9.1.09

gadis plastik dan kepuraan

2 post satu hari. hahaha

semasa aku menonton cerita penarek becha. aku terfikir tentang apakah yang mempengaruhi sebenarnya? adakah kita yang terpengaruh dengan drama yang dipertontonkan di televisyen atau drama yang yang dipertontonkan itu berdasarkan kehidupan sebenar. isu yang sama diketengahkan oleh hanif dalam komennya kepada aku.

mungkin jalan cerita bagi sesebuah filem itu akan ditokok tambah dengan konflik yang melampau untuk bagi sedap sedikit ceritanya. kesudahnnya ia mempengaruhi minda orang yang menontonnya. sebagai contoh cerita-cerita bersiri remaja barat seperti gossip girl atau wild child atau apa-apalah. Bagi aku, kewujudan gadis-gadis plastik dan kepuraan dalam drama bersiri tersebut hanyalah dilebih-lebihkan dan yang lebih lucu lagi gadis-gadis di Malaysia ini terlampau terpengaruh dengan budaya dalam cerita itu dan ingin mengikut-ikut pula.

Filem ialah sebuah propaganda paling berkesan sekali untuk mempengaruhi masyarakat, kerana ia ditonton semua orang. tidak kira betapa maju kamu, betapa canggih dan urban atau modennya kamu, kamu tetap akan menonton televisyen dan sedikit sebnyak terpengaruh dengna apa yang dipertontonkan. Jadi, jika cerita yang sebenar ditokok tambah konfliknya, masyarakat akan terpengaruh, jadi bila terpengaruh akan wujud budaya yang baru dalam masyarakat, bila wujud budaya yang baru, akan keluar pula cerita mengenai budaya baru itu dan ditokok tambah lagi. makan akan lahir lagi budaya baru. Mungkin ini caranya budaya berkembang. Televisyen.

jika televisyen dipengaruh oleh masyarakat, yakni jalan cerita sesebuah filem atau drama itu ialah kehidupan masyarakat itu sendiri. Maka, mungkin budaya yang baru tidak akan berkembang, tidak kira ia budaya baik atau budaya jahanam. ia tetap di tempat yang sama, kerana apa yang masyarakat lalui, sama dan sebijik dipaparkan dalam televisyen. jadi tidak ada apa yang baru. lebih parah cerita yang ditonjolkan akan menjadi bosan. Pastinya tidak akan menggalakkan makcik-makcik surirumah untuk duduk di depan tv pada jam 2 petang setelah selesai menguruskan hal rumah dan berbincang tentang jalan ceritanya di petang hari dengan makcik-makcik jiran sebelah rumah yang lain.

Aku cuma berharap drama di Malaysia ini lebih berkualiti dan memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat. bukannya cerita mengenai orang-orang kaya melampaui batas dan skripnya kebanyakkan ialah, "daddy i punya company..bla..bla..bla"..
ulasan aku makin hari makin tidak berkesan,

p/s: Hans msg aku, meminta cadangan hadiah untuk diberikan kepada sepupunya, kemudian dia mahu aku bagi dia hadiah untuk hari jadinya ynag bakal tiba. hadiah hari jadinya ialah nombor telefon gadis hot. Tidak perlu modal.Haha....tapi die tak mau.

13 carutan balas:

a . i . n 9 Januari 2009 pada 7:49 PG  

bukan drama malaysia shaja..
tv negara kita kena stop tayangkan drama indon..
semua takde isi yang berkesan...
hanya dengki dan dendam...
mungkin gadis indon lebih bersifat plastik dan kepuraan...
sebab itu je yang stesen tv idamkan..
hmmmmm......

emma songall 9 Januari 2009 pada 1:43 PTG  

setuju dengan pendapat tue.
dan ain juga betul.
cewek indon lagi plastik.
lihat jela cerita yang tidak masuk akal lansung.
berlambak kat tb Malaysia nie.

ex: kisah dongeng stiap cuti sek tuh.
xpasal2 kanak2 pon turut terpengaruh dengan dunia khayalan yang tidak masuk akal lnsg tuh!

ahmad 9 Januari 2009 pada 6:07 PTG  

pe nk heran..
yg tukang siar crite koporat mokrat ni pn org camtu gak..
klu xnk, boikot je..
mcm boikot brg yahudi..
abis crite..

FarhanaLicious 9 Januari 2009 pada 7:24 PTG  

ha ha ha. aku paling rasa nak baling tv bila aku tengok cerita indon. yang mati pun boleh hidup balik. dan jatuh tersepak batu pun boleh pengsan masuk hospital seminggu.

Sang Berfikir 10 Januari 2009 pada 1:37 PG  

Masalahnya,orang Malaysia sendiri yang suka tgk cerita2 macam tu..aku rasa cerita indon banyak macam tu sebab maklumlah negara dia banyak orang susah..(org kaya dia pun ramai gak.lebih dari populasi kita),orang susah dorg ni nak gak relax2 kat kedai kopi tgk cite2 macam bawang putih bawang merah n etc.faham tak?dia macam relax..berangan..khayal diulik jln cerita yang kononnya menarik tu.Eventhough citer dia macam tak masuk akal..um..tiba2 ade pulak 'peri-peri' tlg org,ape kejadahnya la kan?..cerita dia tak serious dan 'ringan' which tak perlu gunakan otak utk berfikir..so orang relax.Makcik2 and budak2 suka la tgk cite2 mcm ni..sama gak macam cerita hindustan,bapak ah..3jam..yang cite dia ada gak dialog "daddy,i want to go shopping with Raja,can i daddy please?""yes my dear!u can,how much do u want my darling?"(nada hindustani)..semua citer orang kaya2 n ending dia kita confirm dah tau,bosan kan?

Atira. 11 Januari 2009 pada 1:15 PG  

sometimes all those things showed on the tv all make-believed things people just simply follow without considerations or thinking.

and ofcourse all those crappy dramas, adoi.

meo188 11 Januari 2009 pada 2:06 PG  

tontonilah rancangan gadis melayu...

Rfq Kml 11 Januari 2009 pada 3:45 PG  

jika difikirkan kembali, televisyen membuat kita hidup di sekeliling orang yang penuh pelastik dan mereka belajar cara-cara untuk menikam orang daripada belakang melalui, tentu sudah boleh diagak, televisyen pelastik. -_-

Shemmi 11 Januari 2009 pada 4:57 PTG  

orang yg bikin filem @ drama itu tau...realiti tu dah sedia busuk..x best..mengjengkelkan...penuh plastik..yg kalo di 'recycle' kan pun..akan tetap menjadi plastik!..pasal tu dorang pun produce cerita2 plastik, yg wlp plastik dia tau org tetap suka nk tgk...


agaknya la kan..di indon..keadaan hidup yg dah sedia sukar...(bagi yg sukar la)..takkan maunya dorang nk tengok citer2 yg "sukar" jugak..mestilah nak tengok sst yg indah..ngetop2 sahaja..wlp tak masuk dek akal!

*alamak...lebih dari 20 perkataan pulak aku bebel ari ni..

Rfq Kml 13 Januari 2009 pada 7:54 PG  

marilah menonton Filem A Razak Mohaideen yang amat bijak.mereka bukan pelastik tetapi berotak pelastik. :]

zahidah 15 Januari 2009 pada 6:04 PG  

aku penah attend 1 talk. time tuh discuss about indie film & malaysian film industries. mereka kata, the easiest way to cultivate people adelah thru film or dramas. & its true.

directors mesti nak cerita dia ditonton oleh public. so, tu yg exaggerate & twisted the stories plot to attract public. trying to create 'something' in their drama or film. public plak, watch the drama as leisure but then bler diorang tgk creating 'drama' itu best, so they try to create their own 'drama' in real life.

anyway, love ur writing!

oh ya, one more thing im asking ur permission to put ur link at my page, if u dun mind.

AkuKopiKauSiapa? 15 Januari 2009 pada 9:30 PG  

a.i.n:
aku tak tahulah. sbb aku tak dok kat indon pon. tapi mungkin diorang suka berimiginasi dan berangan-angan

ahmad:
urm. memg la org korprat. tapi ini yang rakyat Malaysia mahukan. cerita mengenai orang kaya. sbb itu bukan cerita pasal mereka. semua cerita angan-angan.

farhana licious:
jangan dowh. kang kene beli TV baru. huhu

sang berfikir:
betul. aku sokong kau bab diorang nak tengok benda lain yang bukan hiduo diorang. diorang idamkan ada wujudnya perkara macam tu dalam hidup diorang. So membawa kepada angan-angan. tapi perlu diingat. itulah yang memundurkan masyarakat betul tak? kalau dah semua orang nak berangan. sape nak wat keje?

atira:
bukan crappy dramas je. yang drama yang dirasa cool muda mudi juga sama. huhu

rfq:
Televisyen ini penyebar propaganda. biasalah. jika dari kecil TV ada gmbr aku adalah perdana menteri Malaysia. mesti korang percaya walaupon TV tu tipu je.

Shemmi:
tu lah seperti aku ckp. kalau sama je mesti bosan takde org nak tgk kan? sbb tu ditambak konfliknya sebagai penarik.

Rfq:
haha.. razak mohaideen? itu gila

zahidah:
memang btol TV senang pengaruh orang. tu la masalah bila cerita tak berkualiti wujud. takpela kalau cerita tu macam for fun. contoh macam cerita-cerita simple. tapi bile die drama, cerita pasal life orang. tapi diputar belit. itu yang susah tu.

hans 15 Januari 2009 pada 7:18 PTG  

asal nama aku dikaitkan pada PS entry ko?
cess....aku bukan taknak tapi gadis hot bagi aku lain...
xsama selera dengan ko...
yups..
tv tu memang satu alat propaganda yang bagus...
aku belajar teori dan kenyataan nya memang macam tu....
huhu

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP