini, satu malaysia ini seperti kampung-kampung yang tenang? makanannya semua dari hasil cucuk tanam sendiri, rumah-rumahnya dari kayu, masyarakatnya sentiasa senyum, sekitarnya bersih, pagi-pagi hirup udara segar, jalannya walau tidak bertar, tapi sudah cukup jalan kaki dengan pokok-pokok bagi redup.

Orang mahu datang malaysia bukan macam negara kotor, bukan kampung kotor yang kolot, tapi kampung yang betul-betul kampung yang segar, hijau.

Aku tak rasa ini akan jadi, sbb kalau tak mungkin orang di Malaysia ini mati semuanya kerana dijajah.



Read more...

SERANTA : hari penghabisan

Ini gambar-gamabr di hari portfolio.dengan konsep "mari satu uia datang dan kutuk kami sesuka hati"


hanif


azri muka habis bangga masukkan borang kutukan

muke duan macam sial.benci aku


gadis comel berbaju biru.sangat comel


sentosa consultant

layar consultant

qilah sebagai subjek yang tak pernah mengecewakan ,tapi duan macam sial kat belakang.

roq. pembantu aku

budak studio aku.

apa-apa pon, banyak kritikan membina yang kami tak pernah fikir sebelum ini, terima kasih kepada semua yang terlibat, tak banyak yang terlibat pon, tapi buat-buat macam terlibat banyak lah.



Read more...

3.4.09

aku harap semua baik baik sahaja

hi semua,

1. semua orang, ada gelombang naik turunnya, tapi bagaimana kamu mempergunakan saat kenaikan itu persoalannya. dan bila turun bagaimana kamu kawal situasi semasa berada di bawah untuk kamu boleh naik semula. semasa kamu naik, apakah jalan yang kamu pilih? untuk kebaikan atau untuk diri sendiri sahaja?

2. orang atas dunia ini semua mempunyai pendapat, malah pendapat tak pernah salah, yang penting cara untuk menjustifikasi sahaja.

3. Bila ada depan mata, cuba hargai, kalau-kalau aku takde, ataupun orang sekeliling kamu tiada, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang baik-baik kamu boleh ingatkan.

4. siapkan diri, sebelum sesuatu terjadi, apa sahaja boleh jadi, siapkan diri untuk segalanya, supaya tidak terperanjat, tak cemas, taklah menangis.

p/s : aku mahu bersiap.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP