4.6.09

penyelesaian bagi hidup dalam mimpi

salam dan hi untuk semua pembaca. Ini bukanlah skrip sepenuhnya untuk cerita pendek aku. Ini lebih kurang konsep sahaja, bak kata reverie, dari pepatah cina, seburuk-buruk tulisan adalah lebih baik dari sebaik-baik ingatan, Jadi baik aku tulis sahaja.

Jadi begini konsep ceritanya,

Ceritanya pasal ada satu mamat ni, jadi aku beri nama dia Saiful sahaja. Kalau aku beri nama Kordi atau Masvani atau Apricitukali terlampau pelik pula. Jadi aku beri nama Saiful.

Saiful ada awek, aku kasi nama Nabila Farhana.

Nabila Farhana merupakan pekerja kilang yang biasa, jadi kerana ini konsep sahaja, nak dijadikan cerita Nabila Farhana telah diculik. Ke tempat yang sangat misteri, sangat tak tahu dan sangat pelik, seperti alam lain. (babak ini lebih menunjukkan kepelikan tempat Nabila Farhana diculik, dan kemisterian tempat itu)

babak Saiful,

Saiful telefon-telefon Nabila Farhana tak angkat. Hanya keluar suara pelik-pelik sahaja. Saiful sudah gelisahlah. Tanya-tanya kawan-kawan dia semua tak tau. Penat Saiful carik Nabila Farhana.

Malam itu Saiful baring-baring atas katil, tangan letak kat kepala fikir mana pergi ini Nabila Farhana yang comel itu. Samapi pukul 4 pagi saiful tak tido lagi. Rokok 4 kotak sudah habis. samapi duit Saiful dah habis, saiful beli rokok Saat untuk rokok yang terakhir. Maklumlah, pukul 4 pagi ATM dah tutup. Itupon Saiful terpaksa curi duit syiling mak dia atas peti ais.

Habis kotak rokok terakhir Saiful tertido, tak tahan mengantuk lagi. Dalam tido Saiful mimpi, mimpinya agak misteri. Sebab ini konsep sahaja, senang cerita mimpinya macam bagi klue yang membuatkan penonton perlu berfikir apakah maksud bagi mimpi Saiful.

Kiranya, aku nak dalam cerita aku ini, penonton atau pembaca cerita aku ini akan teruja dan memikirkan klue-klue yang Saiful dapat dalam mimpi. Supaya teruja, Saiful akan sengaja salah dalam menafsirkan klue-klue dalam mimpinya. Supaya penonton akan cakap,bodoh punya lelaki!".

ok, mimpi Saiful ini akan bersambung-sambung, klue-klue dalam mimpinya adalah teka-teki yang pelik dalam proses mencari penculik. Maknanya, Saiful perlu selesaikan klue-klue yang pelik dalam mimpinya dan perlu menyelesaikan dalam kehidupan yang betul.

Sementara Saiful carik, akan tunjuk babak-babak bagi Nabila Farhana, bagi scene Nabila Farhana, Nabila Farhana sendiri tak tau dimanakah dia atau siapakah yang menculik dia. Dia tau dia duduk serumah dengan penculik itu, tapi dia tak boleh keluar, dan dia tak pernah tengok muka penculik itu dengan jelas,mungkin hanya nampak belakang penculik itu sahaja, nampak kaki, dengar bunyi sahaja. Bukan sahaja penonton tak tau siapa yang culik, Nabila Farhana sendiri pon tak tau.(bagi sesiapa yang mungkin cuba meneka penghabisan cerita ini ialah penculik itu ialah Saiful sendiri. Anda silap, teruskan baca sahaja)

Jadi nak pendekkan cerita kerana ini konsep sahaja, bukan cerita yang betul,

Saiful sudah hampir dengan penculik itu, dia dapat rasakan klue-klua dalam mimpinya sudah hampir membawa kepada penculik. Sebelum tidur Saiful harap kali ini klue-klue akan terus membawa kepada penculik.

Saiful isap rokok lagi, malam itu dia betul-betul ingin bersedia,

Mimpinya kali ni lain, tidak lagi pelik-pelik, kelihatan agak jelas, macam real lah senang cakap.

Dalam hutan, Saiful jalan-jalan, sampai satu rumah, dia masuk, nampak bayang-bayang, Saiful intai-intai ikut tingkap nampak macam belakang Nabila Farhana. Tiba-tiba pandangan Saiful ditutup dengan belakang penculik itu. Nampak penculik itu pegang belakang Nabila Farhana, Nabila Farhana pula macam layan stim saja.

Saiful sudah panas, terus dia rempuh pintu. Nampak terang terus muka penculik itu. Mukanya lain, tidak macam biasa. Mungkin mahu senang cakap macam muka makhluk-makhluk dalam filem "The hills have eyes". Orang yang saiful ingat Nabila Farhana itu tadi bukan Nabila Farhana sebenarnya. Kedua-dua makhluk itu senyum, nampak gigi-gigi hitam, memang takutlah senang cakap.

Saiful sudah menggigil, dia sudah kena tangkap, sudah masuk perangkap makhluk itu. Saiful sudah tak tahu nak buat apa. Saiful sudah terperangkap dalam mimpi. Nak pendekkan cerita kasi senang, Saiful kena tangkap oleh makhluk pelik itu dan terperangkap dalam mimpi sendiri.

Didunia luar,

Saiful terus tidur selama-lamanya.

-tammat-

p/s: maaf, aku memang suka endingkan cerita dengan sesuatu yang mengecewakan

p/s kedua: aku perlu pikirkan sesuatu yang misteri dalam klue-klue yang Saiful terima dan bagaimana untuk membuat penonton atau pembaca teruja.

tak apa kalau malas baca, ini aku tulis supaya aku ingat je. huhu.

12 carutan balas:

Aisyah 4 Jun 2009 pada 9:05 PG  

la. ha'ah, agak hampa skit la baca hujung die. laaaa... tu je bleh kata.

tp mcm ade gaye cite2 pendek kat chanel hallmark tu. ending2 yg mcm buntu buat org tak paham ape motif cerite sbnrnye.

Unknown 4 Jun 2009 pada 10:12 PG  

hmmm.... bagus jugak kalau buat short movie nih (eh, betul ke aku cakap tuh?)

apa kata realisasikan, cari volunterr untuk berlakon, buat cite....

=)

nur_syahida 4 Jun 2009 pada 1:55 PTG  

sapa nak bantu nabila farhana yang comel tuh

reverie 4 Jun 2009 pada 4:36 PTG  

Kalau buat dekat India filem cam ni, penonton bakar wayang bila ending dia. haha. Tak pasal masuk nama aku, terima kasih bagi publisiti cam gini. haha.

George M. 4 Jun 2009 pada 5:47 PTG  

haha.
baru nak layan stim bace.
tp ending agak2 mcm filem seram hollywood lah.
biase nya mengecewakan.
contoh: cerita Mirror.
hahaha
pape pn, ak tabik skill bercerita kau.kau pernah masuk ptandingan bcerita peringkat sekolah-sekolah asia ker?hoho

Unknown 4 Jun 2009 pada 6:36 PTG  

kopi.
mengapa ending cerita kau seperti rashid sibir?
sedih tau.
urkhhh.
aku suka mimpi.

thoyol 4 Jun 2009 pada 8:31 PTG  

mcm brit movie..
ending surely mengecewakan.

too much twist.. tsk..

beeRamza 5 Jun 2009 pada 12:26 PG  

sebenarnye Nabila tu tak kene culik pon kan? die takmo angkat tlefon sbb fred up ngn Saiful y kejenye asyik isap rokok n tido aje..kunun2 dpt firasat lam mimpi..

kan? kan?

hans 5 Jun 2009 pada 4:59 PG  

Wai berkata...

hmmm.... bagus jugak kalau buat short movie nih (eh, betul ke aku cakap tuh?)
apa kata realisasikan, cari volunterr untuk berlakon, buat cite....
=)

Hans berkata...

Akulah volunteer....haha

Zulfadli Zainal 5 Jun 2009 pada 8:01 PG  

mungkin nabila farhana x pernah wujud dan ini adalah obsession saiful terhadap illusion nye?

aku teka saja.haa.

AkuKopiKauSiapa? 5 Jun 2009 pada 9:01 PG  

isya:
oh ye? aku jarang tgk hallmark.huhu.

wai:
huhu.mmg ni aku buat criter pendek pon. kalau ko pernah baca entri aku yg dulu-dulu aku ade buat 2 cerita pendek. cubelah baca.

nursyahida:
Nabila Farhana yang comel tu ade kat ampang sekarang. tengah tido.huhu.msg die tanak reply.

reverie:
ahha..agaklah.mmg kene bakar.tapi aku suke ending mcm ni.mcm bodoh. aa..sama-sama.

kucai:
haha..pandailahko. aku tak reti bercerita la..

pije:
rashid sibir sape?

thoyol:
baru lah misteri dan thrill.haha

beeramza:
tak..nabila farhana memang diculik oleh makhluk tu. misterinya ialah siapakah makhluk tu? mana datangnya mimpi2 saiful tu? adakah makhluk itu masuk dalam mimpi saiful semata-mata ingin memerangkap? dan dimana nabila farhana sebenarnya?. itulah antara persoalan aku cuba timbulkan.

hans:
ahhaha. boleh boleh. tapi Nabila farhana kene sangat comel.

melon:
tak tak. semua wujud.penerangan die dalam komen aku untuk beeramza.

- m y - 4 Julai 2009 pada 7:06 PG  

haish... episode II xde ke... nabila mati ke...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP