30.1.09

idea untuk ubah dunia

Seperti biasa, topik yang aku gunakan untuk menarik minat kamu sahaja. tiada apa pon idea yang besar untuk mengubah dunia ini. sila jangan marah jika kamu mengharapkan idea untuk mengubah dunia. ini semua main fikir-fikir sahaja sambil memandu kereta haiwan ku.

1. membuat perkhidmatan bilik tidur. Bilik tidur ini saiznya dalam 3M x 7M sahaja. Perkhidmatan bilik tidur ini seperti hotel. tapi bilik tidur sahaja. Bayaran akan dikenakan 3jam, RM20. Bilik tidur ini seperti tandas la senang cakap. Lokasi Bilik tidur ini seperti di RnR, di Petronas melawati. Di tempat-tempat dimana budak-budak suka overnite.

rupa bilik tidur ini sperti tandas. satu bilik kosong, ada tilam dan bantal sahaja. tidak ada tv atau radio atau apa. dan air cond la. Khas untuk orang mahu tidur sahaja.

Pastinya anda semua ada pengalaman tidur dalam kereta kerana penat memandu. Bayangkan ada perkhidmatan bilik tidur ini. pasti seronok bukan?



2. Pelajar sekolah rendah tidak diajar untuk membaca al-quran, hafal doa ataupun cara sembahyang di sekolah. Benda-benda sebegitu diajar di sekolah agama sewaktu petang shaja.

Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya mengajar pandangan islam tentang agama lain. ataupun pandangan islam tentang dunia. Ajar tentang mengapa islam ini agama yang paling sempurna. Ajar tentang agama islam itu sendiri. bukan ajar baca doa, baca quran atau cara sembahyang. Islam bukan mengenai itu sahaja bagi aku. Benda macam itu, belajar di sekolah agama petanglah.

Pengajaran pendidikan Islam ini sepatutnya lebih terbuka, baru budak-budak faham dan senang terima, dan tidak bosan.

Dengan keadaan dunia yang penuh pengaruh yahudi ini, sepatutnya budak-budak sudah diajar bukan cara benci yahudi. tapi cara lawan yahudi. ajar budak-budak cara berfikir.

jika kamu budak UIA, kamu akan belajar satu subjek tajuk Islamic Worldview. Subjek ini patut diajar dari sekolah lagi. Betul-betul mengubah pandangan.

cakap senangla, bukan?

jika kamu ada idea mengubah dunia. sila berikan pendapat. aku suka mahu dengar.



Read more...

25.1.09

hari ini 7: entri emosi

jumpa rindu, seronok.

hari ini sepatutnya aku berada di UIA. kerana bosan dan pengaruh rakan sebaya. aku pulang juga ke Melaka. Alsan aku tidak pulang, malas mahu drive. lepak-lepak di bilik memang seronok. tapi kalau seorang, babi bosan nak mampos.

Tadi, semasa pulang, singgah makan di Melaka raya, ada satu kereta bodoh berhenti di tengah2 jalan. selamba sahaja. Keluar satu amoi gila cun, kurus, tinggi, pakai heel, seksi, pki sluar kecik sahaja. Terus sejuk hati, tidak jadi hon. sama macam kereta lain. semua senyap beratur. Amoi tu selamba pergi cucuk duit. haha.

seperti satu macam pussy power menghantui diri aku dan pemandu lain. Tak mampu berkata, ikut sahaja. Memang wanita semua ada pussy power. kuasa yang berupaya untuk mengawal.

Tapi jika anda cun sahaja. memang diskriminasi. harap maaf.

P/s: Lelaki ingin tahap selesa. tahap yang mereka betul2 rasa selesa dan mahu kongsi segalanya. dan perasaan dijaga. Bila selesa, tiada lagi cover2, lelaki akan tunjuk diri dia menangis, buat benda bodoh atau cerita benda zaman kecik2 dan mungkin bermanja-manja. Jika kamu berjaya buat lelaki itu tunjuk perangai betulnya. tahniah.



Read more...

20.1.09

hilang dan rindu

Sedang aku memandu kenderaan aku untuk ajak muiz lepak minum aku terfikir, perkataan "miss" dalam bahasa inggeris dialih bahasakan ke bahasa melayu menjadi dua maksud. iaitu hilang atau rindu. jadi mengapakah perkataan miss ini digunakan untuk dua maksud?

Kerana manusia ini bila hilangnya satu benda baru tahu rindu. bilakah jam tangan kamu paling terasa berguna sekali. Jika kamu jawab semasa ingin melihat waktu. tak tak. Jam tangan kamu paling terasa berguna sekali sewaktu kamu kehilangan jam tangan kamu. Masa itu baru kau tahu betapa jam tangan itu sangat berguna dalam hidup kau.

"miss" sama dengan hilang atau rindu. Jadi apa bezanya dengan "lost"? "lost" ini ini selalunya digunakan dalam ayat yang mmebawa maksud kehilangan yang lain sedikit. sebagai contoh, "ive lost my key".Kehilangannya lebih nyata dan lebih tampak. kehilangan dalam perkataan "miss" lebih tersirat. sebgai contoh mudah "miss call". ia lebih sulit dan lebih tersirat.tidka boleh dilihat. dan jika miss itu digunakan untuk benda yang boleh dilihat pon, penggunaan dan pemahamannya juga akan berbeza. Benda yang tersirat ini selalunya berkaitan dengan perasaan, bukan?

mungkin jika perkataan "lost" lebih tersirat dari perkataan "miss". "lost" juga akan menjadi rindu jika dialih bahasa ke bahasa malaysia.

apa-apa, sebelum hilang, hargai sahajalah.



Read more...

15.1.09

Hari Ini 6 : Terima Kasih dan Minta Maaf

hi semua,

terima kasih kerana membaca blog akukopi ini. Terima kasih kerana menulis komen di blog ini. Tidak kisahlah sama ada komen itu setakat hi atau apa pon. terima kasih juga. Terima kasih juga kepada pembaca senyap blog ini. aku sangat menghargainya. terima kasih juga kepada mereka yang menghantar email kepada aku bertanyakan soalan-soalan dan memberikan pendapat. terima kasih banyak.

minta maaf jika aku tidak membalas komen anda. belakangan ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja di studio. dan juga sibuk dengan tidur di katil. minta maaf jika ada sesiapa yang terasa dengan penulisan aku, baik penulisan di blog ini, di ruangan komen blog anda atau di email.

minta maaf jika komen aku di blog kamu menyakitkan hati. atau tidak menyokong pendapat kamu. minta maaf banyak2. aku jauh sekali ingin bergaduh, tetapi hanya ingin meluaskan pandangan sahaja. aku tidak simpan dalam. jangan khuatir.

minta maaf jika aku reply email dengan cara yang kurang selesa. maaf. itu cara aku menulis. tapi aku tidak berdendam kepada kamu sebenarnya. mungkin aku sedikit tegas dari gaya aku menulis.

tiada sesiapa yang marah dengan aku. cuma aku terasa sendiri sahaja.

terima kasih dan minta maaf

Ini Sedikit gambar di Tg. Dawai.










Read more...

9.1.09

gadis plastik dan kepuraan

2 post satu hari. hahaha

semasa aku menonton cerita penarek becha. aku terfikir tentang apakah yang mempengaruhi sebenarnya? adakah kita yang terpengaruh dengan drama yang dipertontonkan di televisyen atau drama yang yang dipertontonkan itu berdasarkan kehidupan sebenar. isu yang sama diketengahkan oleh hanif dalam komennya kepada aku.

mungkin jalan cerita bagi sesebuah filem itu akan ditokok tambah dengan konflik yang melampau untuk bagi sedap sedikit ceritanya. kesudahnnya ia mempengaruhi minda orang yang menontonnya. sebagai contoh cerita-cerita bersiri remaja barat seperti gossip girl atau wild child atau apa-apalah. Bagi aku, kewujudan gadis-gadis plastik dan kepuraan dalam drama bersiri tersebut hanyalah dilebih-lebihkan dan yang lebih lucu lagi gadis-gadis di Malaysia ini terlampau terpengaruh dengan budaya dalam cerita itu dan ingin mengikut-ikut pula.

Filem ialah sebuah propaganda paling berkesan sekali untuk mempengaruhi masyarakat, kerana ia ditonton semua orang. tidak kira betapa maju kamu, betapa canggih dan urban atau modennya kamu, kamu tetap akan menonton televisyen dan sedikit sebnyak terpengaruh dengna apa yang dipertontonkan. Jadi, jika cerita yang sebenar ditokok tambah konfliknya, masyarakat akan terpengaruh, jadi bila terpengaruh akan wujud budaya yang baru dalam masyarakat, bila wujud budaya yang baru, akan keluar pula cerita mengenai budaya baru itu dan ditokok tambah lagi. makan akan lahir lagi budaya baru. Mungkin ini caranya budaya berkembang. Televisyen.

jika televisyen dipengaruh oleh masyarakat, yakni jalan cerita sesebuah filem atau drama itu ialah kehidupan masyarakat itu sendiri. Maka, mungkin budaya yang baru tidak akan berkembang, tidak kira ia budaya baik atau budaya jahanam. ia tetap di tempat yang sama, kerana apa yang masyarakat lalui, sama dan sebijik dipaparkan dalam televisyen. jadi tidak ada apa yang baru. lebih parah cerita yang ditonjolkan akan menjadi bosan. Pastinya tidak akan menggalakkan makcik-makcik surirumah untuk duduk di depan tv pada jam 2 petang setelah selesai menguruskan hal rumah dan berbincang tentang jalan ceritanya di petang hari dengan makcik-makcik jiran sebelah rumah yang lain.

Aku cuma berharap drama di Malaysia ini lebih berkualiti dan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat. bukannya cerita mengenai orang-orang kaya melampaui batas dan skripnya kebanyakkan ialah, "daddy i punya company..bla..bla..bla"..
ulasan aku makin hari makin tidak berkesan,

p/s: Hans msg aku, meminta cadangan hadiah untuk diberikan kepada sepupunya, kemudian dia mahu aku bagi dia hadiah untuk hari jadinya ynag bakal tiba. hadiah hari jadinya ialah nombor telefon gadis hot. Tidak perlu modal.Haha....tapi die tak mau.



Read more...

Kesilapan aku memilih

hi semua,
aku kini berada di sungai petani, untuk projek pelan kawasan khas atau Special Area Plan. di tanjung dawai. nasib baik kat hotel ni ada wifi. boleh on9 bila balik dari site. Sebagai pengurus projek ini memang sangat penat menguruskan. tapi tidak mengapa. aku telah membuat dua penulisan sebelum ini yang aku tak upload, yang aku hanya tulis di dalam diary aku sahaja. untuk tatapan pembaca aku.

Seperti yang aku cakap dalam penulisan aku yang lepas dengan tajuk keupayaan memilih. Masa aku menulis itu, aku baru lepas membuat pilihan. susah.

Sebenarnya aku sudah silap memilih,

aku tidak tahu macam mana nak betulkan kesilapan aku memilih ini. aku tak boleh patah balik, tapi aku perlu menyelesaikan semuanya.

susah tau nak buat pilihan. jika anda baca, saya sudah tersilap pilih.tapi bagaimana?

P/s: aku pergi sembahyang jumaat tadi. Imam membaca doa supaya orang yahudi dihancurkan, negara Israel dimusnahkan. Aku cuma terfikir, memang la doa kepada Allah itu penting. tapi takkan berdoa dan tunjuk perasaan dan demonstrasi di jalan sahaja?

orang islam sendiri tidak boikot barangan israel, orang islam sendiri tidak berusaha menghancurkan israel. bagaimana tuhan mahu tolong?

perbincangan dengan Remi. dia cakap. dia macam kita ada ayat Bismillah depan rumah, tapi biarkan pintu terbuka, dengan harapan pencuri takkan masuk. berjayakah?



Read more...

2.1.09

kali ke-2009

seperti yang diduga, entri aku yang lepas tidak mengundang begitu ramai pembaca. aku cuma ingin berbincang.

tidak mengapa,

sudah dua ribu sembilan kali kita menyambut tahun baru.

bagaimana tahun baru anda? seperti aku. aku tidak kemana-mana. aku malas untuk pergi ke tempat yang sesak dengan orang dan perlu bersesak-sesak dalam kesesakan lalu lintas.maklumlah, kereta jenama haiwan ku transmisinya manual. jadi aku habiskan malam tahun ku baru di pusat karaoke bersama rakan-rakan.

secara jujurnya, sangat seronok!! menyanyi macam orang gila. lagu nasyid pon dibelasah sekali.

sempat melihat televisyen, orang ramai gila melihat artis kegemaran mereka melakukan persembahan. lebih baik mereka melihat aku menyanyi di pusat karaoke. lebih seronok. haha.

apakah tahun baru ini?

sebenarnya sambutan tahun baru ini adalah alasan terbaik untuk mencari gadis, menghilangkan kedaraan kamu bagi yang perempuan, pertama kali menunggang arak, atau makan pil syaitan. inilah masanya! apa yang ditunggu lagi?setahun hanya sekali.

inilah malamnya mat rempit akan bersuka ria memerah tempat pulas minyak sekuat hati, mat-mat shuffle akan shuffle sesungguhnya, mat-mat yang layan gig akan moshing berpeluh-peluh, mat-mat yang layan konsert di dataran merdeka atau the curve akan mengambil kesempatan melagakan kepala zakar dengan alur punggung gadis. inilah malamnya, masa yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

bila 10 saat lagi tiba waktu tahun 2009, akan berlaku pengiraan, dari nombor sepuluh hingga ke nombor satu. maka bunga api pon akan dilancarkan, masing-masing bersuka ria, berpelukkan, bersorak-sorak.

apalah yang ingin disorakkan?

lebih baik kamu semua pergi menyokong pasukan bola malaysia dengan sorakkan yang begitu kuat

sudah tahun 2009, Malaysia ini diharap lebih maju. pemimpin lebih cerdik dan bijak, pekerja kerajaan menjadi lebih rajin, pelajar lebih berusaha, sistem jalanraya semakin efisyen, dan manusia menjaga alam sekitar.

walaubagaimanapun,

pasti sama dengan penulis blog lain akan mengucapkan selamat tahun baru.walaupon aku terlambat berikutan kesibukan.

jadi,

selamat tahun baru untuk kali yang ke dua ribu sembilan.




Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP