25.4.09

skrip nombor dua

mungkin perlu ada satu label untuk skrip. jadi bila aku ada cerita-cerita filem pendek. boleh aku tulis disini. seronok pula rasanya.

cerita 2



lokasi : kawasan kampung, tahun 60 an mungkin



nama watak : amran, dan aminah



Amran seorang polis. selalu melakukan rondaan di kawasan kampung. die meronda naik basikal. tiap-tiap hari die mesti lalu depan rumah aminah. sebab die tau. tepat pukul 5, aminah mesti keluar rumah siram pokok bunga.

die akan tunggu depan rumah aminah pukul 450 petang. tunggu sehingga aminah keluar, bila aminah keluar die tunggu. bila aminah pandang aje. Amran buat-buat macam tak nampak dan kelam kabut beredar dari tempat tuh. sampi terjatuh-jatuh basikal dia.

setiap hari amran akan tunggu.

ampai satu hari aminah tak keluar, jam sudah 515 ptg. aminah tak keluar lagi. amran sudah mula gelisah. sambil melihat jam kat tangan berulang-ulang kali. lama tunggukemudian,, aminah keluar, dengan baju kebaya, rambut sanggul. Amran tersenyap

Amran membetulkan zip seluarnya, takut kalau terlupa tutup zip seluar. bila aminah pandang aja, amran blah terus dari tempat tuh dengan kelam kabutnya. malu kononnya.

setiap hari, hampir sebulan amran buat macam tu.

babak lain

skrin terbahagi kepada tiga kotak, kotak pertama tunjuk tangan yang pegang bunga, kotak dua tunjuk kaki yang mengayuh basikal, kotak tiga tunjuk muka amran tersenyum, muka penuh semangat.

dalam hati amran betul2 nak tegur aminah.

sudah sampai depan rumah aminah, amrang tercungap-cungap sambil senyum, Amran tunggu.(kamera tunjuk awan yang bergerak laju, ala-ala discovery channel selalu buat tuh)

1 jam amran sudah tunggu.aminah tak keluar-keluar lagi. amran fikir mungkin tak ade peluang. jadi dia bawak basikal ke bandar. (amran bawak basikal sambil bersiul-siul )

tiba-tiba dari jauh nampak aminah, jalan berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Amran lari sorok belakang dinding, aminah betul-betul sudah lalu sebelahnya, (kamera gerak perlahan masa aminah lalu sebelah kemudian. kamera fokus kepada muka amran yang tercengang kemudian kamera masuk dalam mulut amran terus ke jantung amran dan nampak terus jantung amran berdegup-degup kemudian terbelah dua.huhu)

amran sudah tinggalkan basikalnya, kecewa.

dia jalan sorang-sorang tengah-tengah bandar.(semua bergerak laju, tapi amran bergerak perlahan dan macam terketak-ketak....ala-ala cerita hantu samara tu.)

babak tiga

(kamera fokus kepada tangan amran yang pegang nota mahu bunuh diri tulis,'selamat tinggal aminah..lu memang celaka lah'..kemudia kamera semakin jauh dan amran ada di atas bangunan)

amran masukkan nota dalam poket, kemudian terjun, kepala pecah, darah melimpah ruah.

keadaan jadi haru biru. semua orang berkerumun. aminah pon turut serta bersama teman lelakinya. berlari-lari ke tempat kejadian, (kamera masa ini di tunjuk belakang badan aminah dan teman lelakinya,)

tiba-tiba ada satu tangan pegang bahu aminah, dan cakap, 'kenapa, akak?'

kamera berpusing terus ke depan..







rupanya aminah ada kembar.

28 carutan balas:

bear & butterfly 27 April 2009 pada 8:17 PG  

hehehe..gile classic..=P
tp..ape jd kt amran? kn aminah ade kembar..jgnla bunuh diri dulu..huhu

k.h.a.d.i.j.a.h 27 April 2009 pada 8:38 PG  

la.kesian gila amran.
entah2 yang dia suka tu kembar si aminah tu.
okay lah cerita pendek ni.
tapi nota bunuh diri macam dahsyat gila benci lah amran dekat aminah tu.
haha

milimilo 27 April 2009 pada 8:40 PG  

mesti roh amran hentak2 kaki pastu sbb nyesal xsiasat btol2 dulu..chihuahua

Pije. 27 April 2009 pada 8:43 PG  

poor amran.
kejam lah lu ni kopi.
hahahaha

kak dee 27 April 2009 pada 10:01 PG  

aku dpt agak dah
best doh walaupun x tgk lakonan die ke hape sbb kau bg mood kat pembaca.

pandai lah kau ni *kagum* :)

@DdY 27 April 2009 pada 10:12 PG  

wah!hebat2.penulisan dah maju.ako suke, ako suke!hahaha.
bjaye membangkitkan emosi. *thumbs up*

nur_syahida 27 April 2009 pada 10:24 PG  

aminah pun berkata, kesian amran.
tanpa ada sebarang perasaan pon.
hahaha

pe ah amran ni.
hari2 skodeng pon bley taktau minah ade kembar.

wargh!
citer xde brape nak moral.
ne leh bunoh diri.
t kanak2 berumur 3 bulan ke bawah ikot.

amran harus menegakkan keadilan dan cintanya.

sambung cite konon2 amran dpt diselamatkan.
menggunakan bantuan alien.

aina hazuani 27 April 2009 pada 1:50 PTG  

kesian doh amran

sedih aku. aku baru nak cakap kat amran aku ada kembar n aku pun suka pada dia.

tapi dem
tak sempat

wuu
sob sob
T__T

:b

Komunis 27 April 2009 pada 8:32 PTG  

bagusbagus.lagi best dari filem pertama kau.buat lagi.aku akan terua support.

revrie 27 April 2009 pada 8:42 PTG  

Member aku ada Vcam dan pernah buat cerita pendek masuk comp. Tapi saguhati je pun tak dapat. ha ha.
Best best. Buat VClip lagu bagus gak. Nak casting pangil aku. ha ha. Aku memang suka nate2 ni.

Anonymous,  27 April 2009 pada 8:44 PTG  

I memang tak suka pada Amran tu.
I suka pada Abang KopiMushi. Muka dia macam P. Ramlee hihihi
Mushi3x

Aminah yang ada kembar tu.,  27 April 2009 pada 8:47 PTG  

I memang tak suka pada Amran tu.
I suka pada Abang KopiMushi. Muka dia macam P. Ramlee hihihi
Mushi3x

Ruhil Rosley 27 April 2009 pada 9:02 PTG  

bagus la skrip ini.
suspens betul.
kesian si amran ini.
salah sangka rupanya.
ingat kan hantu amran tetapi rupa-rupanya kembar aminah.
:)

ViLdA FiDa 27 April 2009 pada 10:02 PTG  

hak..hak..hak..sengal tul amran...ni sume kerana aminah la tu..Pesal la die tak carik joyah ke,tipah ke,peah ke..nak gak si aminah....

Anonymous,  27 April 2009 pada 10:21 PTG  

hurmm..
citer yg agak sadis
bleh tahan r..
tremO gak aku

Anonymous,  28 April 2009 pada 12:20 PG  

kembar tewww..

Shemmi 28 April 2009 pada 12:53 PG  

kasihan amran..otaknya mengecil disebabkan perempuan spt aminah..

"yaa...aminah...apa kau fikir aku ini tidak punya perasaan?"
kata Amran sambil kembang2 hidung sebelum beliau mati.


citer kali ni best sket..
label : hantu punya skrip

AkuKopiKauSiapa? 28 April 2009 pada 7:03 PG  

nur syahida:
aah kan. betul jugak. urm..perlu difikirkan balik ni.huhu. mekasih kerana bagi pendapat.huhu

tanpa nama:
sengal gile kau nih.haha

shemmi:
die kene bayangkan. baru best.huhu

AkuKopiKauSiapa? 28 April 2009 pada 7:05 PG  

revrie:
ko nak jadi amran? tapi kene bunuh diri betul2..baru real. bayaran die 5 juta. haha

kuikui 28 April 2009 pada 10:46 PG  

x mau amran mati!!!

wat la cmni

amran sudah tinggalkan basikalnya, kecewa.

dia jalan sorang-sorang tengah-tengah bandar.(semua bergerak laju, tapi amran bergerak perlahan dan macam terketak-ketak....ala-ala cerita hantu samara tu.)
tiba-tiba..buk..(sound efek terlanggaq org)amran jatuh
"maaf..encek x pa2 ka?" amran mendongak kepalanya..."eh...minah bukan awk dgn........"..lu pk la lps tu pa...penat dh ni..

LIZ 28 April 2009 pada 5:38 PTG  

gila sedih crita wehhhhh
kesian sama amran

Olive 28 April 2009 pada 11:29 PTG  

pengajaran:
jangan ambik keputusan terburu-buru

pensukebulan 30 April 2009 pada 9:32 PG  

hapdet hapdet. oh cuti hari pekerja kah.

KuCAi 30 April 2009 pada 9:22 PTG  

Haha..
sumpah aku bace guling-guling weh..
tolongla buat cerita pendek ni lagi bro.
sumpah best!:P

a . i . n 3 Mei 2009 pada 3:32 PG  

aku nk brlakon jadik amran leyh??
hahaha..

Izafiza 29 September 2009 pada 12:04 PG  

salam blog..

huhu..tragis btol citer neh..sure Amran jd hntu n mjelma menagih cinta Aminah..huahua..

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP