28.5.09

perubahan dalam tumbesaran




Aku suka la dengan tajuk tu. Bunyinya 'catchy' dan agak 'hip'. Ceh, perasan.

Aku ada persoalan. Ada ke budak yang sejak dari kecil memang jahat sampai lah kebesar. Dia memang jenis nakal? Bila sudah besar die jadi jahat. Masa bayi memang tak duduk senyap. Besar sikit jadi nakal, lagi besar jadi rempit. Ade?

Kalau kita cakap pasal balasan, contohnya, mamat A kurang ajar dekat bapak dia masa kecik2. Nanti bila dia ada anak, anak dia pulak kurang ajar kat dia. Orang banyak cakap macam tu. Jadi macam mana perubahan dalam tumbesaran tu? Jadi kalau satu baby tu sangat nakal bukan sebab dia memang nakal, sebab mak bapak dia suka susahkan orang? camne eh?

um..

Aku percaya perubahan dalam diri adalah bergantung kepada sekeliling. Keluarga adalah institusi yang palaing awal sekali membentuk perubahan dalam tumbesaran. Macam aku perrnah cakap dalam entri dulu-dulu.

lagi satu, tentang ketipikalan. Selalu kita dengar melayu tipikal, lelaki melayu tipikal, budak UiTM tipikal, apa-apa jelah yang tipikal. Tapi, macam mana dia boleh cakap tipikal? Siapa yang mengecop seseorang itu tipikal? Apakah peratusan yang ditetapkan supaya seseorang itu layak dicop tipikal?

Tipikal selalunya dilihat sebagai sesuatu yang keji.

Sifat tipikal itu wujud akibat pengaruh. Sebgai contoh, Budak-budak kampung A semuanya pakai seluar dalam di luar. Tapi ada 2-3 orang yang akan pakai seluar dalam di dalam sahaja. jadi 2-3 orang yang tadi akan mengecop, budak kampung A yang tipikal memakai seluar dalam di luar.

Tapi, sebenarnya, kalau dilihat balik, semua orang adalah didunia bersifat tipikal. tidak akan ada orang yang perangai dia seorang shaja macam tu. Ok, sebagai contoh, budak kampung A akan memandang orang kampung lain sebagai tipikal pakai seluar di dalam, orang kampung lain pula memandang orang kampung A yang tipikal pakai di luar.

Jadi mengapa tipikal itu dilihat sebagai sesautu yang keji?

"typical malay guys", kata minah berambut perang yang perasan mat saleh itu.

jadi kamu typical malay girls yang perasan mat saleh.

apa bezanya pon?

P/s: maaf point aku agak berterabur.

9 carutan balas:

Z 28 Mei 2009 pada 10:54 PG  

kita kata orang typical sebab kita suka menghukum. judging tak tentu pasal tanpa lihat diri sendiri dgn lebih teliti.

a . i . n 28 Mei 2009 pada 1:19 PTG  

pasal budak degil tu, dulu aku pun pernah terfikir camtu..

typical tu tidak lah keji.. terpulang pada penggunaan individu untuk meletakkan seseorang tu adalah sebagai typical..

phrase: "u have a typical mind"

kalau guna kata-kata ni untuk komplen pendapat orang lain, ini memang keji.. tapi kalau digunakan untuk memajukan pemikiran seseorang atau nasihat, typical tu tak termasuk dalam keji..

aku rasa ada positif dan negatif way untuk typical boleh digunakan... mungkin ada bezanya..

p/s:maaf aku hanya jwb soklan kau beza pasal typical malay guys tu..
hahaha...

Jorji 29 Mei 2009 pada 2:31 PG  

agak berterabur tapi boleh faham.agaknya kau menulis dengan penuh perasaan.

itu tipikal.tapi bukan dalam bentuk keji.

:P

apeklowek 29 Mei 2009 pada 9:58 PG  

tangga tu mmg bez eh..

aku rasa salah satu sebab org tak suka 'tipikal' mungkin sebab berpikir yang orang tipikal itu seperti orang ikut arahan..orang ikut..dan mereka pulak rasa menentang arus, jadi lain..bagus..padahal..pada pandangan orang yg dirasa mereka tipikal itu tadi..menentang arus itu tipikal..jadi aku rasa penggunaan perkataan tipikal tu salah kot..kene cari perkataan lebih sesuai mengganti pengunaa perkataan tipikal untuk situasi atau kes begini..

Tanpa Nama,  29 Mei 2009 pada 12:05 PTG  

Kalau kita cakap pasal balasan, contohnya, mamat A kurang ajar dekat bapak dia masa kecik2. Nanti bila dia ada anak, anak dia pulak kurang ajar kat dia. Orang banyak cakap macam tu. Jadi macam mana perubahan dalam tumbesaran tu? Jadi kalau satu baby tu sangat nakal bukan sebab dia memang nakal, sebab mak bapak dia suka susahkan orang? camne eh?'

sy rasa tentang balasan ni selalu nya jd bila : kita ada ayah, kita juga ada atuk. dan bila melihat ayah kita kurg ajar terhadap ayah nya sendiri, dgn secara tidak lgsg benda tuh msk dlm kepala otak kita. walaupun kita akan ckp "xbaik ayah buat atuk mcm tuh, kesian atuk" dan bila ayah kita mrh kita plak, cara kita kurg ajar tuh akan sama dgn cara kurg ajar yg ayah kita buat dkt atuk kita tuh. ianya xkan lari. ianya akan berulang. keadaan akan sama bila kita ada anak nant, dan dia melihat kita kurg ajar dgn ayah kita, dan akan berulang lah sampai bila2. sama je mcm kalau dgn mak pun. sbb tuh mak selalu ckp " nant kau da ada anak nant, kau tau lah." jadi, bila didepan anak2, jaga la perangai dan sikap masing2. supaya anak2 lebih mulia dari kita yg xseberapa mulia ni.
sekian.

zaRain 30 Mei 2009 pada 4:36 PG  

hi mushi lama tak jumpe.

aku pnah tanye bende ni kat org. jawapan bebeza-beza. tp aku rasa, dr apa yg aku nmpak.. ada sifat dlm setiap keluarga..atau aku panggil NALURI yg akan dipassing dr anak ke bapak atau senang cite keturunan dia..
ada sesetengah sifat buruk yg akan turun dlm setiap anak .. cume bergantung pada anak itu utk sedar dan control..

mcm aku sndiri ada sifat buruk keluarga aku yg aku ikot (bende yg dah dari generasi ke generasi).. bila dah tersedar.. baru akan control n stopkan


sbb tuh org tua2 kata.. jaga tingkah laku, nnti anak2 akan ikut..

--itu pengalaman aku la..org lain tataula kn..

Unknown 30 Mei 2009 pada 8:11 PG  

selalu dgr orang2 tua cakap macam tu.... selalu jugak dgr orang muda2 cakap mengenai karma....

tapi x tau sejauh mana kebenarannya.
=)

AkuKopiKauSiapa? 31 Mei 2009 pada 1:12 PG  

zakiah:
urm...kita judge ada sebabnya, bukan sebab kita tak tengok diri sendiri. Sebab perangai orang tu yang buat kita judge.

ain:
aku rasa ayat u have typical minds bukanlah sesuatu kritikan membina.

j:
ahaaa...huhu

tanpa nama:
itu aku setuju. die berulang-ulang.

zaren:
Naluri itu ialah diri sendiri bagi aku, susah nak stop, die tetap ada dalam darah tak kira macam mana kau stop.

wai:
buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahatlah. Kalau kau tak tahu kebenarannya pon, sepatutnya kau perlu tahu setiap perbuatan kau akan dibalas.

ringo 25 September 2009 pada 10:03 PTG  

tipikal bukanlah sesuatu yang tidak baik.
contohnya tipikal budak kelas A pandai2.
mengapa tidak kita tergolong dalam golongan tipikal terbabit.
cuma bila sebut tipikal,kita akan terasa kita sama,atau mengikut arus.
ini kerana kita mahu sangat menjadi tidak tipikal dan lain dari lain.
sesetengah perkara,tipikal tidak salah lansung.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP