18.9.09

Sesuai dibaca untuk golongan dalam masalah masa

kek boleh dibahagi-bahagi. Jika kita ada 5 kawan. Maka pastinya kita boleh bahagikan kek tersebut kepada 5 bahagian yang sama rata dan setiap mereka dapat perasaan memakan kek tersebut dengan nikmat yang sama rata.

Ianya sama seperti masa, ada 24 jam dalam hidup setiap orang. Kebijaksanaan membhagi masa kepada setiap orang contohnya seperti kepada keluarga dan juga kepada kawan akan memberi kepuasan yang sama. Atau mungkin lebih kepada pihak yang lebih disayangi, cuma keutamaannya yang mana satu. Jika sama-sama utama, maka bolehlah dibahagi dengan sama rata dan setiap mereka dapat meluangkan masa dengan kualiti yang secukupnya.

Berbeza dengan perasaan dan kasih sayang, perasaan tidak boleh dibahagi, kita tak boleh mahu kurangkan kepada individu ini dan melebihkan kepada individu yang lagi satu. Tiada rasionalnya. Malah tidak mungkin terjadi. Tetapi yang boleh dibahagi dalam perasaan ialah cara memebri kasih sayang tersebut. Cara menunjukkan kasih sayang tersebut tidak boleh dikira dalam bentuk berapa banyak masa yang di habiskan kepada sesatu individu atau berapa besar kek yang diberi kepada sesatu individu. Kerana, ianya berkaitan perasaan.

Kasih sayang boleh diberi seluruhnya kepada semua individu dengan sepenuh-penuhnya tanpa kurang. Kerana ia infiniti. Tidak boleh habis. Tidak kering.

Cuma pilihannya ialah, perlukah diberi kasih sayang tersebut.

3 carutan balas:

a . i . n 19 September 2009 pada 8:26 PG  

aku suka post ni. perasaan bersifat infiniti. kasih sayang diberi lebih baik daripada kau harapkan sangat kasih sayang dari individu tersebut.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP