14.3.09

hari ini 13

1. penulisan di bawah label hari ini maksudnya aku tidak ada idea untuk menulis. tapi rasa macam mahu menulis jugak.

2. hujung minggu aku dihabiskan di studio. Tidak keluar ke mana-mana. Sempat tengok cerita slumdog millionaire. cerita ini cerita wajib tonton bagi aku.

3. Belakangan ni, kepala aku selalu sakit. suspek utama ialah bantal aku yang tak bes lansung. Dulu dia bes, sekarang sudah lama, setiap kali bangun pagi kepala rasa berat. ataupun mungkin kerana bangun pukul 2.30 petang menyebabkan kepala sakit.

4. maaf semua, aku sibuk sekarang, aku tiada masa untuk fikir-fikir.

5. jadi mengapa aku tulis juga ni?

6. dahulu aku pernah terfikir saja-saja mahu tulis cerpen. Aku pernah hantar beberapa cerita kepada kawan aku masa sekolah rendah dahulu. hantar pakai post. kelakar betullah ingat balik. macam bodoh.

7. Aku rindu masa dulu, aku suka duduk kat KL central. depan kedai buku yg india kat tingkat 2 tuh. hampir tetiap minggu aku akan lepak kat situ. mungkin aku akan beli buku dan terus baca kat situ. atau aku duduk saja. aku duduk saja maksudnya hampir tak buat apa2.

8. jangan berhenti satu negara jika tempat itu tiada pemerintah, tiada aktiviti ekonomi dan tiada air yang bersih. maksudnya dari segi sosial, ekonomi, dan juga environment. Ini hadis nabi.

9. dalam bahasa sekarang panggil, sustainable development. Hebat kan?

5 carutan balas:

Shemmi 15 Mac 2009 pada 8:07 PTG  

kenapa kalau kita buat benda pelik2 (walhal tak pelik) masa kecik2 dulu kita kata "macam bodoh"..

aku rasa certain2 benda, sbb xnk nampak bodoh la sebenarnya akan jadi bodoh..

* ....

miss bobby 16 Mac 2009 pada 4:40 PG  

6. dahulu aku pernah terfikir saja-saja mahu tulis cerpen. Aku pernah hantar beberapa cerita kepada kawan aku masa sekolah rendah dahulu. hantar pakai post. kelakar betullah ingat balik. macam bodoh.

- yang ni mmg berjaya buat aku gelak. haha. (kepala tgh berat/masalah-masalah)

L.|.n.D.@ 16 Mac 2009 pada 8:04 PTG  

mungkin ada perlu tuka bantal..
ia akan effect kalau setiap hari bgn dan sakit kepala..
Jusco sedang sale..beli la bantal yg elok sikit..
anda akan bgn dgn rasa yg sgt best sbb puas gila tdo..

AkuKopiKauSiapa? 17 Mac 2009 pada 6:45 PG  

linda:
takut tak bgn je nanti sb bes sgt.haha

cahaya_izzah 26 Mac 2009 pada 7:54 PTG  

assalamualaikum
time skolah menengah dulu..saya pon suka ddk kat kl central...tatao napa(dan saya tak rasa bodoh melakukannya..sampai skarang saya masih suka melakukannya..heheh..)saya suka lihat pelbagai peel manusia kat c2..seronok..dan tempat2 wajib pergi bagi saya..tentunya kdai buku niles tu..hehe..tak seperti awak..saya suka g c2..baca buku free..kadang2 sampai terduduk kat lantai kdai tu (skali lagi saya tak rasa bodoh melakukannnya)haha..tapi skarang dah takleh lagi..coz mamak tu da halau org yg nak baca free ne..(saja nak berkongsi pengalaman pergi ke tempat yg sama..mungkin kita pernah jumpa..tapi tak kenal..haha)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP