22.11.08

emosi



nasirah(anak buah) dan ibunya

hobi aku duduk, dan melihat orang. aku gemar betul melihat orang, sambil berfikir apakah yang mereka fikirkan, sampai ketika aku nampak anak2 yang kurang ajar betul kepada emaknya. bercakap kuat, bercakap sinis, meninggalkan orang tua itu berjalan sorang-sorang, tidak hormat lansung!

engkau ada emak?

aku makan diluar setiap hari, aku duduk dirumah sorang2 setiap hari, tiada lagi yang nak menemankan aku bila aku di rumah, walaupon aku hanya balik 2 bulan sekali. aku ingat masa dulu, kalau aku balik, emak mesti suka dan tanak bagi aku balik uia balik. die nak tengok aku.

urm..

emak aku sangat disayangi semua orang di kawasan rumah aku, dia sangat kelakar, sangat baik, selalu membantu orang dan tidak bermuka-muka dengan orang lain. aku satu keluarga tak boleh tahan perut bila die mula mengarut-ngarut crite klaka. kaum-kaum wanita yang masih muda gemar bercerita dengan emak aku, atas sikapnya yang berfikiran terbuka, suka mendengar tapi memberi nasihat dari perspektif yang matang.

aku ingat lagi, aku membawa kawan aku, hana, berjumpa dengan emak aku, mereka berborak dari lepas isya' sehingga pke pukul 2 pagi. keesokannya hana cerita kat aku emak aku menceritakan segalanya-galanya tentang keluarga aku. sehingga menangis-nangis die. dan betapa hana bergelak ketawa berborak dengan mak aku, mak aku membuat kelakar seperti orang muda.tu yang tak boleh tahan tu. huhu.

aku sekarang makan dekat luar, duduk sorg2, bosan gile. kalu emak ade mesti die call aku tetiap kali aku blk lmbt. sekarang takde. betapa aku rindu sume tuh.

aku igt dulu, mak aku nangis bila die dpt tahu aku hisap rokok untuk kali ke 2. pertama, mase sekolah rendah. sewaktu ingin mencuba. mase tu die tak nangis..sbb die tau aku hanya ingin mencuba. kali kedua sewaktu sekolah menengah..tetapi selepas itu, die yang tolong coverkan rokok aku dari kantoi dengan bapak aku.

cerita feveret aku, doraemon dan dragonball. aku igt, mase aku form 1. aku blaja di MRSM serting, mak aku menangis tengok doraemon. hari ape aku tak ingat, pukul 7, die mesti tgk doraemon, hilangkan rindu kat aku, sambil menangis lagi.

ah, aku rindu mak aku.

aku selalu bercerita kat mak aku, aku anak paling manja.aku tak penah malu dengan kenyataan tuh. apa sahaja aku cerita kat die. sehingga masuk UIA, aku jarang bercerita kat die. aku tak tau mengapa, dan sekarang aku menyesal sangat. betapa aku harap aku dapat bercerita kat die seperti dulu.

aku rindu dengan lawaknya, sayangnya, masakannya, tidur di depan tvnya, cara die mencabut uban, malah sendawanya.haha

aku igt, mak aku datang UIA, bagi aku tikar, dan kemudian ajak lepak di kafe untuk berborak-borak. aku tolak, sebab mase tu aku sibuk dengan projek. betapa aku menyesal dan itu kali terakhir sebenarnya.

aku sangat rindu dan tidak penah rasa rindu begini.



13 carutan balas:

The_Joker™ 22 November 2008 pada 9:07 PG  

hurm..sdey plak aku bace...
smoga kau dpt menghadapi hari2 yg mendatang dgn lebih tabah..

BEEdadari 22 November 2008 pada 10:16 PG  

ok lah. sy xde lah rapat dgn arwah makcik mcm "kawan" awk hana tu. hehe. tp sy still igt yg dia cakap handbag sy mcm kawan dia beli kat jusco. hehe. mak awk mmg sgt baik walaupon maybe sy xtau nk borak sgt. sy igt lagi dlu awk pnah ckp ayah awk pkol 3 pagi pon ajak mak awk minum kopi kat lua. sy rasa sgt cool sbb parents sy x pnah mcmtu. sgt sweet. and mak awk sgt x prejudice and sgt baik walaupon sy xrapat dgn dia. masa awk btau tu even da 5 bulan selepas mak awk takder, sy menangis giler tau. menangis giler2 sampai kawan2 sy dtg kat sy tanya n sy nangis kat dorg. sgt sedeyh.

Al fatihah.

seriousinjury 23 November 2008 pada 1:21 PG  

aku pon sdeh gak...
ko buat aku lbih bsyukur dgn ape yg aku ade..

haxe doku 26 November 2008 pada 11:09 PTG  

ko mmg tabah musyi
luahan hati ko mmg bagi kesedaran
aku cuma dapat doakan semoga arwah mak ko dicucuri rahmat..Amin

parkins07 27 November 2008 pada 2:45 PG  

mushi,takziah a shi.gua dpt tau psl ni dr aisyah khalid.pas gua dpt tau gua try contact lu, x dpt plk.arwah mmg seorg ibu yg sgt baek.gua igt lg arwah jahitkan cangkuk sluar gua dlu..adui..kngn2.takziah a k wlpun da lame b'lalu. smoga rohnya dicucuri rahmat & keampunan jua..

georgyna 28 November 2008 pada 11:26 PG  

mushi !
takziah tao. aku tao dr hana tao. suuprised giler. hu. aku tao ko manja ngan mak ko but i do think u will do just fine aite now..bet u miss her a lot tho. so take care babe! i mean it.

kamil hassan,  28 November 2008 pada 11:39 PG  

mushi..

asal aku taktau..

al-fatihah untuk arwah mak ko..

harap ko tabah selalu.

selamat.

SayaialahPa'E 28 November 2008 pada 11:44 PTG  

TABAH.... dugaan..tuhan lebih sayang dia...sebagaimana Dia sygkan mak ayah aku juga...kita sebagai anak,doakan saja kebahagiaan mereka dunia akhirat~

isya 14 Disember 2008 pada 11:01 PG  

i was just looking around ur blog, i thought ur a senior blogger since ppl comment a lot in ur posts. but u just started last month..hu. cepat kamu femes. teruskan blogging~

and.. this would be the best entry i ever read. ur mother sounds great, she seemed to have spent her life thoroughly, taking care of u and others. :-) the best thing to make sure of is to be somebody she would be proud of.

Verily we belong to Allah and surely we will return to Allah.

AkuKopiKauSiapa? 14 Disember 2008 pada 3:12 PTG  

isya abu bakar :
dalam blog pon ade senior ke??

isya 14 Disember 2008 pada 5:13 PTG  

amboi. tulis name penuh. lyn j la.

senior supposed to mean somebody who has already been blogging for years.. i think. (xtaula..sy reka je la..)

bobo ramli 18 Disember 2008 pada 12:12 PG  

wahh
sgt sedih
tak pe dugaan byk
adalah tuk org org yg tabah

bagus lah die ade anak cm ko
byk byk la doakan mak kamu ye
insyaalah die dirahmati amin :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP