25.11.08

Cerita Malaysia

aku baru melihat trailer cicakman 2 dan antoo fighter di blog artnerdstudio. pada awalnya aku sangat sangat membenci cerita begini. merepek bagi aku. ini semua cerita berkos tinggi tetapi ceritanya mengarut sahaja.

berkos tinggi?

setelah difirkan semula didalam tandas, semasa duduk membuang air besar. cerita ini sudah menaik tarafkan industri perfileman Malaysia sekurang-kurangnya. Mungkin cara penceritaannya menyakitkan hati penonton. Mlaha, sangat sakit hati aku menonton, nasib baik tidak tengok wayang, pinjam DVD sahaja. kalau tidak, pasti lebih sakit hati.

Bagaimana kalau cerita sebegini diolah dengan lebih baik dengan kesan khas yang lebih baik dari begini. Biar sampai Prof. Razak Mohaideen yang hanya tahu menggunakan artis-artis Akademi Fantasia dan artis yang sama setiap kali cerita dengan kos yang paling rendah tidak dapat cari makan. Aku terbaca artikel David Teo lama dahulu dengan isinya yang sangat menarik minat aku, " untung dahulu, baru seni". KEPALA HOTAK KAU! sangat panas aku membaca artikelnya, tapi itu cara dia. Aku hanya mampu sakit hati sahaja dan luahkan disini.

Tidak ada kepuasan lansung didalam pembikinan filemnya aku rasa.

ok.

bagaimana pula dengan filem-filem Yasmin Ahmad. Ceritanya sangat Malaysia, sesuai dengan status indie filemnya, tidak menggunakan kos yang tinggi dan lebih jalan penceritaannya. Sama seperti cerita cerita dari France yang dapat dilihat melalui saluran Astro Kirana. tekan sahaja remote ASTRO anda(122). tetapi cerita seperti ini di Malaysia sudah ramai yang tiru, penggunaan kamera yang tidak banyak bergerak, dan mempunyai isi yang mendalam dan sebagainya yang anda dapat lihat dan analisa sendiri.

walaupun cerita cicakman dan antoo fighter ini sangat mengarut mungkin, kerana tidak tonton lagi. tetapi sedarkah ia telah meletakkan filem Malaysia di satu aras yang lebih tinggi, dan menanti pencabar yang baru. Setelah ada pencabar baru, mungkin akan lebih hebat lagi dan menggalakkan penerbit filem di Malaysia lebih berani bertaruh kos yang tinggi. Bidang kepakaran juga akan bertambah. Aku suka kalau hal seperti ini terjadi.

Filem antoo fighter dan cicakman ini juga bagi aku tidak terlalu moden seperti filem impak maksima yang drift walaupun untuk pergi ke kedai. seperti yang aku lihat dalam cicakman, filemnya terlampau menekankan kesan khas hingga membiarkan unsur-unsur lain menjadi mengarut dan merepek.

aku bukannya suka filem begini, tetapi aku hanya suka melihat sekurang-kurangnya Malaysia mempunyai kemajuan dalam filem. janganlah mengkritik cepat sangat filem itu dan menakutkan penerbit filem yang lain. Berilah peluang kepada mereka untuk memajukan diri.

Aku juga tidak tahu lansung tentang pembikinan filem, aku hanya rakyat Malaysia yang sangat gemar menonton filem seperti orang lain di Malaysia. Jika kau ingin marah aku sebab aku hanya tahu bercakap sahaja tetapi tidak tahu lansung tentang filem. aku rasa, bukan semua orang di Malaysia tahu, tetapi inilah yang kebanyakan rasa. tidak layakkah untuk aku walaupun hanya untuk berpendapat? matilah engkau di bawah tempurung itu.

8 carutan balas:

Nasir Haris 27 November 2008 pada 12:03 PG  

untung dahulu, baru seni

mmg kepala hotak kau!hahaha

die sdg rosakkn fikiran insan seni

FarhanaLicious 27 November 2008 pada 6:28 PTG  

erk. aku memang tak reti nak tengok seni sebuah cerita. sebab aku tak berapa suka tengok cerita.

apekzer 27 November 2008 pada 11:08 PTG  

aku mmg suke cite2 mengarut macam antoo fighter nih..
sebab macam unik..
sebab tak penah lagi orang buat..
tambahan pulak antu fighter t gunaka juara sebagai kenderaan rasmi..
jadi sangatlah cool..

n betol pon..
dia sngt memberi p[euang ntok karyawan malaysia lebih mendalami ilmu filem ni..
bukan sekadar buat filem sampah..
dierang da letak penanda aras ntok pengguna cgi..
jadi lepas ni sape2 nak buat filem poatutnya cgi die lebih hebat pade yang ni lah.. kan..

Farid Abu Talib 28 November 2008 pada 1:23 PG  

tengoklah cerita wayang. eman manan jadi guru wayang kulit. cerita ini cerita seni. tapi tak dapat sambutan.

AkuKopiKauSiapa? 28 November 2008 pada 7:15 PG  

weh duan..
gune kete juara eh?
haha..
gile babi la..
hahahaha..

yash 28 November 2008 pada 4:47 PTG  

aah gune keta juara..kaler itam..haha
terase cam lawa la plak..
tp dia tiru ghostbuster la..
bkn idea asal..tu yg xbest tu..

AkuKopiKauSiapa? 28 November 2008 pada 6:00 PTG  

yash:
tapi..
juara?
mesti comel..
haha

Hunn 4 Disember 2008 pada 9:37 PG  

I agree with you. I dont like Cicak Man, Duyung, Antoo Fighter and those types of movies but Im proud of the filmmakers who did something new and different rather than making the same lame movies

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP