8.7.09

lelaki gula-gula

Sebenarnya aku malas nak tulis benda ni. Tapi jujur aku takde idea. jadi tulis jelah. urm..aku pernah tulis macam mana nak tackle gadis, macam mana nak tackle lelaki, macam mana nak jadi sundal dan digilai lelaki, macam mana nak digilai gadis. ape lagi? macam-macam aku rasa. Cuba sendiri tengok arkib blog aku. baca lah dibawah label isu lelaki dan perempuan.

OK,

menjawab soalan iaitu macam mana nak tau lelaki sweet-talker atau aku panggil lelaki gula-gula. Maaf ya orang yang tanya aku soalan lain-lain, soalan-soalan kamu kadang-kadang sukar nak dijawab, jadi aku jawab yang mudah dulu ya. Nanti masa aku isap rokok tiba-tiba terdapat idea aku kongsi sama kamu semua.

1. Kalau ada gf selalunya dia akan cerita dekat gadis yang dia ingin tackle pasal keburukan gf dia sendiri. Ini trick biasa. Nanti dia akan cerita yang gf dia tu banyak masalah la, selalu keluar dengan lelaki lain lah, apa-apa sahajalah. Yang penting dia akan banyak cerita dekat kau pasal masalah dia dengan gf dia. tiada cerita yang baik. Ini untuk menghilangkan rasa bersalah kau terhadap gf lelaki tu. Kiranya, nanti kau fikir, "dia dengan gf dia pon tak betul sangat, so tak kesahlah kalau aku lepak-lepak dengan dia"

2. Mungkin juga dia akan cakap yang gf dia jenis tak kesah untuk biarkan dia lepak-lepak, ronggeng-ronggeng dengan gadis lain. Ini semua untuk hilangkan rasa bersalah kau dan supaya kau tak menolak kalau dia ajak ko pegi ronggeng-ronggeng.

3. Mungkin 2 point di atas tak menjawab soalan. tersalah, tapi malas nak delete. ini bukan soalan karangan pon.

4. lelaki gula-gula ini ada macam-macam sebenarnya. Ada saja hobi, seronok tengok gadis gedik-gedik kena puji(ini seronok), untuk tackle, untuk dapat seks mungkin, untuk pau duit juga, apa-apa lah.

5. Lelaki gula-gula ini selalunya berlebihan sikit. (ini bukan sweet talker jenis puji-puji tau, ini jenis cakap jiwang-jiwang, jenis fuck la senang cakap, mat belia punya gaya. jenis puji-puji ni dia lain sikit). Kau pasti dapat tau melalui caranya yang bodoh. Ayat yang digunakan dimulakan dengan "sayang...(+) perkara-perkara jiwang(+) perkara-perkara yang tak baik yang dia mahu."

6. Tanpa sebab yang kukuh, lelaki gula-gula murahan ini selalunya menepati salah satu ciri dibawah, rambut berkilat, bermisai, berbadan jenis sedap-sedap, rambut jenis berombak dan sering berkemeja. Aku tak tau apesal, selalunya aku nampak yang begini.

7. Jika ingin tahu dia ingin benda-benda tak baik seperti buat ingin seks, mahu pau duit atau apa-apa. Sial rujuk point nombor 5.

8. Bagi yang jenis saja puji suka tengok gadis gedik-gedik, selalunya dia akan puji orang yang gedik jugaklah. Orang-orang begini bukanlah sweet-talker yang jenis cibai, sebab dia cuma mahu ingin menceriakan hari anda. Saja mahu kasi kau berbunga satu hari. Jadi tiada masalah sangat. Cuma kalau hari-hari puji orang sama, benda yang sama, mungkin akan jadi menjengkelkan sedikit.

9. Untuk tackle, cakap-cakap manisnya akan berunsur menceritakan tentang gf lamanya.
konon nak tunjuk baik dan betapa kalau kau jadi gf dia memang bahagialah. Mungkin ada beberapa cerita yang akan ditokok tambah. ayat paling biasa aku dengar ialah "dulu saya sayang gf saya tapi saya lepaskan, kali ni taknak lepaskan orang lain pulak". Maaf ayat ni macam pukimak. Tapi kebanyakan orang akan guna ayat ni tanpa sebab yang kukuh, selamat aku tak penah guna.

10. Kadang-kadang ade gadis suka dengan lelaki gula-gula ini. Supaya rasa berbunga setiap hari. Seronoklah kan? aku tidak kisah sangat orang cakap benda manis-manis untuk tackle atau saja suka-suka. Tapi untuk dapat benda tak baik tu aku rasa bodohlah. Banyak lagi trick lain boleh guna.

11. bye

21 carutan balas:

Thumbnail 9 Julai 2009 pada 1:25 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Thumbnail 9 Julai 2009 pada 1:26 PG  

haha
setiap point ada saja carutan

NeeNee 9 Julai 2009 pada 2:52 PG  

Hye en. Kopi...karya kamu best..(contoh gula2..tapi ini gula2 betul)

Cakap Gula2 berlebihan memang menyampahkan..tapi kalau gula-sedikit agak menyenangkan...

kadang2 cakap gula-gula + sedikit ketegasan + keyakinan semasa bercakap dgn orang boleh membantu kita (cth: masa buat presentation depan bos @ client) xD

Doraa 9 Julai 2009 pada 5:19 PG  

point nombor 1 & 2 betul bg pendapat aku. sebab tu step yang lelaki guna untuk menjadi lelaki gula-gula.

ha, mcm tu lah.

miss d 9 Julai 2009 pada 6:02 PG  

tips untuk menghadapi laki gula2 ini tadekah incik kopi?

hehe.

Unknown 9 Julai 2009 pada 8:30 PG  

alaaa.
kenapa kau pakai lelaki mcm list kau sebagai gula2?
aku pggl org y aku suka gula2.
sbb walaupun tak sedap mana gula2 tu ia tetap manis.
rosak gula2 dlm kamus aku.
arghhh.

Tanpa Nama,  9 Julai 2009 pada 10:19 PG  

haha..entry yg menarik
jujurnya aku xsuka sweet talker.
menyampah betul aku. rasa mcm nak bagi pelempang free je.
xda keje nak cr keje.
aku kesian kt perempuan yg innocent,takut nnt diorg percaya ngn c sweet talker nih

Tanpa Nama,  9 Julai 2009 pada 10:23 PTG  

aku setuju dgn point no 9 dan 10 tu. aku penah ada bf yg sweet-talker mcm point no 9 yg ko tulis tu.

kalau takat ayat ni ok lagi; "dulu saya sayang gf saya tapi saya lepaskan, kali ni taknak lepaskan orang lain pulak".

ni dia suke janji. ayat pergh manis gile cam syial.

"saya sentiasa ada untuk awak.."

"saya nak awak je yg jadi isteri saya dan ibu kepada anak2 saya"

arghh macam2 lagi lah.. cam babi kan?

~shh~

a . i . n 10 Julai 2009 pada 4:04 PG  

haha... aku suka nombor sebelas..

Aisyah 10 Julai 2009 pada 6:32 PG  

ingatkan entry psl lelaki yg suke makan gula-gula.. cis.

*tgh mkn gula2.

Cikpuanmuda Juju 10 Julai 2009 pada 8:17 PG  

hye kopi : aku tak tanya pandangan ko kat cn..oleh kerana kdg2 aku rasa pemikiran ko ney bolh dterima otak aku ney.hahahha...
ader one guy..yg aku langsung tak kenal dier saper..pnh juper beberapa kaly tapi aku tak tegur dia.dia tak tegur aku.muka dia very soft n aku blh ckp tergolong dlm muka org baek n very d pendiam.
tapi ko pun maklum org pendiam ney la yg plg bahaya..
so d story is one day dia contact aku n bcerita yg dia baru putus cinta..
aku tkejut n kaget knp msty cerita pada aku.
ko rasa lelaki ini?

Cikpuanmuda Juju 10 Julai 2009 pada 8:19 PG  

oops sorry..typing error..aku nak tanya pandangan ko..huhuhuhu

penjaga aib,  10 Julai 2009 pada 3:08 PTG  

miss juju, se elok eloknye hal personal begitu elok diajukan terus ke emel encik kopi...x manis..

syafiqa salim 10 Julai 2009 pada 11:31 PTG  

lelaki gula-gula..
aku cukup menyampah.
cuba jadi lelaki yang rilek2 aja..x yah nak jadi gula ke, madu ke ape ke

Cikpuanmuda Juju 11 Julai 2009 pada 6:49 PG  

penjaga aib : baik...aku faham.aku x email kopi.

AkuKopiKauSiapa? 11 Julai 2009 pada 11:04 PG  

miss juju:
aku rase cerita ko pelik, dan bagi aku, lelaki tu desperate. dan aku rasa penjaga aib tu betul.

yang lain:
nanti aku reply komen kamu semua, baru balik bercuti, penat sedikit.

lizabaik 11 Julai 2009 pada 7:58 PTG  

dh lame x gune pekataan ronggeng huuuu

.::annemishi::. 15 Julai 2009 pada 3:29 PG  

betul kot.. certain laki yg sweet talker nih.. huhu.. crita psal slah gf dia.. konon2 mnx smpati la.. mcm dia x brslah.. then.. dia usik2.. ayat bunga2.. cessss....

haih~~~~ =.="

balqissy 17 Julai 2009 pada 12:48 PG  

ahah. 12. setuju! tapi, saya memang suka lelaki gula-gula. ehehe suka tengok expression dorg ile kite ngade2 wat gedix. ala.. 2 way communication. pergh! =P lalalal~

A E D A 11 Disember 2009 pada 3:22 PG  

point 1 : camane kalau die memburukkan ex dia + diri dia sndiri, dengan alasan nak jujur pada awek yg dia nak tackle tu, nak awek tu kenal siapa diri diasebenar benarnya.

is that considered as a gula2 man?

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP