29.11.08

Anti Trend?

aku bukan anti trend. bukan aku tidak suka trend itu ini semua. aku lebih suka haluan kiri. tapi aku bukan menolak segala benda yang trend. Aku cuma tidak suka bila trend itu dijadikan ukuran bagi ketamadunan manusia. bila kau tak ikut trend, kau ketinggalan. aku sangat tak suka begitu.

ikut atau tidak trend adalah hak masing-masing. dan aku pula bebas menulis apa sahaja di dalam blog aku. Trend sepatutnya dijadikan sesuatu untuk mengekspresikan diri, sebagai contoh, fesyen, aku suka fesyen, bila kita mengenakan sesuatu pakaian, kita pasti ingin merasa yakin. Kalau aku anti trend mungkin aku akan pakai seluar dalam sahaja ataupun memakai daun untuk menutup kemaluan. tidak. aku tidak anti trend. tolong faham itu.

Aku banyak mengutarakan mengenai trend disebabkan oleh ketidak fahaman aku terhadap sesuatu yang dijadikan trend itu. sebagai contoh, seseorang yang tidak minat mengambil gambar tiba-tiba membeli DSLR dan menggantung di leher kemana sahaja dia pergi semata-mata trend. Orang yang tidak minat apa-apa berkaitan membakar kek dan tiba-tiba menghasilkan kek cawan atas pengaruh trend. takut ketinggalan kononnya.

Aku menulis blog ini pon bukan kerana trend. Benda yang aku tulis di dalam blog ini ialah benda yang aku fikirkan sejak dari dulu lagi, namun tiada tempat untuk aku menulis. Jadi aku tulis disini. dan puas pula bila menulisnya dan menghiasnya dan bermacam2 lagi kepuasan.

Trend tidak wajib diikuti. permasalahnnya timbul apabila trend itu cuba diikuti dan menjadi seperti pelik sahaja bila melihatnya. Pernah suatu ketika trend memakai baju label indie yang bertulis-tulis di depan itu sperti baju "aku jiwa kosong" itu semua dan trend memakai skinny jeans berwarna merah. Aku akui, bila kena gayanya memang cantik. Tetapi ada juga yang memakainya dengan pelik ataupun senang kata tidak kena gaya. aku pernah lihat orang yang memakai baju begini, bersaiz besar, dipercayai kepunyaan abangnya dan memakai seluar sukan berwarna merah? aku tidak gelak, aku cuma hairan.

Tetapi, tidakkah anda bosan jika semua yang anda lakukan, dilakukan oleh semua orang? pasti anda mahu lebih maju dan menonjol bukan? disini lah trend dapat membantu perkembangan sesebuah pihak dalam apa sahaja bidang. sebagai contoh, Trend kursus kejuruteraan pada suatu masa dahulu di universiti.tanya sahaja "amek course ape?" kebiasannya "engineering dengan muka bangga".ramai bukan mengambil kursus kejuruteraan?. jika terlampau ramai, peratusan untuk kualiti meningkat, tetapi peratusan untuk "haram" juga lebih meningkat, dan akhirnya yang lemah itu, akibat trend akan terkandas, walaupun sebenarnya yang tidka berjaya dalam kejuruteraan itu mungkin hebat dalam bidang lain. tetapi akibat trend pada masa itu, yang lemah dalam bidang kejuruteraan tidak semena-mena ingin mengambil kursus kejuruteraan supaya tidak nampak ketinggalan dan lemah. Dan bila ramai saingannya, pasti setiap orang ingin menonjol, dan disini trend membantu dalam menaikkan kualiti dalam sesuatu bidang. tetapi berlu diselitkan dengan unsur persaingan sihat, bukan dengki mendengki.

Aku tidak anti trend. Aku suka melihat trend, fesyen terutamanya. asalkan kena gaya cukuplah. Trend gladiator shoes yang hangat juga sekejap membawa sehingga minah rempit pon memakainya. dan seperti biasa, minah dan mat rempit akan merosakkan segalanya, sama seperti era kasut timberland dulu. Selamat aku tidak beli lagi kasut timberland semasa mat rempit belum lagi memakainya, kalau tidak, mesti aku tak pakai smpi sekarang. haha.


tidak kisahla apa-apa pun. Harap anda semua faham apa yang ingin aku perkatakan.

terima kasih

17 carutan balas:

apekzer 29 November 2008 pada 4:37 PG  

benar.. kata2 engkau tu..
ntah la..
mmg dunia ni sebegitu rupa..
manusia mengekpresi diri dengan cara yang tersendiri.
mungkin yang nampak lain sikit tu sebab terlalu mencuba atau over act?

sebab tu dalam Islam kita disarankan untuk bersederhana..
dalam apa jua yang kita dilakukan..

so sepatutnya..
apa pun yang kita namapk..
kite express ke ape..
kita mesti ingat..
pada akhir nya kita merujuk kepada ajaran Rasullulah dan ilmu dalam al-quran..
insyallah selamat dunia akhirat..

itu bagi aku..

apeklowek 29 November 2008 pada 4:54 PG  

haha..sangat bagus penjelasan kau..suka..suka..especially part trend dan kualiti..bernas..totful

~mademoiselle hana~,  29 November 2008 pada 9:36 PG  

aha.trend bagi aku hasil drpd sifat hasad dengki manusia.
kenapa aku cakap cmtu?
manusia takkan puas dengan apa yang mereka miliki dan mahu bersaing antara satu sama lain.
jadi,yang sudah di atas akan cipta suatu trend untuk yang di bawah ikut.
kalau tak ikut,ketinggalanlah kononnya.manusia mana yang nak diri dia ketinggalan 10 tahun ke belakang?
dengkilah tgk kjayaan org.jadi mesti mau ikut.lawan sapa lagi up to date!hee..

dan paling popular,bagi akulah,
di mata seorang perempuan.trend fesyen palinglah jelas kelihatan.aku tak mampu ikut sebab
1.almari aku tak cukup besar nak simpan.
2.kumpul duit untuk dana KORG.wahaha.
3.Dkat bundle ngan factory outlet takde lagi baju2 ikut trend skrg.haha=p

sebab tu aku pdulik ape kalau aku nyanyi jazz tapi pakai baju kebaya.aku takde duit ah nak bli baju dress lawa2 tu.hehe ;p

dauz,  29 November 2008 pada 10:16 PG  

sekarang adalah trend homoseksual
kau x mahu terlepaskah hafiz hamdan?

J,  29 November 2008 pada 3:45 PTG  

sebab tu dalam Islam kita disarankan untuk bersederhana..

Setuju.

And Dauz, ape kata kau try dulu? haha.

AkuKopiKauSiapa? 29 November 2008 pada 5:17 PTG  

kepada hana :
saya sgt berminat untuk mendengar lagu-lagu anda..serious..

daus :
itu trend bangsat.haha

Pame 26 30 November 2008 pada 5:42 PG  

wah.bgus2.


nmpknya sy bkn pengikut tren la.sbb sy dah memblog dr 2004(sy letak private).

sy tak prnh bt cupcake.

sy cuma ada DSLR sja.tp itu mmg minat.sbb kamera dicuri sblm ni.sobs.

atira 30 November 2008 pada 7:47 PG  

ah view yang sangat menarik. ;))

the conclusion is,
don't be a fashion or in this case, trend victim.

Weed and Bandages 30 November 2008 pada 8:01 PTG  

menarik juga blog ini.

entri cupcakes tu memang lagi menarik.

*tak pandai dan tak minat makan cupcakes.

~mademoiselle hana~,  30 November 2008 pada 8:50 PTG  

ahaha.kalau lagu sendiri rasanya lambat lagilah sebab semua on the way.banyak lagi nak buat.klu lagu2 org lain,nnt bakal dicari.

AkuKopiKauSiapa? 30 November 2008 pada 10:09 PTG  

hana :
sy suke mendengar suara wanita..
huhu

Diloz 2 Disember 2008 pada 5:41 PG  

trend ini banyak positifnya pada aku.
menggalakkan persaingan dan membuatkan fikiran lebih cenderung kepada keterbukaan dari segi sosial.social reform juga telah terbukti berjaya dengan wujudnya vendor dan trendsetter dalam sesebuah masyarakat.
itupun kalau kita tidak menerima trend itu sebulat-bulatnya.

aku suka blog ini.

AkuKopiKauSiapa? 2 Disember 2008 pada 6:20 PG  

diloz :
aku setuju dengna ape yg ko ckp.
tapi dengan sifat diri yang ingin berlumba-lumba,bukan?
jika anda wanita, sila suka saya, sila anda lelaki, sila suka blog ini sahaja.haha

Hunn 4 Disember 2008 pada 9:23 PG  

seseorang yang tidak minat mengambil gambar tiba-tiba membeli DSLR

HAHAHA that is so stupid. Theyre trying to follow the being stupid trend, not the hanging DSLRs trend

izzahsaja. 27 Disember 2008 pada 3:41 PG  

betul2. dlu skinnyjeans nmpk ok je. tp lama2 byk dah jual, budak2 ramai pakai, ntah hapa2 ntah. lagi2 yg kaler punya.
psl cupcakes, haha. mmg trend kan2.

zinnia zenith 7 Mac 2009 pada 12:49 PG  

.tak pernah pon rasa bangga bila orang tanya 'course aper?. 'engine.
dulou pernah study kat uia. course engine. hahahhaa! but im out. resign. sebb dapat tawaran lebih baik. dan tak pressure. so im out.


hurm.


about trend.
.im agree wif you.
.stuju sgt.
.trend.
.hanya dalam seminit pon boleh berubah kan?.
.so..
hidup kita bukan hanyut dengan trend.
.but just through wif the trend smoothly.
kan?
its better.
lebih baik meniti arus trend dari hanyut dengan trend.
then tenggelam.
pastu jadi gila.
tu yang baju pink seluar biru bersepah2.
hahahaha!!

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP