30.12.08

Perbincangan Highway

Mengapa perbincangan highway, kerana disini aku, hanif dan duan gemar duduk dan berbincang benda-benda. Jika anda budak UIA, pastinya anda tahu dimana highway ini.

Semalam berbual dengan hanif dan duan. Seperti biasa, perbualan akan meleret-leret sehingga 3-4 jam. Dari isu gadis plastik sehingga ke isu “mengapa Rasulullah suruh kita menuntut ilmu hingga ke negara china?” Seperti kata hanif, teknologi negara China sudah jauh lebih hebat sebelum Eropah lagi. Atau mungkin bila akhir zaman nanti, China akan menjadi sangat hebat, jauh lebih hebat dari Eropah, Kerana sekarang kita dapat lihat kebangkitan negara china. Tapi akhir zaman nanti Islam akan bangkit bukan? Jadi mungkin Islam akan belajar dari negara china, dan menjadi hebat. Dan akan menjadi seperti ratus ribu tahun dulu dimana Islam dan China 2 kuasa yang yang kuat. Eropah ketinggalan jauh di belakang.

Pasti ada maksud tersirat mengapa nabi Muhammad cakap tuntut ilmu hingga ke negara china itu. Kamu semua ada cadangan? tapi menurut komen-komen yang diterima. hadis ini tak tahu kesahihannya. tapi aku rasa mungkin ia sesuatu yang boleh difikirkan.

Dan ini sedikit perbincangan juga,Jika seorang penyanyi di atas pentas membuka baju dan orang Malaysia semua memaki hamun penyanyi itu. Pasti ada sekumpulan pihak yang akan cakap, “alaaa..dia nyanyi bukak baju je..bukan die masturbate atas stage pon..kalau mat salleh rileks je..baru bukak baju dah kecoh”

Kerana ini apa yang barat telah mempengaruhi aku dan kamu semua. Apa sahaja yang datangnya dari barat itu cool dan hebat dan perlu diikuti.

Baik, kolot dalam konteks yang aku sebutkan ini ialah orang yang masih mengamalkan budaya, masih hormat orang tua, masih menjaga pemakaian, masih menjaga adab dan sebagainya. Bukan kolot pemikiran, kolot pemikiran ialah orang yang aku cakap dalam post aku bertajuk “pemikiran kelas tiga”.

Jika Malaysia ini kolot dengan budayanya, tidakkah kamu rasa itu yang perlu dijaga?

Entri kali ini bosan,



Read more...

Hari ini 5

Tahun baru ini maknanya cuti. Teman wanita ku,nawwar, yang comel dan penyayang itu ajak jalan-jalan. Mahu tengok bunga api katanya. Kawan-kawannya ingin pergi genting. Aku perlu berfikir lagi untuk kesana. Hari itu ada majlis hari jadi kawannya. Aku ikut sahaja. Tanpa mengenali sesiapa di sana.

Kerja pastinya lebih banyak lagi selepas ini. Itu adalah sangat pasti. Sukar meluangkan masa dengan nawwar . tidak mengapalah , dia seorang yang memahami. Walaupon aku dan dia sering bercanggah pendapat, dari segi ideologi, tapi aku suka. Sekurang-kurangnya dia banyak menentang aku dan tidak bersetuju sahaja apa yang aku cakap. Kadangkala aku jadi tersenyap dan tidak tahu nak cakap apa. Aku sukar untuk berada dalam situasi tersebut. Isi yang di utarakan Nawwar selalunya bernas dan akan membuatkan isi yang aku usulkan memakan diri aku sendiri.” Lu manyak pandai eh nawwar. Cilakak lu.” Haha. Alololololo. Main-main aje.huhuhu.

Teman wanita ku bijak. Aku suka caranya berfikir. Tidak terlalu keperempuanan.Tapi dia jarang membaca blog ini,



















Read more...

25.12.08

alur punggung dan faraj

tajuk asal bagi entri ini ialah "Seluar renang muslimah". seperti biasa. untuk menarik kamu semua pembaca lebih membaca entri ini dengna lebih khusyuk dan mengharapkan sesuatu berunsur lucah. aku menukar tajuk entrinya supaya lebih menarik perhatian.

teruskan,

ada satu seluar ini yang aku gelar seluar renang muslimah. seluar yang berwarna hitam, ada warna lain yang terang di pinggangnya seakan-akan tali pinggang. kainnya jenis yang berkilat, dan licin.banyak dijual di danau kota. Pemakainya sellau memakai baju ketat dan menampakkan buah dada kelihatan besar sedikit berjenama MNG berwarna hitam. Kadangkala tulisan MNG itu berkilat.tidak lupa juga
"push-up bra" supaya kelihatan lebih menghairahkan.

Pemakai seluar ini selalunya akan menampak kemutan di alur punggung apabila berjalan. Malah menampakkan "panties line" nya. seksikah itu? buruk gila bagi aku lebih parah lagi gadis berpunggung kecil memakai seluar jenis ini. Kelakar. Lebih parah bila gadis bertudung juga memakai dengan gaya sebegini. Manis betul bertudung dengan kemutan di punggung kamu.

seluar renang muslimah ini banyak dijual di danau kota atau kedai-kedai yang menjual barangan pemakaian minah-minah indon. Potongan bagi seluar ini besar sedikit di bawah, dan kelihatan tergantung di hujung kaki. Pemakainya akan merasakan peha kelihatan lebih kecil sedikit.

Oh, sebelum terlupa. bukan sahaja alur punggungnya kelihatan. malah alur faraj juga boleh kelihatan pada sesetengah pemakai.Perkara yang sungguh menggelikan. Apalah maknanya bertudung dan menampakkan alur faraj anda. Mahu mencari lelakikah? Atau anda malas memakai seluar dalam supaya mudah untuk membuang air kecil? ataupon seluar dalam kau tidak cukup tebal untuk menutupi alur faraj kau? keji sungguh.


mari mari kamu kesini. aku mahu "swipe" kad Maybank aku ke alur faraj kamu. mana tahu akan keluar duit melalui alur punggung kamu.


p/s: aku terfikir benda bodoh tiba-tiba. cuba korang buat macam ni.ini tag gaya baru.

1. pergi ke blog kawan kamu
2. bagi comment "anda telah di tag" di blog mereka semua. lebih ramai lebih bagus
3. buat satu entri baru dengan tulisan sangat besar.
4. tajuk entri tu ialah."anda telah ditipu. tiada tag sebenarnya"
5. entah apa-apa.mcm bangang.



Read more...

24.12.08

ini cinta atau nafsu

Perkara yang menjadi kebiasaan dalam percintaan ialah kewujudan nafsu. Namun ada juga nafsu yang wujud sebelum percintaan lagi dan akhirnya membuahkan rasa cinta.

Teori yang aku fikir sendiri ini adalah dengna tidak merujuk kepada mana-mana buku atau mmebuat bancian formal. Jadi kemungkinan salah adalah besar. Jadi kamu semua sendiri tentukan boleh pakai atau tidak teori aku ini.

Pasangna yang baru berkahwin akan merasa sangat bahagia. Berkepit kemana-mana sahaja, bermain tepuk tampar, bercakap lemah lembut, aku merasakan itu bukan kerana factor mereka baru kahwin. Tapi kerana seks. Seks yang baru di alami mereka selepas kahwin mewujudkan rasa bahagia yang amat, mereka terasa sangat “bersatu”. Mungkin keadaan mereka akan berterusan begitu, Mungkin dalam setaun dua tahun..aku opon tidak kahwin lagi. Mana tahu.

Jadi apa yang membuatkan mereka meneruskan kebahagiaan itu?
Setelah membuat seks hamper setiap hari selama setahun, pastinya tubuh badan akan lemah, lutut akan longgar, dan mula membaca surat khabar sambil mmebuat seks, pastinya sudah bosan. Jadi bayi yang lahir adalah pengikat bagi percintaan pasangan berkahwin. Bila anak sudah besar, Ada bayi baru lagi. Seperti kebiasaan yang kita lihat, pasangan yang baru mempunyai bayi kelihatan bahagia bukan?

Bila anak semua sudah besar. Apa lagi yang bahagia?

Bila sudah lama..masing-masing sudah faham pasangan masing-masing. Hanya tinggal pasangan itu sahaja yang ingin menjaga makan minum kesemuanya. Namun bagi lelaki-lekai yang inginkan kebahagian seperti yang peringkat pertama tadi. Pastinya akan kahwin lagi satu. Dan lagi satu dan lagi satu sehingga empat kesemuanya. Sampai sudah tua. Kemudia telur pon tidak lagi merembeskan air mani.

Apa yang aku cuba cakap kat sini ialah bagaimana nafsu ini mewujudkan perasaan cinta.cuba kita lihat pasangan teman lelaki dan teman wanita. Si lelaki akan berasa saying yang sangat sehingga tidak mahu melepaskan Si gadis kerana seks. Itu bukan cinta yang sejati. Tetapi si lelaki tidak akan mengakuinya, dia akan cakap itu adalah kerana cinta.

Kerana nafsu, cinta akan jadi lebih besar, dan sebaliknya. Tapi nafsu ini mengaburi . Mengaburi apa?haa..itu yang kita tak tau tuh.(ayat dalam crite los dan faun)haha.

Aku cakap ini bukan kerana aku pernah buat seks. Aku pun tidak pernah. Aku bercakap hanya berdasarkan cerita-cerita orang sahaja dan aku mmebuat kesimpulan sendiri. Jika salah sila betulkan.



Read more...

22.12.08

Karutan Idea

Semasa aku pulang ke UIA. Aku memandu bersendirian. Seperti biasa, selain menaynyi dengan kadar paling kuat di dunia. aku akan berfikir bende yang merepek-repek.

1. kamu tahu susur gajah? susur gajah ialah lorong pejalan kaki yang berbumbung. itu dipanggil susur gajah. jadi aku terfikir. bagaimana jika betul betul orang berjalan di bawah laluan seekor gajah. mungkin patung gajah yang sangat besar kemudia kita berjalan di bawah belalainya. pasti comel bukan? seperti di bawah :



2.kamu tahu zebra crossing? bagaimana jika zebra crossing itu ialah sebiji patung zebra yang besar kemudian orang berjalan di bawahnya. pasti kelakar. dan jika kosnya terlampau mahal. cukuplah dengan 2 patung zebra di kiri dan kanan sebgai tanda di situ ialah zebra crossing. mungkin seperti di bawah :



3. ini pula idea hanif. thumb drive. bagaimana rupa thumb drive jika ia benar-benar "thumb". pasti ramai yang membelinya. haha. seperti di bawah :



apa lagi eh yang nama benda itu berasaskan benda hidup? tiada idea.



Read more...

20.12.08

hari ini 4

Hari ini adalah hari kepulangan aku pulang ke UIA. mungkin tamatlah update aku yang berjulatkan sehari sekali ini semasa cuti begini.

Sejujurnya aku awal-awal percutian dulu memang tak sabar-sabar nak masuk UIA balik. Sebab bosan duduk rumah sorang-sorang mungkin? Selepas mereka bercuti baru la rakan-rakan aku ada untuk menghilangkan kebosanan aku jika sorang-sorang di rumah, jadi aku sudah tidak mahu balik UIA lagi.

dan aku rindu dengan nawwar..(menguatkan semangat untuk pulang ke UIA)

pastinya sem baru ini memerlukan aku untuk berazam. jadi ini azam baru aku:

1. mahu sembahyang full. ini adalah azam dari dulu. tapi mesti tinggal sikit-sikit punya. kali ini akan cuba lagi.

2.mahu kurang tackle gadis dan mengacau gadis. ini adalah pertama kali aku berazam begini. tanpa sebab yang munasabah. aku hanya ingin cuba.

3.mahu bertanya banyak dan memberi pendapat dalam kelas. aku membuat kesimpulan jika banyak bertanya, memberi pendapat dalam kelas, jumpa lecturer di bilik. akan menaikkan gred kamu dalam sesuatu subjek. jadi aku ingin buat.

4.berjalan kaki. aku akan cuba berjalan kaki ke kelas. tapi untuk kelas pagi sahaja. supaya fikiran dapat digerakkan dan peralihan darah lebih lancar. tapi jika smepat sahaja. jika tak sempat. terima kasih sahaja. biar aku membawa kereta berjenama haiwan aku sahaja.

5. lebih kerap menelefon akak-akak dan bapakku. bila aku sudah masuk belajar. aku paling lupa untuk call semua orang. jadi aku akan cuba untuk lebih kerap menelefon mereka. jika ada aktiviti hujung minggu bersama keluarga. aku akan cuba luangkan masa sebaik mungkin. nekad.

6. menghisap rokok gulung. berhenti rokok mungkin sukar. tapi aku akan cuba hisap rokok gulung untuk mengurangkan perbelanjaan.

7. berusaha. aku seorang yang berusaha. kali ini aku akan lebih berusaha dari yang sebelumnya.dalam apa perkara sekalipun.

jika aku berjaya berubah walau untuk 3 peratus sahaja. aku percaya aku tetap memperbaiki diri aku daripada tidak memperbaiki lansung.

salam,



Read more...

19.12.08

siri motivasi : keupayaan memilih

ini adalah siri motivasi aku yang kedua selepas entri apa yang kau nak. aku cuba untuk tidak menulis mengenai trend lagi. sudah malas. biarlah itu perbincangan di meja makan bersama duan(apekzer) dan hanif(apeklowek) dan rakan-rakan yang lain sahaja. Walaupun blog ini adalah penulisan sesukahati aku. Tidak bertumpu kepada mana-mana topik yang spesifik. tapi tidak mengapa.teruskan,

seperti aku janjikan di entri lepas, aku ingin menulis tentang motivasi atau kemahiran semasa hidup untuk entri terbaru ini. jadi semasa aku memandu pulang ke rumah selepas bermain game di CC tadi aku terfikir apakah masalah bagi semua masalah di dunia ini. jadi bagi aku punca bagi masalah semua hanyalah...

Keupayaan memilih

betul. semua masalah, kau, aku, dunia ini semua. terletak pada satu. iaitu keupayaan memilih.apakah pilihan kamu? memilih untuk gagal?berjaya?memilih untuk perang atau tidak?memilih teman wanita kamu atau bekas teman wanita kamu?memilih untuk lari dari rumah atau tahan sahaja semuanya? dan segala macam masalah lagi hanyalah terletak kepada keupayaan anda untuk memilih.

Bagi aku, semua orang adalah ketua. Di dalam diri masing-masing. Kau ialah ketua untuk diri kau sendiri. Ketua tugasnya membuat keputusan. Jadi keputusan yang silap akan mengundang bencana. Terpulang kepada kau untuk memperbaiki keadaan. Dan perlu diingat pilihan yang dibuat tidak boleh dipatah balik. berisiko bukan?

Seperti yang aku pernah belajar di sekolah dulu. Cara memilih ialah dengan memikirkan kebaikan, kekurangan dan kelebihan sesuatu perkara yang menjadi persoalan dihati. Tapi ada kalanya teknik ini tidak berguna lansung terutamanya bila keputusannya seri. Jadi pilihlah dengan akal dan hati kau sendiri.

Memang susah untuk memilih, perkara paling mudah seperti mahu gosok gigi dahulu atau basuh muka dahulu pon memerlukan keupayaan anda untuk memilih. Walaupun pilihan itu tidak kompleks, tetapi ia tetap pemilihan bukan? hidup ini memerlukan kau memlilih. jadi pilihlah dengan betul dan tepat. jangan menyesal. jangan tamak kerana kau tidak boleh ada keduanya.

*aku baru lepas membuat pilihan. aku harap aku membuat pilihan yang betul.aku tidak mahu tamak lagi. dan dengan harapan aku tidak akan menyesal.

**setelah menulis ini aku berjalan ke blog orang lain dan sampai ke blog diloz. dia menulis tentang peluang di entri barunya.kebetulan pula. jadi jika kamu semua ingin membuat kesimpulan bagaimana membuat pilihan dan peluang jalan seiringan. klik sini



Read more...

18.12.08

hari ini 3

hari ini aku bersukan. gila babilah. mungkin sudah 6 bulan aku tidak bersukan. untuk mengelakkan tabiat tido selepas asar aku. aku pergi berjogging dan membuat senam aerobik di Taman bukit Serindit, Melaka. seperti selalu, gadis-gadis memang suka membuat senam aerobik disini. tapi aku bukan dengan niat untuk melihat gadis. aku ingin membuat senaman sedikit. rasanya tulang belakang aku hampir patah setiap hari baring di depan TV dikala cuti begini.

Gila penat. otot jantung aku terasa sakit yang amat. mungkin kerana tabiat hisap rokok aku menjadikan dada aku sangat lemah. baru terasa sekarang.

jujur, sangat sakit. menyesal.

ini pula baru lepas bermain futsal. hari ini memang hari kesukanan aku dan rakan-rakan aku. ini pon gila sakit dada aku semasa main. sampai aku dah tak mampu bercakap lagi. pancit. itu game pertama. game kedua baik sedikit.mungkin jantung aku terperanjat agaknya tadi. tiba-tiba tuannya membuat gila dengan bersukan setelah berapa lama tidak bersukan lansung.

Fikir ingin sambung terus dengan aktiviti bermain counter-strike kerana kawan aku seorang yang tidak puas hati dengan kekalahan teruk semalam.ini game kegilaan aku masa tingkatan 2. 7 tahun sudah tak main. masih mampu menembak kepala musuh lagi rupanya.haha

Aku terfikir untuk menulis sesuatu entri yang bercirikan motivasi atau berunsur kemahiran semasa hidup.



Read more...

17.12.08

rempitan berleluasa

bila semua orang mengutuk dan memaki mat rempit.

bagi aku sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai identiti negatifnya yang sendiri. sama seperti video porn berformat 3gp.. jika Europe dengan hardcore seksnya, jepun dengan jeritan kuatnya, Amerika dengan teenagersnya, Malaysia mempunya identiti pornnya sendiri. rakaman menggunakan handphone dan berformat 3gp.

pernahkah terfikir kalau barat yang memulakan pakaian seperti rempit itu? adakah orang Malaysia ini semuanya akan terikut-ikut? mungkin juga wujud kedai yang sama mahalnya dengan topshop dan menjual aksesori rempit ini.

identiti negatif malaysia ini malangnya tidak diikuti oleh remaja-remaja dari seluruh dunia. Adakah apa sahaja trend yang mulanya di Malaysia ini tidak cool?jika kau orang semua ada idea. apakah lagi identiti negatif yang datangnya dari Malaysia ini?

aku sendiri pon sebenarnya tidak suka dengna mat rempit. aku pon bukan rempit jika kau rasa itu aku. aku lesen motor pon tiada. mereka ini selalalunya berambut kuning keemasan, bercakap kuat di kedai makan, bila tengok wayang gelak kuat-kuat dan suka mengganggu ketenteraman awam. pelik betul aku.

Aku tak tahu jika wujudnya lagi geng yang orang panggil sebagai "budak basikal" zaman dulu kala. mungkin geng ini lah yang enjadi pelapis bagi mat rempit sekarang. bawak basikal tengah-tengah jalan smbl buat bunyi "weng-weng" sekuat hati dengan harapan basikalnya berubah menjadi motor. sekali kena langgar baru tahu.

Mat repmit ini jika membawa motosikal sahaja tiada masalah. tetapi masalahnya timbul bila mereka mengganggu ketenteraman awam. biasalah, bila kawan ramai keliling pinggang, tunjuk belang. dan aku sangat respek dengan sesiapa sahaja yang mula-mula mewujudkan perkataan "mat rempit" itu sendiri. kalau ada royalti, pasti sudah jadi jutawan sekarang.


*identiti negatif itu sekadar sarkastik sahaja. aku bukan berbangga dengan kewujudan identiti negatif dari Malaysia. tidak sama sekali.



Read more...

16.12.08

lelaki terlampau

aku terfikir untuk meletakkan tajuk "bagaimana mahu pikat hafizudin hamdan". tapi nanti pasti kamu semua cakap aku perasan. jadi untuk tidak memalukan diri sendiri aku meltakkan tajuk lelaki terlampau untuk menjawab balik entri gadis terlampau.

memandangkan pembaca aku ada dikalangan gadis-gadis yang comel tetapi tidak tahu bagaimana mahu pikat lelaki. disini aku mahu beri tips yang mungkin berguna jika kamu mahu lelaki.

1. jangan suka mengambil perhatian dengan menggedik. tindakan salah oleh kebanyakan gadis ialah menggedik sperti cakap dengan nada kuat, terkinja-kinja atau menjerit tidak tentu pasal. sebenarnya kaum lelaki tidak akan pandang kamu, kalau pandang pon dengan niat untuk melempang kamu. cara paling mudah untuk mengetahui lelaki suka kamu ialah bila lelaki itu menggunakan suara bass nya bila bercakap dengna kamu. bila gadis suka dengna lelaki. mereka menggunakan suara treble dan sedikit nyaring bila bercakap dengna lelaki itu.

2. lelaki tidak perlu kamu sayang. hanya perlu faham sahaja. gunakan banyak perkataan seperti,"kau memang","aku dah faham sangat kau ni","biasalah kau macam tu". mesti lelaki itu suka. terasa dirinya difahami. padahal kau main cakap aje.

3. tarikan seksual. mungkin ini nampak murah. tapi berkesan. jangan main pukul-pukul dengan dia, jangan pegang-pegang badan dia. tapi dengan seperti tidak sengaja kau meraptkan badan kau ke badan lelaki itu. sekejap ajelah. bahagian peha pon sudah cukup. tapi jangan bagi lelaki itu anggap kau murah. sikit aja.

4. biar lelaki itu geram dengan kau. bila di ajak keluar. janganlah excited. sebaliknya tolak lah. walupun kau sangat excited. mungkin 2-3 kali di ajak keluar. barulah bersetuju. jangna nampak mudah. dan bila bersetuju cakaplah,"arini pon i tinggal kat rumah sensorang. bosanla. bolehla kalau nak keluar"

5. jangan bercerita tentang diri sendiri, keluarga anda, kucing anda, kawan anda, atau kekayaan anda. kurangkan bercerita. sebaliknya berbincang. lelaki ini selalunya tidak suka mendengar orang cerita, lebih2 lagi jika tidak ada kena mengena dgn diri mereka. cubalah berbincang. isu semasa, muzik, atau apa-apa. cerita sikit-sikit seronok juga. tapi kalau lelaki tu tak boleh berckp lansung dan dengar kau cerita sahaja. gila babi bosan.

6. jangan bercerita betapa banyak lelaki yang sukakan anda. betapa seorang lelaki ini tergilakan kau, lagi sorang lelaki hari hari kasi bunga kat kau, lagi sorang lelaki hari hari lukis gmbr kau. kalau kau bercerita seperti itu dengan harapan "cepatlah tekel aku sebelum di ambil orang lain". kau silap. hanya mewujudkan rasa benci je kat kau. bukannya lelaki yang kau ingin pikat itu bencikan cabaran dari lelaki lain. tapi sbb menyampah dengna perangai kau.

7. jangan jadi bodoh, lembab buat kerja, selalu gossip sana sini, suka bawak mulut, kaki bodek, tak boleh berfikir, semua benda tak tahu. semua lelaki suka perempuan bijak, kecuali kalau kau mahu pikat mat rempit. belakang kira.

8. jika lelaki itu hisap rokok. jangan suruh die berhenti rokok. janganlah nak menunjukkan diri anda itu begitu mengambil berat tentang lelaki itu padahal anda tidak kesah sangat pon. tak payahla nak berpura-pura kononnya kau seorang yang "caring".biar sahaja lelaki itu buat apa yang dia suka, jangan nak nasihatkan die atau apa-apa kecuali bila diminta.

9. suruh kawan-kawan anda beritahu lelaki itu yang anda rasa dia hensem dan baik. tapi jangan la suruh betul2. cakap mcm biasa.pandai-pandai kau la.tapi bila kau kat lelaki tu buat biasa je. jangan kirim salam. ini teknik fuck.

10.campur sedikit teknik2 di dalam entri aku bertajuk "jika kau mahu gadis".

semoga berjaya,



Read more...

Pertama kali

hanya pertama kali tag, bukan malam pertama, pertama kali minum arak, pertama kali makan di KFC atau apa-apa yang pertama kali.

Oh, aku teringat. boleh tak aku nak kasi nama anak Raja? sbb semalam aku bawak kereta dan aku terfikir. aku mahu kasi nama anak aku "Raja Perancis". boleh tak?atau pon Perdana Menteri. Perdana Menteri Bin Hafizudin. bes jugak. ok.

ini tag pertama aku yang diusul oleh Hans.

1. Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si perempuan (kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang2 anda.
Selalu. kerana aku memang suka main mata dengan gadis orang. seronok. ianya thrill. haha

2. Pernah tak orang ingat anda bukan anda yang sepatutnya. (Cth: eh, ko ni dah kahwin kan? Eh, ko ni kerja spital kan? Eh, ko ni belajar lagi kan? Eh, ko ni adik hans Isaac kan? Eh, ko ni yang aku jumpa kat Lombok kan?)
ada. ada orang pernah bagi sedekah kat aku. sbb aku selekeh sangat dan aku duduk di tepi tangga. ade makcik kasi aku duit. sdeyh tak aku?haha.

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
banyak. aku susah ingat jalan. gila babi susah. tak tau apesal.

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
polis. sape yang mahu jadi polis zaman sekarang nie? tapi tu dulu. sekarang tak mahu jadi polis lah. korupsi sahaja.

5. Kalau ada, ceritakan satu dari kisah2 sedih dalam hidup anda. (tak payah cari yang 'paling sedih' sbb aku tahu, korang bukan ingat sangat pun)
mak aku. cukup

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
aku shave misai semua orang kat blok aku time dorang tido. tapi shave sebelah je. pastu curik semua shaver yang ade kat blok tu. pastu kita lihat esok paginya. haha..kelakar. seperti biasa. idea jahat dtgnya dari aku. dan aku tak meneysal lansung.

7. Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak, apa hobi2 anda?
sejak ini sy suka blogging. dua menjak sy suka main gitar. dulu-dulu sy suka suka baring tgk tv. hobi yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingat dan selalu membuatkan anda beringat2?
"kalau polis kat Melaka ni saman orang selekeh, mesti kau dah banyak kena saman dah"-mak aku

9. Apakah ketakutan yang masih menghantui anda?
aku takut jika aku silap memilih

10. Dah itu je. anda dah makan?
belum. lapar.

sape yg suka soalan ini. atau suka tag ini. tidak pernah membuat tag, saje saje nak tulis yang dirinya ditag supaya kelihatan cool dan hebat, saje nak menaikkan nama akukopikausiapa? di blog-blog anda, atau sudah tidak ada idea untuk entri baru anda. ANDA DITAG!!



Read more...

15.12.08

kamu hanya tahu menghabiskan duit

Fesyen itu jenamakah?

hey *engkau yang bodoh itu. tak perlulah engkau terpedaya dengan majalah-majalah seperti Eh! dan perempuan atau Cleo yang menayangkan model-model bercoli dan menyuruh engkau memakai pakaian berjenama mahal-mahal. dan engkau yang bodoh hanya melihat di dalam majalah, pergi ke kedai yang dimaksudkan kemudian mencuba dan mengharapkan pakaian itu sesuai di badan kamu. sesungguhnya kamu sangat tidak cantik dengan pakaian mahal kamu itu.

aku lebih suka melihat gadis berpakaian murah, tetapi pandai dikenakan dan sangat cantik. aku lebih suka melihat gadis berpakaian normal dari melihat gadis berpakaian pelik seperti baru lepas membuat pertunjukan sarkis.

aku boleh mendapat baju yang lebih cantik dan kena dengan badan engkau tu dengan harga jauh lebih murah. aku tidak faham apa dalam pemikiran gadis-gadis ini memakai pakaian yang mahal nak mampos dan tidak kena pula dengan gayanya dari pandangan mata aku. sedarkah kau hanya menghabiskan duit sahaja?

jika itu yang kau suka, aku tidak boleh buat apa. aku hanya pelik sahaja.


*harap maklum. aku tidak menujukan kepada sesiapa lansung. serious. ini pengamatan sahaja.

dan lagi satu. aku bukan anti pakaian berjenama. kalau berjenama mahal, dan kena dengan tubuh badan kau. tahniah. berbaloi lah maknanya. kalau mahal dan tidak kena. itulah yang aku cakap bodoh. dan kalau bagi mereka cantik. maaf. tidak di mata aku.



Read more...

14.12.08

Hari ini 2

penulis mengucapkan hi kepada semua dan selamat pagi.

Hari ini penulis berasa bahagia kerana bangun seawal 6 pagi. Membalas komen anda pagi-pagi dan rupanya idea akan datang bila kita bangun pagi. penulis hanya berharap tidak akan tidur pada selepas asar dan waktu maghrib lagi untuk memulihkan pemikiran otaknya yang makin gila dan entah apa-apa.

penulis ingin berterima kasih kepada semua pengunjung blog akukopikausiapapulakkauingatakukesah? ini. belakangan ini penulis jarang berkunjung ke blog-blog orang lain kerana sifat penulis yang sungguh pemalas di kala cuti dan selalu juga keluar rumah. kerana bagi penulis setakat bagi komen yang tidak bernas dan tidak berisi baik tak payah bagi komen. tetapi penulis tetap akan membaca blog orang lain jugak cuma kurang sedikit, dan hanya komen jika ada isi. tapi kadang-kadang penulis akan komen yang entah apa-apa jugak.

kepada encik hans yang selalu YM penulis dan penulis tidak balas. harap maaf. penulis jarang di depan komputer dan tidak offline YM. biarkan sahaja terbuka. maaf lagi sekali.

Penulis mendapat idea untuk menulis tentang rempit. kerana bagi penulis rempit mempunyai identiti Malaysia. Sekurang-kurangnya identiti negatif rempit ini boleh bersaing dengan identiti negatif dari negara barat yang lain. Mana lagi wujudnya golongan yang memakai seluar carrot cut, memakai topi, berambut ekor dan diwarnakan dengan pewarna murah, baju besar melebihi cawat seluar. hanya di Malaysia. Mungkin kalau datangnya dari negara barat. pasti itu menjadi ikutan anak muda di Malaysia bukan?

Penulis seperti ingin membuka kedai menjual pemakaian rempit dari helmet ke kasut tahan kemalangan. Kedai ini bukan menjual barang motosikal. tetapi apa-apa berkaitan rempit. Mungkin menjual pewarna rambut juga. Mungkin akan menjadi ikutan anak muda di barat juga.

Penulis mengundur diri,



Read more...

12.12.08

kejengkelan tentang hafiz

bagi sesiapa yang belum tahu. Nama betul aku Hafizudin B hamdan. orang panggil aku Mushi. malas nak cakap pasal apa. mungkin disebabkan kekacakan aku dan ke'tough'an aku bersesuaian dengna nama Mushi. haha. tipu.

Entry kali ini lebih kepada mengutuk diri sendiri. tentang apakah yang menjengkelkan tentang diri sendiri. jika kau orang tanak baca tak mengapa. kalau baca terima kasih. Aku memerlukan idea bernas.(penulis sedang tunduk dan menggaru kepala). Aku berminat dengna komen Hanif mencadangkan tentang movie mempengaruhi hidup masyarakat. aku pon terpikir benda yang sama sewaktu menonton penarik becha kelmarin atau semalam aku tak ingat di ASTRO Prima. Kerana kau tahulah, cerita penarik becha adalah filem yang bodoh, bangsat dan menyakitkan hati.

baiklah. biar aku senaraikan perkara yang paling kau orang akan benci tentang aku.

1. aku suka membohong. aku memang hebat menipu. aku sendiri tau aku hebat menipu. aku pandai memutar belitkan cerita dan mempengaruhi orang untuk percaya. Aku tak tau dari mana datangnya. tapi idea aku untuk menipu sekelip mata sahaja sampai di kepala otak aku. Aku pernah menipu kawan aku yang handphone aku terlampau kecil sehingga boleh dimakan dan dia percaya. kelakar.Aku suka menipu benda benda bodoh. menipu benda yang serius pon pandai juga.

2. aku garang. aku sangat serius bila benda yang melibatkan hal berkaitan kerja-kerja studio. aku memerlukan orang mengikut cakap aku(aku tau ini bangsat. tapi susah nak kawal). aku tidak suka orang lambat bergerak, tidak faham ape yang aku cakap dan menganggap benda yang lain, atau menggedik. tapi aku cepat cool down. sangat cepat.

3. aku tidak akan keluarkan duit untuk gadis. aku tidak akan keluarkan duit untuk kau. jika kau mahu belanja aku, terima kasih. tapi untuk membelanja pakaian kau atau memberikan kau hadiah harap maaf. aku bukan lelaki sebegitu. dan kau juga bukan isteri aku.

4. aku tidak suka teman wanita aku berbadan besar. jika aku mendapati teman wanita aku berbadan besar dan naik. aku akan menyuruhnya menjaga badan(dengan cara yang paling lemah lembut dan baik). aku tidak suka wanita "banyak air".

5. aku suke mengkritik dan memberi komen. aku tak tahu apesal tapi aku suke perhatikan orang. tapi aku perhatikan dengan kadar terlampau cepat sehingga kau takkan sedar. dan aku aku akan komen. Komen aku selalunya jarang yang membina bila aku tidak suka sesuatu perkara. setakat teman wanita aku atau bekas teman wanita aku yang dikritik cara pemakaiannya sudah biasa. sehingga mereka ingin membakar sahaja baju itu. haha.

6. aku tamak. aku mahukan semua. semua aku punya. tak kira. aku punya jugak. haha

7. aku suke baring bila tak buat apa-apa. bila aku malas mahu membaca, mahu main gitar, mahu chatting atau mendengar lagu. aku akan baring tanpa membuat apa-apa. lagi skali. tanpa membuat apa-apa. baring dan berimiginasi. aku mendapat idea dengan cara inilah. haha

8. aku cepat menghabiskan duit. aku tidak tahu mana perginya. duit itu akan habis dengna cepat. tiba-tiba akan habis. apa yang dibeli semua tak tau. pelik.

9. aku tidur time maghrib. ini perkara yang paling aku sedang cuba elakkan. tidur maghrib. aku takut aku menjadi gila. sebab sekarang ini pon aku macam seorang yang gila. nanti otak aku jadi seperti tersekat dan badan menjadi malas, tidak mampu berfikir dan sedikit tidak betul.

10. aku tahu korang yang mmebaca akan bosan dengna entri kali ini. akibat tidur maghrib. jangan tido time maghrib. idea aku semua seperti tersekat. ayat aku jadi merapu. isi tidak dapat diulaskan dengan baik. badan menjadi malas. telur menjadi kecut. maaf. sensitif.haha


sudahla,



Read more...

9.12.08

jika kau mahu gadis

disini aku bagi perkara yang kau perlu dan jangan buat jika kau mahu gadis. ini berbeza dengan cara mengorat gadis yang aku pernah tulis. itu lebih kepada spesifik. yang ini lebih umum.

1. jangan meludah di khalayak ramai. ini bukannya tahun 60-an lelaki meludah untuk nampak lebih cool. mungkin kalau kau betapa hensem dan gagah sekalipon. jika kau meludah akan menimbulkan rasa geli dan benci terhadap diri kau. lebih-lebih lagi jika kau meludah dan kemudia buat muke bangge selepas meludah itu. bukan sahaja gadis bencikan kau. aku pon benci melihat orang meludah ni. ditambah lagi dengan bunyi meneran tekak pastu ptuih. sambil menaip ni pon aku nak muntah memikirkan.

2. memakai gel atau minyak rambut terlampau banyak dan menjadikan rambut terlampau berkilat juga akan menggelikan gadis. kadang-kadang sampai meleleh-leleh minyak rambut di dahi. dahi pon jadi berkilat. lepas tu keras plak tu. kalau pakai gel rambut sebaik-baiknya sedikit sudah cukup ataupun jangan pakai lansung. pakailah wax. lebih bergaya dan lebih kacak.

3. rambut leper. ini zaman sekolah rendah punya rambut ni. rambut leper yang lebih-lebih lagi disikat rapi dan belah tengah kemudia berkilat. aku lebih terima belah tepi dari belah tengah. apa kata kau pakai tangan sahaja. lebih seksi dan percayalah, pasti lebih ramai gadis sukakan kau.

4. bermisai tapi tidak berjanggut. pelik bukan? mungkin kau boleh mengorat wanita umur 40-an jika kau mempunyai misai tapi tidak berjanggut. cukur sahaja misai lebat kau tu.

5. membuat kelakar tak jadi. jika kau duduk dengan sekumpulan gadis yang kau tak kenal lansung. jangan cuba tarik perhatian tidak semena-mena.jangan cuba tunjuk hebat. lebih baik kau senyap dan mendengar sahaja. kelirukan hati gadis-gadis ini kononnya kau pendengar yang baik. tambah sikit-sikit sahaja. selitkan dengan unsur jenaka sedikit yang boleh. baru mereka rasa selesa nak lepak dengna kau lagi. jangan menggelabah buat kelakar tak jadi, cakap kuat-kuat. jadi setenang mungkin. kau bukannya ingin tarik perhatian gadis darjah satu.

6. membawa beg tangan girlfriend kau. ini tidak romantik atau sweet. tolong faham. kau patut tahu, beg tangan tuh direka khas untuk wanita. untuk menonjolkan ciri kewanitaan kepada wanita yang memakainya. sebagai aksesori kepada wanita jugak. dan selalunya perlulah disesuaikan dengan pemakaian perempuan itu. tapi kalau kau yang bawa. apa ertinya? bukan sahaja merosakkan pemakaian kau, tapi kepada wanita tu juga. kalau ingin dipegang kejap, kerana gf kau ingin pergi tandas. janganlah kepit di ketiak, pegang jelah macam pegang beg plastik.

7. mencarut. aku suka mencarut. memang kalau mencarut aku cepat je. aku mencarut sebagai penguat kata adjektif. tapi kalau kau dan aku mahu gadis. kurangkanlah mencarut. pilihlah mencarut yang lebih sopan seperti bodoh, bengong, tahi, babi, telur, bangsat atau shit. kurangkan penggunaan seperti butoh, lancau, kimak, puki, pantat, lahanat. kurangkan mencarut berkaitan kemaluan diri sendiri dan perempuan itu.

8. berlagak, bising dan menggelabah. jika kau begini, pastinya ramai gadis bencikan kau. malah berkawan dengan kau pon tak nak. cuba jadi lebih relax. lelaki yang merendah diri, misteri dan tenang lebih diminati. tapi sekali-sekala kelihatan excited. lagi lah gadis suka. gadis ini, kau perlu faham. sifat inginnya terhadap sesuatu benda adalah sangat tinggi. lebih kurang kau berikan kat mereka, lebih mereka inginkan. sebagai contoh. Ahmad seorang yang tak banyak cakap. tapi bila die berborak dengan Aminah. Die jadi lebih banyak cakap. tapi banyak sedikit sahaja. jangan banyak sangat. pasti Aminah sangat teruja merasakan dirinya hebat membuat Ahmad banyak cakap. Dan pasti Aminah ingin berborak dengna Ahmad lagi. Walhal Ahmad hanya menipu sahaja. hahahaha.

9. gadis lebih sukakan lelaki yang serious. Jika kau pemalas sekalipon, berlakonlah seperti kau sedang membaca buku dengan muka yang serious. tetapi janganlah nampak sangat menipu. (mungkin aku patut tulis tentang cara menipu berkesan. haha.) ok. janganlah buat muke terlampau serious. baca sahaja walaupun itu pertama kali kau membaca buku ilmiah. muke kau akan jadi sedikit serious secara sendirinya. Muka serious itu menunjukkan keyakinan dan kebolehan untuk komitmen kau. tapi janganlah pula serious sepanjang masa. pelik pula. tunjukkan muka konsentrasi bila membuat kerja. bila tidak buat kerja. buat bersahaja sahajalah.

10. belajar ilmu terbang. jika kau boleh terbang. pasti ramai gadis suka kau. hahahahahahah.



Read more...

Orang Gemuk

menyahut persoalan hans tentang mengapa orang gemuk selalu dibuli. maaf jika sesiapa terasa. aku hanya menjawab persoalan sahaja.


sepatutnya kau semua perlu berasa hairan mengapa orang yang gemuk dibuli. oleh orang yang kurus pulak tuh. bukankah yang gemuk sepatutnya lebih kuat dari yang kurus? tetapi dibuli juga. hairan bukan? orang yang dibogel-bogelkan di sekolah dahulu semuanya yang berbadan besar, berkulit sangat hitam ataupun yang terlampau nerd. Mengapa eh agaknya? kalau di dalam cerita cerita televisyen juga memaparkan perkara-perkara sebegini. aku juga pernah dibuli, dan aku juga membuli orang sekali-sekala, pengaruh rakan sebaya agaknya.

aku dahulu pernah ingin menyelamatkan seorang budak dari terus menjadi mangsa buli kawan-kawan aku yang lain(baik tak?haha). Dia gile babi nerd, memang tak tahan punyer nerd. ini semasa tingkatan 1. kau pernah melihat orang yang memakai baju batik atau baju outing, dengan memakai tali leher, memasukkan baju batik itu didalam, butang smpi atas, memakai seluar sekolah yang cerut, singkat, kemudian pakai kasut kulit dan berjalan bongkok(kedua-dua belah tangannya di parat lutut dan tegak sahaj tangannya)jalan pula terhenjut-henjut?. ini gila nerd dan pelik. dia memang sellau dibuli. aku berkali-kali mengajarnya cara berpakaian dan membetulkan jalannya dan membackupnya bila mahu dibuli. tapi kadang-kadang tidak terdaya. kelakar betul bila ingat balik.

aku rasa atas faktor berserah sahaja oleh mangsa buli. ini memang tindakan bijak berbanding pembuli kerana mangsa buli malas mahu memperbesarkan cerita. tapi jika sudah sampai menjatuhkan maruah. perlulah dilawan balik. tunjuk sahaja keras sedikit, pasti si pembuli berasa takut.

Mangsa buli ini juga selalunya seperti memang mahu dibuli. Aku tidak tahu apesal. apakah salahnya ataupun apa. memang dilihat seperti mahu membuli sahaja, tiada salah tiada apa-apa. tetapi mahu membuli jugak. seronok pula melihat bila orang itu dibuli. Buli-buli yang memalukan adalah lebih efektif pada masa sebegini. aku juga ada kenal dengan satu orang ini sepanjang pengenalan aku dengan dia dari sekolah rendah, dia memang tidak pernah tak dibuli kat mana-mana sekolah pon. kat mana-mana mesti kene buli. dari kecik sampai besar, sampai aku pernah sembahyang jumaat dan ternampak die. sudah besar, itupon aku rasa mahu membuli dia. jahatnya aku. dan aku nampak kawan-kawan die sedang mengenakan dia. masih tak berubah. walaupun sudah besar. apelah.

tapi peliklah, apesal orang yang lain dari lain akan dibuli. aku pelik betul. kesianlah. tak baik betul.
pembuli-pembuli(aku bukan pembuli. aku normal. tidak terlampau jahat dan tidak terlampau nerd) yang merasakan diri mereka sempurna ini hanyalah ingin mencari keseronokan di kala waktu pembelajaran yang sangat membosankan. apa ertinya sekolah jika kau tidak pernah buat jahat lansung. itu bukan sekolah namanya. itu tempat baca buku dan balik.

susah betul topik kau ni hans. kesimpulan yang aku boleh buat. mangsa buli dibuli ialah kerana kurang keyakinan diri.



Read more...

8.12.08

cuba



setelah diambil. lihat balik. seperti gambar SN pula yang semasa wedding di London tu. takpela. aku tidak profesional pon.hanya sekadar hobi. orang pon tak kesah. haha
tapi gambar yang disebelah kanan itu. muke akak aku under expose. nak cepat sampai terlupa nak on flash. oh. dan aku sekarang suka noise. seperti ganas kalau ada noise yang banyak.huhu

ini gambar sendiri. pttnya ade kepala. tapi dicrop oleh aku. haha


ok.

sesiapa yang membaca. cuba anda bagi topik kat aku. aku baru sahaja ingin menulis tentang kejengkelan wanita terhadap lelaki. tiba-tiba membaca blog melayuminimalist. die pon menceritakan tentang topik yang sama. point yang aku fikirkan juga hampir sama. tidak jadilah untuk menulis. jadi aku sudah tiada topik. 

sebarang topik yang kau orang ingin aku kupaskan?
aku akan cuba sedaya upaya dan sehabis baik.




Read more...

6.12.08

Pemikiran Kelas Tiga

ini bukanlah mengenai pemikiran budak-budak kelas tiga anggerik atau kelas tiga pisang. ini mengenai pemikiran tahap kelas ketiga. Mengapa hanya ada kelas pertama dan ketiga? Dimana kelas kedua? kerana jika diletakkan kelas pertama dan kedua sahaja, tidak nampaklah jurang perbezaan yang ketara.

selalu orang kaitkan pemikiran kelas ketiga ini lebih ke arah melayu, tetpai aku bukan ingin membuat penilaian yang begitu. aku lebih suka meletakkan kepada individu. sesiapa sahaja boleh mempunya pemikiran atau mentaliti kelas tiga ini. tidak kira lah mat-mat salleh, cina, melayu, orang portugal mahupun peniaga kedai dobi atau cristiano ronaldo yang bangsat itu.

1. Malas
tidak mahu berusaha, lebih suka melepak dari membuat kerja. hanya duduk termenung dan kuat berangan-angan sahaja. suka membayangkan sesuatu yang diri sendiri tahu tidak akan dapat jika tidak berusaha. sebagai contoh ingin membuka perniagaan kedai dobi. tapi tidak mahu bekerja mengumpul modal atau apa-apa sahaja. mengharapkan duit-duit itu semua datang dari langit. cuba meyakinkan orang lain bahawa dirinya akan berjaya suatu hari nanti. walhal seekor bangsat.

2. redha
aku tgk berita tadi. mengenai tanah runtuh di bukit antarabangsa. entah siapa cakap dalam TV bahawa kita perlu redha dan bersabar sahaja. Kepala hotak engkau! tidakkah kau tahu buat rumah dekat situ memang mengganggu alam sekitar. tidakkah kau terfikir bina rumah-rumah di atas bukit memang mengundang bencana alam? kau tak terfikir kah untuk cakap jangan ganggu alam sekitar lagi. ada juga yang sudah miskin dan redha sahaja dan mengharap bantuan orang lain. tidak mahu berusaha lebih ka? jangan cari alasan. jika tidak, takkan berjaya. kalau boleh jangan cuba pon. tiada percubaan. buat atau tidak sahaja. jangan cuba. buat.

3.dengki
mencabar orang lain dengan cara dengki. tidak bersaing secara sihat. sabotaj. cara mudah mengangkat diri sendiri. tidakkah kau sedar jika kau sabotaj orang, engkau masih di situ juga. tidak akan memajukan diri lansung. aku benci orang yang dengki-mendengki ini.

4. tidak mahu menerima benda baru
Permasalahan ini selalunya orang tua. Ego dengan pegangan mereka. sebagai contoh, sekolah rendah bukit piatu mengadakan jamuan makan malam dengan tetamunya semua duduk di atas meja bulat. Bila usul untuk membuat semua tetamu makan di bawah secara tradisional. ditolak habis-habisan. kononnya akan tidka sama dengan tradisi sekolah apa bangsat semua. Oh, bodohnya orang begini. aku sangat benci dengan orang begini. kebiasannya aku akan melawan dengan cara sarkastik. benda yang tidak salah dari segi agama atau budaya, jika ia sesuatu yang segar, apa salahnya terima? matilah kau di bawah tempurung.

5. memikirkan hal orang lain dari diri sendiri
aku tidak suka tengok saluran 712. E! channel. ceritanya banyak mengenai cerita artis-artis, gossip-gossip, siapakah yang paling kaya. real life seseorang artis. Bodoh apakah yang aku perlu tengok cerita sebegitu? Apakah pengajaran yang aku dapat? aku rela menonton geng bas sekolah, sekurang-kurangnya ada watak melly yang comel itu. huhu. Sibuk dengan gossip dan mengumpat tentang hal orang lain. Apalah yang aku dapat dengan mengetahui cerita mereka semua itu. Cerita amboi amboi amboi, saluran astro ria. itupon bodoh juga. kalau aku di tempat orang yang menjawab soalan azwan hj ali itu. pasti aku akan kenakan dekat dia balik.

6. pengikut
sudahlah, mengapa kau terikut-ikut dengan ketua kau itu. kau tiada jalan sendiri kah? mengapa kau mendengar bulat-bulat cakap orang? fikirkanlah cara sendiri. tetapi janganlah tolak pendapat orang lain. orang yang menganggap dirinya betul sahaja juga aku kelaskan dalam pemikiran kelas ketiga.

7. Emosi dan tidak optimist
terlampau bersedih dengan sesuatu perkara seperti hidup ini sudah tamat. semacma bodoh sahaja aku tengok. ingin sahaja aku tendang orang-orang begitu. sperti tiada telur. Merelakan apa sahaja yang berlaku, cubalah berusaha sikit. jika hilang gadis, mungkin bersedih. tetapi jika mahu hingga membunuh diri. apalah yang bodoh sangat diri engkau itu? Aku bengang bila orang cakap "aku serabut dengan masalah aku sekarang".tapi dia hanya berserabut mekirkan keserabutan sahaja, tidak mencari penyelesaian atau memulihkan keadaan.parah. kalau aku, aku tidur. lama..kemudian aku akan fikirkan satu persatu.

jika kau orang ade tambahan, silalah tambah di ruangan komentar.

sudahlah,
aku merapu sahaja,
aku perlukan idea lebih bernas,



Read more...

5.12.08

Gadis Terlampau

seperti biasa. tajuk yang aku gunakan untuk menarik perhatian pembaca. Betapa isu seks mengumpuli kepala otak kau orang semua dan menarik minat pembaca. haha.

biar abang hafizudin bin hamdan ini ajar bagaimana kau mahu tackle gadis. Aku bukan bercakap tentang minah-minah rempit. kalau gadis begitu kau tunggang sahaja motosikal laju-laju, buat aksi meletakkan kaki di tempat duduk belakang, angkt tayar depan motor kamu smbil menunjukkan zakar. pasti mereka tertawan.

aku ingin menulis tentang memikat gadis-gadis normal dan biasa, mungkin sedikit punya citarasa dalam fesyen atau muzik atau mungkin gadis bawah umur atau wanita bekerjaya. teori yang bakal aku paparkan ini mungkin lebih hebat dari theory of everything-stephen hawking(baiklah..aku tipu sahaja). ini semua dihasilkan dalam kepala aku sahaja, jadi kalau tidak berjaya jangan salahkan aku pula.

1.Jual mahal
ya. jual mahal. jangan mudah teruja. Bila anda berselisih dengan orang yang anda minat. jangan tegur, jangan pandang. tunjukkan bahawa anda tidak memandang lansung gadis itu. Tapi jangan sampai dia tidak kenal anda pula. pasti kau bertanya,"jadi bagaimana abang hafizudinku yang hebat?" aku sambil gelak ketawa dan berlagak tahu ini akan menjawab, " berboraklah dengan orang di sekelingnya, kawan mereka, sengaja dtg ke studionya atau kelasnya, datang ke rumahnya untuk berjumpa maknya, pergi ke kedainya".. apa-apa sahaja, tapi perlu diingatkan, jangan pandang muka mereka, tegur mereka atau apa sahaja yang menggalakkan perhubungan. setelah lebih kurang 6-7 kali kau berbuat begitu, tegur sahaja mereka sekali. sudah cukup. tapi biar ia berkesan. sebagai contoh, " eh..jah(nama kawan mereka) nie member ko eh? aku tak pernah nampak pon", dan kemudian cakap "hi" kepada gadis itu, kemudian itu sahaja, terus blah. jangan pandang-pandang lagi dah. biar dalam hati mereka berkata,"kurang ajar punya laki, aku punya cun-cun nie kau tak perasan". perempuan inginkan perhatian,biasalah.

2. berborak sekali-sekala
setelah beberapa kali kau buat teknik 1. berboraklah pula dengan gadis pilihan anda itu. AMARAN!!jangan biarkan kawan mereka tadi bersendirian, jangan tidak berborak dengna mereka pula bila sudah mula berborak dengan gadis pilihan anda ini. jika tidak, percayalah kawan gadis pilihan anda ini akan mengutuk keras anda. cemburu mungkin? ok. pastikan isi percakapan kau tidak bodoh, jangan buat kelakar tidak kena, pastikan anda tahu jenis perempuan bagaimanakah gadis pilihan anda ini. dan jangan cerita berlagak. bukan perempuan sahaja tidak suka, aku malah semua orang tidak suka ingin berborak dengan kau. cara berborak sila belajar sendiri. bacalah buku how to talk to anyone siapa tulis aku pon tak ingat. pastikan isi perbualan anda kelakar, tidak serius, comel, berwawasan, tidak menunjuk, rendah diri dan seperti selambe sahaja. jangan cuba seperti anda betul-betul mahukan perempuan itu. tidak mahu gadis itu memijak kepala anda dan mempergunakan anda. jangan tunjuk betapa gilanya kau kat gadis itu.

3. pujian
ini mungkin teknik paling biasa. tapi bagaimana pula jika kau tak kenal siapa perempuan itu? cari sampai dapat, siapakah yang mengenali perempuan itu. jika sudah dapat kawannya, beritahu kawannya bahawa kau rasa perempuan yang anda minat itu comel. buat buat seperti tidak tahu bahawa mereka berkawan baik. percayalah, berita itu akan cepat sampai ke perempuan itu, akhirnya perempuan yang anda minat itu akan cuba mencari siapakah anda. setelah die kenal anda, buat teknik 1 dan 2.

4.biar perempuan itu nampak anda
ini mungkin teknik paling bodo pernah aku fikirkan. tapi mungkin berjaya. biar perempuan itu fikir, asek nampak dia aje. tapi janganlah pula kau tayangkan muka kau betul-betul depan muka perempuan itu. takut dicop gila pula. pastikan jarak jauh, tapi jangan pula melihat. buat-buat tak nampak sahaja. jika anda nampak perempuan itu dari jauh. pergi ke kawasan di mana die boleh melihat anda. kemudian buat tak tahu sperti anda tak nampak perempuan itu. buat teknik ini dalam 10 kali. kemudian jangan buat lagi sehingga beberpa minggu. kemduian buat semula. sehingga beberapa lama sehingga kau cukup yakin untuk menegur gadis itu.

5. cakap hi
cakap sahaja hi kepada gadis itu seperti biasa jika berselisih. buat banyak kali. selepas itu jangan buat lagi jika anda berselisih dengan gadis itu. beberapa lama. buat lagi sedikit. kemudian berkurangan. kemudian tegurlah.

6. no telefon
ingat!, gadis yang anda ingin pikat ini adalah gadis yang cun, takkan mereka ingin beri sahaja no. telefon sesukahati. buat-buat seperti anda tidak mahu lansung no. telefon gadis itu. dan jangan minta dekat kawan mereka. kalau anda minta kat kawan mereka, jangan msg spert ini

kau : hi
gadis: sape nie?
kau : adelah...rahsia..
gadis : pergi mampos

tiada telurkah kau untuk mengakui diri kau..sebaliknya buat begini...

kau : hi..ejah kan?
gadis: ye..sape nie
kau : ini Ismet Ulam Raja la..
gadis:ouh..hi..
kau : teruskan dengan soalan soalan ringan.

kemudian bila sudah telefon. jangan bercakap lama, sekejap sahaja sudah cukup. jangan biar gadis itu puas. bila mahu berhenti cakap, jangan cakap anda mahu makan, buang air atau mahu keluar. sebaliknya tipulah bahawa anda ingin membaca buku"gantikan dengan buku paling ilmiah anda ada di rak buku anda", menonton berita atau membaca surat khabar. tunjukkan keintelektualan anda. walhal anda hanya terbaring depan TV.

7. jadi selekeh
jadilah selekeh. paling selekeh, jangan cukur misai, jangna pki stokin, baju mungkin tidka bergosok lebih kurang dalam sebulan. tegurlah gadis itu, pasti dia tidak layan, tapi tak apa, tegur sahaja. kemudian setelah sebulan, anda potong rambut, cukur jambang anda, pki kemas sedikit. kemudian tegur perempuan itu. pasti die teruja melihat anda dan mungkin dia akan cakap. "asal macam hensem je nie?" padahal muka anda sama sahaja. hanya mewujudkan ilusi kepada gadis itu.

selamat berjaya. jika ada idea lagi..sila tambah sendiri.








Read more...

4.12.08

bagaimana kumpulan terbentuk?

Atira di blognya menceritakan tentang label dan melabel. aku comment di blognya dan mendapati seperti sesuai jika diletakkan di sini..namun aku akan membuat penjelasan lanjut lagi. ini komen aku kat atira :

label ini bagi aku start bila pengaruh. kalau kau tnaya mcm mane sistem label ini beroperasi. pastinya melalui pemerhatian dan pengamatan terhadap sekumpulan orang dan kawan-kawan.
bukan melalui di mana dia minum dan pemakaiannya, tetapi perangainya. masalah di sini bila perangainya begitu, selalunya pemakaian dan gaya hidup nya sejajar dengan perangai yang ditonjolkan.
kita kenal orang melalui perangainya bukan? disitulah cara orang di label.

orang ini, tidak mahu ketinggalan, siapa yang lebih cool dan mengikuti arus perdana akan diikuti seperti artis. kepada sesiapa yang mengikuti, sedikit-sedikit akan mengikuti perangai orang yang diikutinya itu, lalu mengikut pula gaya hidup dan pemakaiannya dan segala benda lagi. maka wujudlah puak puak seperti kau ckp, artlah, indie la, kumpulan gadis hot, kumpulan lelaki sangap ataupun apa-apa sahaja kumpulan di dunia ini bila dalam diri pengikut-pengikut kumpulan ini merasakan ikutan mereka itu cool.

dan mereka semua berperangai sama, gaya hidup kebanyakkannya sama, dan segala macam lagi yang sama. jika tidak masakan mereka satu kumpulan?

lanjutan :

mengapakah wujud kumpulan-kumpulan ini? kumpulan-kumpulan ini semua bukan sengaja diwujudkan, malah ia tidak didaftarkan pon. aku sendiri membenci orang yang berkumpul-kumpulan ini kerana aku berkawan dengan semua orang. mengapa perlu mempunyai kumpulan-kumpulan bangsat ini? tidak bolehkah menjadi normal? sperti komen aku kepada atira. ia hanyalah mengenai siapa yang lebih cool. siapa yang lebih kuat dan berkuasa. pengikut yang ramai dan sebagainya. kebodohan ini perlu dimansuhkan dari pemikiran segera.

lebih berat lagi apabila pengikut pengikut kumpulan-kumpulan yang dinyatakan sangat berbangga dengan diri mereka sendiri hingga wujudlah komuniti yang memakai baju bertulis "aku sangat indie"(baju paling bodoh pernah aku lihat. siapalah yang memakainya), nickname seperti "party girl", dan menggelarkan diri mereka "kami kumpulan chidak bewapa melayu, kami kumpulan campuwan bawat bangsat"(oh, ryhme pula,barat bangsat).

label ini diri sendiri yang bawa. jika ada orang melabel anda, pasti anda perlu fikir mengapa orang melabel anda. jika orang cakap seseorang itu bodoh, pasti ada sebab mengapa die dipanggil bodoh. babi, bangsat, telur dan sebgainya.

sudahlah,



Read more...

2.12.08

Terangsang

sengaja aku tulis tajuknya begitu. supaya kau baca. oh..tentang mengapa aku suka menggunakan perkatan engkau berbanding kamu, kerana adakah orang yang membaca blog aku secara beramai-ramai? pastinya sendirian, jadi perkataan engkau lebih sesuai digunakan.

Terus kepada tajuk

Semasa kecil kecil dahulu aku terfikir. mengapakah bentuk badan memberi satu sensasi kepada orang yang melihat? apakah yang istimewa tentang abdomenku, dada ku yang mantap ini dan tangan ku yang kuat ini? aku pelik kerana gadis selalu memerhatikan bahagian ini di badanku.haha. tidak. aku tipu. badan aku kurus. tak gagah lansung. tidak kesahla hal itu. ok. mengapa buah dada dan pinggul menjadi panahan pertama bagi mata lelaki?

aku terfikir mungkin kerana ia dirahsiakan. kerana ia ditutup sentiasa, mengakibatkan keterujaan apabila melihatnya. sifat inkuiri dalam diri setiap manusia mengakibatkan bahagian2 itu mewujudkan keberahian. Betapa hebatnya ciptaan Allah menjadikan perkara sebegitu.

Mengapa tahap keterujaan kita berbeza dengan bentuk badan yang berbeza? Mengapa apabila kita melihat, sebagai contoh peha wanita berbeza tahap keterujaan apabila melhiat dada wanita? adakah bahagian-bahagian ini mengeluarkan semacam bauan kepada lelaki untuk memberi reaksi kepada tubuh lelaki?

Bagaimana jika ada planet yang hidung adalah kemaluan. semua orang di planet itu menutup hidung. adakah teruja jika manusia di planet itu melihat hidung?apakah perasaannya sama? dan membiarkan sahaja bahagian lain terbuka. Oh, aku ingin berada di planet itu. haha.

mengapa bila lelaki memegang lelaki tiada apa yang dirasai dan bila memegang wanita naik darah satu badan? apakah perbezaannya? jika ingin dikatakan badan wanita lembut dan kulitnya juga lembut. Aku pernah melihat badan kawan lelaki yang seperti gadis, malah kulitnya juga sama. mengapa aku tiada perasaan?

Kewujudan kemaluan ini memberikan tanda tanya kepada aku. mengapa ia bersifat meransang? Memang ajaib ciptaan tuhan.

Tubuh badan ini sendiri ajaib. Bentuknya, fungsinya, semuanya membuatkan orang berfikir. Apa yang dipelajari di matrikulasi dahulu, selepas penerangan semula oleh hanif. Mengapa kita melihat badan kita seperti sesuai dan cantik? kerana kita dijadikan dengan ukuran-ukuran yang tepat, seperti panjang tangan dari hujung jari ke hujung jari manusia adalah ketinggian manusia, pingang manusia adalah 2 kali lebih besar dari leher manusia, panjang siku ke hujung jari manusia adalah tapak kaki, sehingga kepanjangan zakar pon mempunyai teori sendiri yang tidak tahu sahih atau tidak dan pelbagai lagi. cantik bukan? sungguh tepat dan detail. Sungguh ajaib.Kagum.


P/S : Dunia ini sudah hendak kiamat. Orang yang baik akan mati dahulu.Bersabar sahajalah.



Read more...

Kemungkinan BESAR!

orang yang terlampau menjaga muka dan rambut adalah orang yang berambut dan bermuka teruk. Maaf.

Mengapa perlu menayang gambar anda di kelab-kelab malam? Sengaja meletakkan air kencing syaitan di atas meja. Cool kah jika kau menonggang arak? mengapa tidak kau hisap sahaja kemaluan syaitan dan menyedut sahaja air kencingnya. Lebih segar bukan?

Aku tahu, aku hanya mempunyai kereta berjenama haiwan sahaja. tidak perlulah kau menunjukkan kenderaan besar dan lebih laju dari kenderaan aku. Oh, apesal pki sunglass di malam hari? aku tak boleh tahan gelak bila melihat gambar kau memakai sunglass di malam hari, di tepi pantai. Mungkin cahaya-cahaya keimanan dari kawan-kawan kau yang turut sama menghisap kemaluan syaitan itu terlampau terang dan menyakitkan mata kau?

Aku faham kawan-kawan kau semuanya hot-hot belaka. Tolong faham bahawa engkau tidak lah sehot mana. Mungkin engkau tidak hot dan menonjolkan badan mu yang kononnya menggiurkan itu. Sumpah! kalu kau kangkang depan aku pon aku tolak. Mungkin khuatir kau berpenyakit AIDS ataupun rupa badan mu itu sangat menggelikan aku.

Aku suka wanita berpakaian seksi. Aku suke melihat. tapi kalau celah punggungnya hitam berkarat, celah dadanya penuh dengan jerawat. Pusat menonjol. Perempuan juga sakit mata bukan? Aku pelik mengapa rakan-rakan hotnya tidak menasihatkan sahaja beliau. Mungkin untuk menyerlahkan lagi ke'hot'an mereka. Sejak dari aku sekolah rendah aku memerhatikan perkara begini. Sekumpulan gadis hot atau panas akan mempunyai seorang rakan yang tidak hot sangat malah tidak hot lansung. Gadis tidak hot sangat itu bertindak sebagai bodyguard. Selalu aku ingin kacau yang hot. Pastinya yang tidak hot itu menggelabah lebih. yang hot tu cool aja. kelakar.


P/s: aku tidak menujukan entri kali ini kepada sesiapa. Cuma pemerhatian aku selepas melihat gambar-gambar dari sudut atas gadis gadis di friendster sahaja. Maaf. Aku tiada myspace atau facebook.

Friendster - mencari kawan-kawan sekolah lama dan kawan kawan satu tempat pembelajaran
Myspace - mengambil gmbr pandangan ats, menggedik, menggeletis, mencari rakan sex, menunjukkan ke'cool'an, mencari artis, mempromote band, menunjuk body.
facebook - maaf, tiada pengalaman. tapi mungkin gabungan kedua-duanya.



video ini tiada kene mengene..tapi ini aku suke gile.comel..terutama tarian di akhirnya..teringin aku menari mcm ni beramia-ramai..mesti seronok gile.haha.tengok sahaja-lah



Read more...

1.12.08

Hari ini

aku jarang menulis yang berkaitan kehidupan aku sehari-harian. malah aku tidak berapa suka menulis perkara-perkara yang sebegitu. mungkin kerana aku tau ia membosankan para pembaca yang sudi membaca blog bangsat aku. tapi hari ini aku nak tulis juga. sekali-sekala apa salah.

hari ini result klua. aku tak boleh berpuas hati sbb kalau aku berpuas hati kat situ jelah sepanjang aku belajar di UIA. Apa yang menjadi keseronokan aku bila subjek studio aku mendapat keputusan yang sangat membuahkan hasil dan bersesuaian dengan penat lelah aku bekerja di studio setiap hari sampai tak tido-tido. Gile babi penat tak ingat dunia. Aku rasa satu studio aku merasa benda yang sama juga. tiba-tiba rindu suasana studio dengan gelak ketawa dan tekanan semasa membuat kerja. Tekanan pon bergelak ketawa. Seronok.

Subjek-subjek yang lain cukuplah sekadar aku tidak fail. terutamanya subjek Dr. azeez yang menjadi kegusaran budak sekelas aku. Subjek elements of infrastructure. Subjeknya bagi aku mudah, tetapi Dr. Azeez ini seorang yang sangat tidak berkrompomi dalam penandaan kertas. Dahla aku ponteng sehingga mendapat surat amaran yang menyebabkan bapak aku marah aku. Tak fail cukup membuatkan aku gembira.

Principle of Urban Planning yang aku sudah jangkakan keputusan memberansangkan juga membuahkan hasil. Mungkin kerana Bro. lukman yang sangat pemurah hati menanda jawapan kertas aku dengan senang hati walaupun tulisan aku buruk gila. Dulu masa sekolah rendah Cikgu Azila, cikgu BM aku pernah mencampakkan buku aku dengan alasan tulisan macam tahi. Aku seorang yang kuat berimiginasi, dan berfikir. Sangat kuat. Semasa itu aku membayangkan bagaimana tulisan macam tahi? mesti kelakar kalau sebiji tahi memegang pensel dan menulis. Ataupun tulisan berbentuk tahi, bulat-bulat dan panjang menyerupai tahi. Kelakar betul cikgu BM aku. Semasa keputusan UPSR aku cikgu azila tipu aku hanya dapat 1 A. padahal aku dapat 5 A. die cakap die tipu sebab tak percaya. ape punyer cikgu. die ingat bile die cakap aku dapat 1 A. keputusan yang sudah sedia itu akan berubah ke mengikut kepercayaan die? pelik betul.

Seperti biasa hari ini aku duduk seorang kat rumah. Bapak aku pegi KL untuk melihat-lihat rumahnya disana. Akak-akak ku yang penyayang masing-masing memang bekerja di KL. Semalam aku bawa kawan aku tidur di rumah aku, alasan aku takut kerana malam sebelum itu aku lepak-lepak bersama bapak aku di pantai klebang dan bercerita tentang hantu. Cuak betul. Sehingga pukul 4 pagi baru tidur akibat membuat aktiviti-aktiviti di rumah. pukul 2 baru bangun dan menghantarnya ke rumah. Kemudian bosan semula.

Aku baru belajar main lagu secondhand serenade menggunakan keyboard. Walaupun suara aku tidak sedap, aku tetap menyanyi dengan tahap kuat sambil bermain keyboard. Aku tidak hebat main keyboard, baru sahaja belajar. aku pasti Cik Hana lebih hebat bermain. Die main jazz tau. jangan main gile. Aku respek gile die. Aku tak dengar lagi macam mane die main dan suara die. Tapi aku rasa die sangat hebat.

Mungkin esok aku ingin jalan-jalan di kota melaka untuk mengambil gambar, dan mencari cari gadis Melaka. haha. Teringat gadis Melaka. Ada seorang gadis berbadan besar yang mencuit-cuit aku di gig semalam dan tersenyum-senyum.Aku melarikan diri kerana takut akan dibahamnya. Gig hardcore, anda pasti tau bagaimana gadisnya bukan? Kalau gig yang lagunya lemah gemalai dan lebih komersial pastinya gadisnya lebih menarik.

Aku baru sahaja dapat tahu yang aku mula sem pada 22 disember, sambil diri aku memaki hamun," Celaka! lambat lagi!, Ape aku nak buat sial!" pelik, aku tidak sabar nak start sem balik. Kerana bosan, Hari-hari lepak dengan orang yang sama, di kedai yang sama, aktiviti yang sama, muke mamak yang sama, orang yang datang bertandang di rumah aku pon orang yang sama. Cadangan aku kepada Muaz dan Sudang bahawa kami perlu mencari gadis, kerana meja kami sahaja tidak pernah ada gadis duduk bersama.

Oh, Muaz dan sudang ingin membuka studio muzik. Ruangnya sudah ada. Cuma perlu mengemas dan membli drum set sahaja. Dan cadangan aku untuk mencari rakan-rakan gadis diperkukuhkan lagi apabila membayangkan pasti seronok bila lepak-lepak di studio muzik dan ada gadis-gadis hot di sofa. haha. Imiginasi bangsat. itupun kalau yang melepak gadis-gadis hot, kalau tidak hot seperti di gig tadi mcm mane? pasti setiap hari kami dibahamnya seorang demi seorang. Takut.

Aku tak makan lagi. Gile babi lapar nak mampus.



Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP