7.12.09

Copy paste lagi. aih.

Jadi aku terdapat satu soalan di email aku. Yang aku rasa aku suka. Sebelum ini banyak gak orang tanya aku soalan-soalan. Tapi yang ini aku rasa berminat untuk copy paste disini. Jadi kalau rajin. Bacalah ya.

Soalan oleh estimaratikonita(bukan nama sebenar)

assalammualaikum...
hye mushi, aku selalu baca blog ko. story ko menarik. aku segan nak tanya kat blog. so aku mendengar nasihat ko supaya guna email saja.
kesah aku macam ni,
ada mamat kat tempat aku keje. dia baru jer masuk kerja kat situ. lebih kurang 2 atau 3 kali aku ada cari pasal sket ngan dia. dia pun ada jugak buat perkara yang sengaja wat aku marah. kitorang tak gaduh directly, biasanya menggunakan orang tengah. dan aku pun tak pernah bercakap ngan dia.


tapi lama lama, aku rasa macam suka kat dia. ermmm susah jugak aku nak explain suka macam mana. tapi tetiba jer aku rasa macam suka kat dia lah. kalau boleh dalam 1 hari tu lebih sepuluh kali aku wat wat terserempak ngan dia. tapi tak tau la dia perasan ke tak. aku tak tau dia suka kat aku ke tak. aku tak tau dia dah ada awek ke tak. ada sekali ari tu aku mengambil langkah drastik dengan menghantar sms kat dia. hampeh! tak balas pun. so aku rasa dia mungkin tak suka kat aku.

tapi kan mushi, dah 2 bulan dan aku masih mengharapkan dia. macam mana ek?
p/s: ko jawab betul betul sket, jgn main main, jawapan ko menentukan masa depan aku nih.
thankz in advanced



Jawapan oleh hafizudin hamdan(ya..ini nama sebenar beliau) a.ka akukopi a.k.a mushi

w'salammaaf lambat sikit reply email ko..

mula-mula kau perlulah tahu status die. sama ada die dah ade awek ke, manalah tahu die dah kawin ke. Barulah boleh start keje.

Tapi untuk mudah aku bagi kau 2 situasi. iaitu dia dah ade awek dan single.

UNTUK ADA AWEK DAH.

Kalau dia ada awek, mungkin itu sebab utama dia tanak layan kau dan dia tak suka kau, tapi mcam biasalah, die tetap lelaki kan, selalu lelaki ada awek macam mana pon mesti die layan jugak.Kalau kau still nak kat die jugak kalau die ade awek ialah dengan cuba cari alasan kerja, masa kau sms tu jangan lah cakap hi terus, lelaki selalnuya tak suka perempuan yang buat 1st move. Nak-nak lelaki yang cool macam kau suka ni, sebab ikut cerita kau aku rasa lelaki ni pastinya hensem, berambut pendek, agak tinggi sikit, berjalan agak bongkok sikit dan kurus. betul?

Bila kau sms kau pastikan message atau perbualan kau tu sedaya upaya berbentuk kerja, contohnya macam, eh..bos cuti eh minggu depan? pinjam tong sampah kat bawah meja kau tu? ade highlighter? pinjam pen. benda-benda kecil macam tu je.

Dan bila kau rasa dia ade awek, elakkan soalan macam "awek sihat?", itu soalan biasa nak tau ade awek ke tak, sebaliknya cuba tanya macam, "cuti aritu aku bosan gila duduk rumah, ko watpe weekend aritu?" dan biasanya laki akan jawab macam,"dok umah je, tengok tv.bla bla", atau keluar tengok wayang." dan masa ni barulah kau celah, "ngan awek?" then nanti die baru jawab.

Perlu diingat jangan la hari-hari kau tegur, cuba selang sehari, 2-3 hari sekali, barulah kau boleh tanya soalan berat sikit pasal awek ke ape ke.
ok?

Teknik buat-buat terserempak tu bagus, tapi jangan lah sampi sehari 10 kali, nanti nampak sgt kau desperate, yg penting janganlah macam tunjuk sangat, cuba act cool, dan paling penting mulakan komunikasi.

Ok, kau hanya akan tahu kau berjaya kalau dia ada awek bila die dah start cerita problem die ngan awek die, masa ni aku boleh kasi kau jaminan 70% berjaya. Pada masa-masa ni paling penting ialah kau layankan je dia cakap, sebab ini teknik biasa lelaki yang ade awek nak start tackle orang. Bila kau layankan, kau kena hipokrit sikit yang kononnya kau adalah berlawanan dengan sikap awek die tuh,

logiknya ialah bila orang ada masalah dengan awek ni, die akan mencari perempuan yang berlawan dengan sifat buruk awek die tuh. Tapi paling penting, kau jangan tunjukkan terang sangat yang kau berlawan, sebaliknya biar dia analisa sendiri sifat kau, sebab orang lelaki biasanya hebat analisis. Jadi kau gunakan kelebihan lelaki tu supaya die boleh analisis kau.
Sebagai contoh, awek die kuat gile babi marah2. Suka maki hamun, Kau janganlah sengal sangat cakap, "i baik, i tak marah-marah, i tak pernah mencarut tau, awww!" kalau macam tu mungkin kau perlu di siku, kau cakap macam, "oh..yeke?.urmm.." ok, cukup. Then dah abis proses tu boleh lah kau ajak die makan ke, apa-apa lah. Yang penting cuba jadi macma sifat berlawan dengan awek dia.

Ok, lepas tu kau kene pandai-pandai, nanti die mesti suka kau, then nak kat kau.

KALAU TAKDE AWEK

kalau die takde awek dan die tanak layan kau ada beberapa sebab, 1. mungkin kau bukan taste die 2. Mungkin die memang tak suka kau 3. Atau mungkin die seorang yang pemalu 4. Mungkin die sangat hensem dan die rasa kau tak layak(lelaki pandang luaran, perlu diingat, tubuh badan pon luaran, bukan dalaman, walaupun ianya di dalam baju. haha.) 5. mungkin die gay 6. mungkin die memang malas nak ade awek. 7. apa-apa saja kemungkinan yang kau dapat buat
Tapi jangan risau, segala kemungkinan itu boleh diubah dan buat dia suka kau.

Kunci utamnay seperti yang aku cakap sebelum ni ialah komunikasi. Wujudkan komunikasi, guna teknik aku cakap kat atas.

Kemudian perlulah jual mahal, jangan tunjuk desperate.

Kau perlu analisis nya dengan perempuan lain, adakah mesra? adakah memang jenis dingin dengan wanita? Atau adakah dia digilai wanita?

Tapi tak kira apa kemungkinan die, kau cuma praktikkan benda yang sama macam aku cakap untuk ada awek, Mulakan perlahan-lahan, jangan terlampau rushing. Jangan tunjuk kau nak tackle die dulu. Cuba carik apa lebihnya kau berbanding orang lain, contohnya kau hebat dalam acara lompat tinggi. Cuba cari kesempatan untuk kau tunjuk kau hebat dalam acara lompat tinggi atau lari berganti-ganti.. Tu contoh jelah.
Kadang-kadang lelaki ni suka sebab awek dia terer. So dia akan macam teruja lah.

Ok?

Urm.. bagi aku 2 bulan mengharap dia adalah satu tempoh yang cukup lama lah. Aku rasa kau betul-betul suka,jadi cuba lah tackle, tapi tolong, jangan nampak desperate, jangan kasi die rimas kat kau, lagi ok kau kecewa sendiri daripada kau tahan malu gila babi kalau die cita kat semua orang betapa desperatenya kau kan?
ok.?

eh..boleh aku copy paste benda ni tak letak kat blog aku? nama kau aku buang lah. Belakangan ni takde idea lah. huhu.kalau takleh takpe.
Yang ikhlas

-akukopiguarockgilababi-


Mesti malas nak baca kan? haha

21 carutan balas:

admin@blogdiloz.com 7 Disember 2009 pada 11:54 PTG  

mushi,aku nak tambah boleh?

1)kalau dah rapat dan hampir-hampir dapat,jangan cuba cerita masalah yang remeh temeh.lelaki tak suka.

2)PAKAI SEKSI KE TEMPAT KERJA.

Tanpa Nama,  7 Disember 2009 pada 11:55 PTG  

haha dulu aku ade pglmn camni jugak. laki tu hensem, berambut pendek, agak tinggi sikit, berjalan agak bongkok sikit dan kurus. sebijik mcm ko describe. n aku gune teknik ni la. msg die demi kerja konon2. lame2 jadi borak2 ringan. lame2 die yg tiap2 hari msg. kire teknik ni bkesan jugakla. n btahan 3thn da ni. so all the best ye estimaratikonita! :)

Tanpa Nama,  8 Disember 2009 pada 12:06 PG  

"Nak-nak lelaki yang cool macam kau suka ni, sebab ikut cerita kau aku rasa lelaki ni pastinya hensem, berambut pendek, agak tinggi sikit, berjalan agak bongkok sikit dan kurus. betul?"

err.. asal ko macam pakar sangat apa yang pompuan suka eh? cet. ko pakar ke? eheh.

sebagai seorang pompuan, aku suka entri ini, dan aku pasti ramai pompuan yang suka entri ni gak :)

mushi, aku sangat teringin ko buat satu entri "ciri-ciri lelaki bila dia suka kat pompuan". agak2 perangai dia camne, tak kira lah time dia bersembang ke, dalam sms ke, ape2la.. cuba terangkan dengan kitorang yang teringin sangat nak tau ni..

aku sangat menghargainya...

.:fifi:. 8 Disember 2009 pada 12:30 PG  

ak ske dowh bc..
da 3 kali ulng neyh..
huhu

Tanpa Nama,  8 Disember 2009 pada 1:09 PG  

huhuh...

advisor yg baek!!

actually mmg byk gitue kan..

mula2 benci lame2 shuke!!

kesimpulannyew...padan muka!!!

Ain bintu Amir 8 Disember 2009 pada 3:17 PG  

wah2! teliti gile bagi petua2 neh~ huhu.. tapi tu la, yg penting jgn menaruh harapan.. hoho

iyllienaz 8 Disember 2009 pada 3:37 PG  

aku pon suke gile entri ni..ko mmg pakar la wey..aku sokong gak tanpa nama nye comment..

AkuKopiKauSiapa? 8 Disember 2009 pada 8:55 PG  

fezal:
bagus2.

diloz:
no1. btol.. no.2 mmg tak boleh blah.hahaha

tanpa nama pertama:
ahaha..bagus2. tahniah kepada kau

tanpa nama kedua:
sbb semua kawan aku yang rupa macam tu, aku tau diorang jenis malas layan perempuan dan jual mahal. mungkin aku perlu tambah, pelajar uitm selalunya macam tu. haha

aa..sebenarnya aku ingin kurangkan entri pasal isu gadis dan lelaki, berikutan ianya terlampau menarik gadis-gadis ke blog ini, aku nak pembaca lelaki yang lebih ramai. haha

bettersingle:
wah..siap ulang-ulang. gile best.huhu

ghostone:
aa..ye..ko tak reti spell btol2 ke?

faizal:
malangnya ia untuk perempuan sahaja

noin:
detail tu penting, sbb ianya diluar sedar, jadi kau takkan perasan kau dikawal bila kau guna detail.

ilyienaz:
mungkin sebab tu nabila farhana suka aku. hahaha

Tanpa Nama,  8 Disember 2009 pada 3:43 PTG  

haaa...pelajar uitm camtu??giler lah detail.

aku rasa jawapan kau ni lebih praktikal dan berguna daripd jawpan kat suratkhabar yg playsafe..tpi apa pun tarak,

-Encik Manis- 8 Disember 2009 pada 8:38 PTG  

wahh..
secara tidak langsung...
blog kopi yg katanye rock ini..
terus bertukar jd kopi dangdut...
dgn entry yg agak mencabar minda konsepnya..
aiyyoo...
mau jd pakar motivasi umahtgga kah?

[z@ck] 9 Disember 2009 pada 2:18 PG  

wah..
boleh ada column sndri ni dlm paper..

sesi soal jawab percintaan bersama akukopi..

eheeh

diLa 9 Disember 2009 pada 2:57 PG  

haha. bagus. aku suke cdngan2 yg dilontarkan.
dila likes this.

*bilelah entry komen/blog nak ade link cm fb!;p

Tanpa Nama,  9 Disember 2009 pada 6:36 PG  

klo dia suami org tp ngaku bujang cmne? ehe~

ak bersyukur sume lelaki yg ak xske mmg xpnah ak ske ngee~
abes la ego ak klo tetiba ak tersuka org yg ak mmg xske

abeautifulmind 9 Disember 2009 pada 10:15 PG  

nice entry as usual .
aku bace smpi habes weh ! :)

Tanpa Nama,  12 Disember 2009 pada 6:52 PG  

sgt baek tips ini.
tetapi yg benar nya jgn lah plih kumbang yg trlalu gagah pdhal kita bunga kertas jeh.tapi biarlah kumbang lihat bunga kertas mnjadi satu bunga jeh dlm dunia nih.

Mami Booluck 25 Disember 2009 pada 1:58 PG  

akukopi mmg hebat gila la bab kasi idea...hebat hebat..

saya pon pernah mintak tips dari akukopi sebenarnya..sweet =)

A 10 Januari 2010 pada 6:19 PTG  

what camera r u using? the pic is nice..

A 10 Januari 2010 pada 6:20 PTG  

Voleh I copy paste dis??
Lawaklah..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP