5.7.09

pasal filem dan lain-lain

hi, sejak dah abis kerja ni, aku selalu tidur petang, kurang naik tren, banyak tengok tv, banyak on9, kurang makan, kurang keluar. Ini semua perkara-perkara yang akan buat aku kurang berfikir, jadi memang nak update blog susah sikit la, jika ada di antara kamu yang tanpa sebab kukuh menunggu aku update blog, minta maaf ya.

OK,

1. Aku suka filem yang setiap orang ada wataknya yang tersendiri, wataknya jelas, bukan watak jenis pemarah atau pon seorang bengis. Wataknya jelas, mungkin seorang yang masa makan die menyanyi dulu, atau bila mara die akan melakukan tekan tubi. Tak tau apesal, aku suka cerita macam tu.

2. Cerita yang banyak teka-teki juga aku suka. Cerita tu boleh jadi perlahan, terlampau perlahan, membosankan, tidak perlu sinematographi yagn melampau, tapi banyak teka-teki perlu diselesaikan. sebagai contoh cerita-cerita m.night shymalan.

3. Cerita yang mengeksploitasikan wanita sebagai penarik. Macam cerita transformer 2, yang mana megan fox menjadi terlampau hot dan terlampau seksi. Gerak perlahan dalam larian untuk menunjukkan ayunan buah dada. oh, klasik.

4. aku tak suke cerita-cerita hero yang terlampau hebat. Hero kalah dulu baru lawan balik. Hero yang boleh buat apa sahaja. Tapi aku rasa james bond yang baru-baru ini aksi dia seronok. Aksinya keras, kasar. Bagi aku sesuatu yang baru bagi filem aksi. Gerakannya tidak lembut.

ok, hal-hal lain,

5. Perkataan lain bagi popular ialah "terkenal". Jadi imbuhan 'ter' itu selalu digunakan untuk sesuatu yang tidak sengaja sebagai contoh 'terpijak' atau 'tertendang'. Maknanya maksud bagi perkataan 'terkenal' ialah menjadi 'popular' dengan tidak sengaja. Beza dengan perkataan 'terbaik' atau 'terhebat' ialah 'terkenal' menggunakan imbuhan dengan kata kerja.

Imbuhan = 'ter' dan kata kerjanya ialah 'kenal'. Jadi kesimpulannya perkataan 'terkenal' itu ialah sesuatu yang tidak sengaja sama seperti perkataan 'tertendang'. Jadi jika kamu 'terkenal', jangan terlampau perasan, sebab itu semua tidak sengaja. Nanti kamu akan 'terjatuh'.

10 carutan balas:

Akmar Anuar 5 Julai 2009 pada 9:24 PG  

""Jadi jika kamu 'terkenal', jangan terlampau perasan, sebab itu semua tidak sengaja. Nanti kamu akan 'terjatuh'.
Read more...
Anda mungkin juga meminati: ""

aku suke ayat tuh ;)

a . i . n 5 Julai 2009 pada 10:47 PG  

aku pun suka filem yang ada watak jelas. filem melayu susah nak buat benda macam tu. memang lah jelas macam watak yang tak logik kadang-kadang. tapi seronok untuk dilihat dan tak bosan.

james bond baru memang bagus than before. tak semua hero mesti hebat.

pasal terkenal tu setuju. haha...

pacik raman,  5 Julai 2009 pada 11:51 PG  

mushi, aku ade layan satu filem ni, hero x berape nk kacak, plot cite ter sangat3 menarik bg aku, tp cite ni mmg agak sadis sampaikn aku berharap dpt masuk monitor lalu menolong hero itu..u should try..Oldboy (2003)

*teori 'terkenal' kamu itu buat aku berfikir...salute!!

Meooo Comicore Club 5 Julai 2009 pada 12:23 PTG  

layan katun jer...

xde ganas, xde adegan panas, dan xde main2 emosi penonton

cik nurulain 5 Julai 2009 pada 7:03 PTG  

eh, dalam kau jarang berfikir pon ada gak benda pelik yang kau TERFIKIR ek?

penjelasan pasal terkenal tu ciptaan kau sendiri or kau amek dalam buku nik safiah?

AkuKopiKauSiapa? 5 Julai 2009 pada 8:28 PTG  

akmar:
baguslah kalau suka..

ain:
cerita adflin shauki selalu buat macam ni.

pacik raman:
kau ni mcm kenal aku, tapi aku tak tau kau sape..ok. nanti aku try download.

meo:
katun??gile bosan.

ainisz:
aa..kadang2. Terkenal itu aku terfikir semasa tengok cerita wondergirls semasa aku menulis entri ini, kalau tak mesti aku qoute kan aku dapat dari mana. tak taulah kalau ada orang lain pernah cakap sebelum ini, mungkin tidak sengaja.

penting sangat ke tentang siapa yang cipta? yang penting aku kongsi. dan siapa nik safiah?

Unknown 6 Julai 2009 pada 5:29 PG  

wah.
kau tahu watak macamman yang kau suka.
baguslah.
aku tak tahu aku suka watak apa.
selalu aku jatuh cinta pada watak yang berlainan.
asalkan watak itu boleh buat aku rasa meremang bulu roma dah cukup aku suka.
ada dulu skali aku jatuh cinta dengan mamat pengembala gajah dari thailand y dtg ke pekan buat persembahan.
bodoh gila.
dua hari berturut aku tgk.
chooooi.

Tanpa Nama,  6 Julai 2009 pada 7:57 PG  

eh tak silap aku cikgu aku cakap 'ter' tue maksud dia paling. yang paling baik, paling hebat, paling kenal.. hurm.. ko check kat kamus dewan bhs tak nie? :P

AkuKopiKauSiapa? 6 Julai 2009 pada 8:13 PG  

tanpa nama:
jadi kalu tertendang itu paling tendang?

ter itu boleh jadi sesuatu tidak sengaja atau paling..jadi biasanya ter yang dicampur dengan kata kerja, jadi tidak sengaja dan kalau campur dengan kata adjektif akan jadi paling.

jadi terkenal jadi sesuatu yang tidak sengaja lah kan?

aku tak check kamus. ini cuma pandangan aku sahaja.

memang nampak mengarut pon. haha

cik nurulain 8 Julai 2009 pada 4:29 PG  

nik safiah tak kenal? itu penulis buku tatabahasa kaler ijau. zaman sekolah cikgu paksa khatam buku tu. tak tau lah kalau kau tak tau buku tu.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP