18.11.09

hari ini 33 : review semester satu

mula-mula aku ingin ucapkan tahniah pada diri aku sendiri dan sesiapa yang belajar dengan aku. Sebab dah habis sem satu. Tahniah juga kepada pembaca blog aku sebab cuti-cuti begini selalunya aku terlebih rajin update blog. Nanti entah apa sahaja yang aku akan tulis. JAdi kalau suka kau baca lah. Jadi, review semester satu huh?

1. projek studio yang agak membosankan, harap sem depan lebih seronok dan boleh banyak eksprerimentasi dengan lebih.

2. Mari belajar menilai, melihat details bukan cerita, mendengar bunyi bukan suara.

3. Sem ini lah duit aku paling banyak habis, sampai ada satu masa aku tinggal 30 sen, kete takda minyak, makan roti dengan jem strawberi yang zul belikan. terima kasih zul sebab kasi aku pau rokok kau jugak.

4. Nabila Farhana lebih comel dari biasa dari hari ke hari. Aku pelik apasal.

5. Semua akak-akak aku yang disayangi dah kahwin, membuatkan aku rasa nak kahwin jugak, kahwin kenduri kecik-kecik pon jadiklah. haha

6. Makin kurang tumpuan dalam kelas, kalau dulu aku boleh cerita balik apa Dr. Azeez cakap dalam kelas dari mula sampai habis. Malangnya sekrang tak lagi, mungkin dah terlampau muak dengan isu jalanraya.

7. Aku betul-betul bersemangat nak berbasikal ke kelas semester depan.

8. aku sekarang layan Gossip Girl. Macam sial tak? aku patut cakap character yang ada dalam cerita tu bagus. Details dia bagus. Kiranya character dalam cerita tu memenuhi pattern manusia. dulu aku pernah cakap manusia ni ada pattern kan?

Jadi dalam cerita tu dia tunjuk kalau perangai satu orang ni macam tu, perkara-perkara lain yang dia buat akan mengikut pattern dia. Aku harap kau faham apa aku cakap ni.

Bagi aku kekuatan dalam drama ialah karakter, karakter yang memenuhi pattern manusia. Jadi bila kita tengok drama tu, kita akan rasa macam real life, logik dan seperti di sekeliling kita.

Jadi penting untuk kita kaji pattern manusia untuk "tackle" manusia tu sendiri.


Maaf, entri pertama selepas cuti memang kebiasaannya bosan sikit. Nanti bila dah balik melaka esok harap-harap banyak isi datang.

Jumpa lagi, moga panjang umur.

13 carutan balas:

alefah 18 November 2009 pada 9:13 PG  

cepat2 kawen lah cam2,haha

semangat kO nak bebasikal ek,
bagus tu weh!

donad 18 November 2009 pada 11:13 PG  

ok,tajuk post kau sama ngan aku.heheh

misz benida 18 November 2009 pada 4:35 PTG  

haha..aku lyn gossip guy..
ko nk kawen??nti aku tackle tea utk ko..nk??

Perempuan Berketinggian 151cm 18 November 2009 pada 4:45 PTG  

gossip girl best seh!
sebab in real life,memang betul2 wujud orang2 yang macam tu.

Unknown 18 November 2009 pada 5:52 PTG  

eh?ko baru sem satu ek kopi?
eceeh.
saje je buat tanya.

hans 19 November 2009 pada 1:19 PG  

gossip girl best ke?
aku baru habiskan ugly betty
pasnih try layan gossip girl plak lah

pensukebulan 19 November 2009 pada 2:13 PG  

oh sangat bagus. selamat kembali aktif berblog.

weh ko baru sem 1? adekah sambung master?

Tanpa Nama,  19 November 2009 pada 3:08 PG  

dah lama x singgah. awk dah cuti. accap kata jom ajak awk dan nabila farhana lepak bersama nanti capit pon balik.

AkuKopiKauSiapa? 19 November 2009 pada 4:08 PG  

aliefah:
takda duit.

kak dee:
tak sengaja daa..

benida:
tackle tea?

khadijah:
urm. btol.

pije:
tahun ketiga, sem satu. huhu

hans:
ugly betty pompuan tak cun lah. gossip girl perempuan cute sikit. ahaha

pensukabulan:
sem satu tahun ketiga.

bee:
sy nak lepak ngan acap ngan capit. tanak ngan awak.

Mimie Hamdan 19 November 2009 pada 5:47 PG  

betulllll.. hari tue mimie jumpa hana... mmg dia bertambah comel... apesal erkk... ko tanya dia makan apa..? aku nak jgk.. hahaha..

Zuralimusa 19 November 2009 pada 9:39 PTG  

gossip girl org status tinggi.
yg low-class tak tunjuk sgt.
tak real sgt~
upper-east sider la katakan.

ainisz,  20 November 2009 pada 4:16 PG  

no 4 tak tahan.

tapi aku suka rambut nabila farhana
sekian.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP